Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Keseronokan melawat ke kilang coklat di Tasmania ibarat seperti kembali ke zaman kanak-kanak.
Walaupun tidak dapat masuk ke kilang pemprosesan, tetapi sudah berada di bangunan Cadbury yang namanya cukup gah di mata dunia sudah cukup membanggakan.
Pelawat tidak dibenarkan melawat ke kilang tempat pemprosesan coklat yang terletak di bahagian belakang bangunan
Pusat Pelancongan Cadbury
(Cadbury Visitor Centre) .
|
Gambar atas : Kilang Cadbury yang terletak di Cadbury Road.
Gambar bawah : Di hadapan pintu masuk. |
|
Harga yang perlu dibayar sebelum masuk ke Cadbury Visitor Centre. |
|
Selepas membuat bayaran masuk, para pelawat akan mendapat satu keping coklat setiap seorang secara percuma. Coklat tersebut diletakkan di dalam peti kayu seperti peti harta karun. Di sudut lain pula, terdapat satu bakul besar di mana diletakkan coklat yang berbungkus kecil (mini). Pelawat diberi beg plastik dan boleh mengambil seberapa banyak yang anda mahu. |
|
Kami kemudiannya diberi masa untuk meninjau serta melihat barangan antik milik Cadbury sebelum bermulanya lawatan. |
|
Gambar atas : Acuan besi untuk membuat coklat yang bermotif arnab.
Gambar tengah : Kotak kayu Cadbury yang digunakan untuk hiasan di kedai di England sekitar tahun 1920an.
Gambar bawah : Pelbagai pilihan tin koko milik Cadbury yang digunakan sekitar tahun 1920an.
|
|
Kotak coklat Cadbury yang lama. |
|
Lawatan pun bermula. Pekerja dari Cadbury sedang memberikan taklimat serta penerangan mengenai sejarah Cadbury. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada beliau. |
|
Beliau turut menunjukkan demonstrasi membuat coklat. |
|
Para pengunjung turut berpeluang mencuba tiga jenis coklat (dalam bentuk berkeping-keping) yang segar dari kilang. |
|
Gambar atas : Antara mesin pembuatan coklat yang dipamerkan.
Gambar tengah : Replika kereta.
Gambar bawah : Gambar proses pembinaan kilang Cadbury di Claremont, Tasmania. |
|
Pelbagai pilihan coklat yang dijual di dalam paket individu mahupun pukal dengan harga yang berpatutan. Ada sesetengah coklat hanya dibungkus dengan kertas putih sahaja. |
|
Animasi kartun. |
|
Animasi kartun. |
|
Di bahagian menjual cenderamata. |
|
Kafe Cadbury turut terdapat di sini. |
|
Minuman coklat panas Cadbury yang unik. Coklat susu, coklat hitam dan coklat putih di campur dengan susu panas. |
|
Minuman coklat panas yang kami pesan. |
|
Gambar atas dan bawah : Di luar bangunan Cadbury. |
Alamat
Cadbury Visitor Centre
100, Cadbury Road,
Claremont,
Tasmania.
Waktu Urursniaga
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 4.00 petang (November hingga April)
Isnin - Jumaat : 8.30 pagi - 3.30 petang (Mei hingga Oktober)
Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
No comments:
Post a Comment