Thursday, 9 January 2014

Melawat Ke Cawangan Restoran Nando's Pertama Di Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya tidak mahu bercerita panjang lebar mengenai restoran ayam panggang terkenal yang berasal dari negara Afrika Selatan iaitu Nando's. Saya pasti anda yang tinggal di Malaysia mahupun Singapura pasti sudah menjamu selera di restoran tersebut.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah mengenai kunjungan saya ke cawangan Nando's pertama di Australia.

Cawangan Nando's pertama di Australia telah dibuka di sebuah daerah perumahan yang tidak jauh dari pusat bandar Perth, Australia Barat iaitu Tuart Hill pada 1hb Januari 1990 (cawangan ke-8 di dunia pada waktu itu).

Bekas Presiden Afrika Selatan juga pernah menjamu selera di restoran Nando's semasa kunjungan mendiang ke Australia pada waktu dulu.

Sehingga ke hari ini, jumlah cawangan Nando's yang terdapat di Australia ialah sebanyak 270 buah.

Gambar-gambar di bawah saya rakamkan semasa kunjungan ke cawangan restoran Nandos's pertama di Australia. Saya tidak berpeluang merakamkan gambar di bahagian dalam restoran kerana pada waktu itu restoran sesak dan penuh dengan pelanggan.
 
Saya berdiri di hadapan cawangan restoran Nando's yang pertama di Australia.





Para pelanggan juga boleh memesan makanan menerusi perkhidmatan pandu lalu (drive thru).

No comments:

Post a Comment