Sunday, 12 January 2014

Penerbangan Dari Melbourne Ke Devonport, Tasmania

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Di sini saya kongsikan beberapa gambar semasa saya dan suami mengambil penerbangan Qantaslink dari Melbourne untuk ke Devonport, Tasmania.

Gambar atas : Sarapan pagi di The Qantas Club di Lapangan Terbang Melbourne.

Gambar bawah dan tengah : Pemandangan lapangan terbang yang sibuk pada waktu pagi yang dilihat dari The Qantas Club.

Pesawat DHC-8 Siri 400 baharu sahaja berlepas dan sedang melakukan penerbangan naik.

Penerbangan mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja. Penumpang dijamu dengan minuman ringan serta hidangan sampingan seperti biskut dan keju.

Pemandangan semasa merentasi Selat Bass.

Saat-saat pesawat melakukan penerbangan turun.

Selamat mendarat.

Gambar atas : Qantaslink model pesawat ialah DHC-8 Siri 400.

Gambar tengah dan bawah : Lapangan Terbang Devonport, Tasmania.

No comments:

Post a Comment