Friday, 31 January 2014

Sambutan Tahun Baru Cina Di Melbourne, Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Australia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang berbilang kaum/etnik paling besar di dunia. Oleh kerana itulah Tahun Baru Cina di Australia disambut dengan begitu meriah sekali.

Setiap tahun Crown Melbourne akan menganjurkan Chinese Festival sempena dengan Tahun Baru Cina. Festival yang diadakan di Crown Riverwalk ini berlangsung selama beberapa hari yang merangkumi jualan makanan, pakaian, persembahan hiburan seperti tarian singa dan banyak lagi.

Menyaksikan tarian singa di Melbourne mengingatkan saya akan kampung halaman di mana saya dibesarkan di sebuah pekan Cina di Ipoh, Perak. Sungguh mencuit hati apabila mengingatkan zaman kanak-kanak saya yang begitu takut dengan bunyi gendang tarian singa sehinggakan saya menyorok di bawah katil di dalam bilik.
Mengikut salasilah keluarga pula, nenek saya juga berketurunan Cina, oleh itu secara tidak langsung sambutan festival di Melbourne ini dapat 'mendekatkan' diri saya dengan kampung halaman saya. Bak kata pepatah, walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati.





















 

No comments:

Post a Comment