Tuesday, 30 August 2016

Pemanduan dari Rapid City Ke Billings

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera


Selepas bermalam di Rapid City dan keesokkan harinya melawat ke Tugu Peringatan Mount Rushmore, saya dan suami menyambung pemanduan menuju ke Billings, Montana. Artikel terdahulu boleh dibaca di sini;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/08/mount-rushmore-south-dakota-bahagian-2.html

Jarak antara Rapid City dan Billings ialah kira-kira 602 kilometer dengan menggunakan lebuhraya I-90. Laluan dari negeri South Dakota ke Montana memerlukan kami menempuh ke sebuah negeri lain iaitu Wyoming. Kami singgah sebentar di Pusat Pelancongan Wyoming yang terletak 96 kilometer dari Rapid City dan 12 kilometer dari sempadan kedua buah negeri ini.
http://sharery.blogspot.com.au/2016/08/wyoming-amerika-syarikat.html

Gambar-gambar dan klip video yang saya kongsikan di bawah dirakamkan sepanjang perjalanan kami dari Rapid City ke Billings.



Antara makanan ringan yang sentiasa ada di dalam kereta kami.


Sekiranya salji tebal, lebuhraya ini akan ditutup. Lampu di atas papan tanda akan bernyala dan mengarahkan pengguna lebuhraya untuk menggunakan jalan alternatif yang lain.






Kami melihat gunung ganang diseliputi salji bermula dari sini sehingga berjam-jam lamanya.


Pemandangan indah yang tidak menjemukan.






Perjalanan kami masih ditemani gunung ganang yang mendamaikan mata memandang.






























Sudah menjadi kebiasaan melihat penduduk tempatan yang ingin menumpang kenderaan sesiapa sahaja yang mereka tidak kenal. Demi menjaga keselamatan, kami tidak pernah menumpangkan mereka.


Jumlah masa pemanduan pada hari ini yang dikira bermula selepas daftar keluar hotel di Rapid City, kemudian singgah ke Tugu Peringatan Mount Rushmore serta Pusat Pelancongan Wyoming dan sehingga tiba di hotel di Billings ialah 10 jam.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Thursday, 25 August 2016

100 Tahun National Park Service Amerika Syarikat

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

National Park Service (NPS) menyambut hari ulangtahun yang ke 100 pada hari ini, 25 Ogos 2016. NPS ialah badan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara Taman-Taman Negara. Terlalu banyak keindahan alam semulajadi serta peninggalan sejarah yang menakjubkan di negara ini.  Saya turut gembira dengan ulangtahun NPS kerana sepanjang tinggal di Amerika Syarikat, 11 Taman Negara yang didaftar di bawah NPS telah saya dan suami lawati malah ada di antaranya pernah kami ulangi lawatan buat kali kedua dan ketiga. Ada juga beberapa Taman Negara yang kerap kali kami lintas lalu di luar pintu masuk tetapi masa agak terhad untuk kami lawati. Di masa akan datang, lawatan kami ke Taman Negara Amerika Syarikat mungkin akan bertambah, InsyaAllah.


1.Mesa Verde, Colorado
2.Aztec Ruins, Mew Mexico
3.Lincoln Home, Illinois
4.Mount Rushmore, South Dakota
5.Golden Gate, California
6.Glen Canyon, Utah
7.Lake Mead, Nevada
8.Alcatraz Island, California
9.Jefferson, Missouri
10.Grand Canyon, Arizona
11.Oklahoma City, Oklahoma

Ikuti sebuah lagi klip video yang telah dimuat naik di laman Instagram saya, 'blog_th2010'.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. 

Tuesday, 23 August 2016

Wyoming, Amerika Syarikat.

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Selepas bermalam di Rapid City dan keesokkan harinya melawat ke Tugu Peringatan Mount Rushmore, saya dan suami menyambung pemanduan menuju ke Billings, Montana. Artikel terdahulu boleh dibaca di sini;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/08/mount-rushmore-south-dakota-bahagian-2.html

Jarak antara Rapid City dan Billings ialah kira-kira 602 kilometer dengan menggunakan lebuhraya I-90. Laluan dari negeri South Dakota ke Montana ini memerlukan kami menempuh ke sebuah negeri lain iaitu Wyoming. Kami singgah sebentar di Pusat Pelancongan Wyoming yang terletak 96 kilometer dari Rapid City dan 12 kilometer dari sempadan kedua buah negeri ini.

Di Amerika Utara, Welcome Center ialah tempat rehat merangkumi pusat pelancongan yang berlokasi berdekatan dengan sempadan sesebuah negeri atau daerah. Kebanyakan darinya mempunyai petugas yang sedia membantu dalam memberi maklumat kepada pelancong. Tidak dinafikan, Pusat Pelancongan Wyoming (berdekatan Beulah) antara yang terbaik pernah saya lawati. Sukar untuk saya huraikan perbezaan tempat rehat ini dengan yang lain, tetapi apa yang dapat dirumuskan ialah saya tertarik dengan hiasan dalaman serta pelbagai maklumat tentang pelancongan, sejarah dan geografi yang menampakkan seperti saya berada di dalam mini muzium. Bangunan yang terletak di atas bukit ini turut memberikan peluang kepada pelancong untuk melihat pemandangan sekitar dengan lebih jelas lagi.















































Wyoming pernah kami lawati beberapa tahun lalu dan berkesempatan singgah di ibu negerinya iaitu Cheyenne.
http://sharery.blogspot.com.au/2012/07/cheyenne-wyoming.html

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


Monday, 15 August 2016

Mount Rushmore, South Dakota (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Artikel ini bersambung dari bahagian 1 ;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/08/mount-rushmore-south-dakota-bahagian-1.html

Tugu Peringatan Mount Rushmore terkenal kerana ukiran patung kepala empat bekas Presiden Amerika Syarikat. Mereka ialah George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt and Abraham Lincoln.

Pemahat terkenal Gutzon Borglum memerlukan seramai 400 orang pekerja dalam melengkapkan ukiran yang bermula dari 4 Oktober 1927 sehingga 31 Oktober 1941. Selain daripada itu, tidak ada kematian yang melibatkan pekerja sepanjang 14 tahun projek ini dijalankan.






15 gambar di bawah ini ialah gambar pemandangan semasa di dalam perjalanan turun dari Mount Rushmore menuju semula ke Rapid City.































Tidak banyak gambar yang saya kongsikan di dalam entri kali ini kerana saya telah menyiarkan artikel mengenai Mount Rushmore pada tahun lalu. Ikuti artikelnya melalui alamat ini;
http://sharery.blogspot.com.au/2015/06/mount-rushmore-south-dakota-mercu-tanda.html


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.