Pada musim panas tahun lalu, saya dan suami berkesempatan bertemu dengan dua orang pengembara dari Singapura iaitu ZQ dan ZY yang tidak pernah kami kenali sebelum ini. Bagaimana kami boleh bertemu dengan mereka? Pada mulanya suami saya telah ternampak beberapa gambar pemandangan di Amerika Syarikat dan Kanada di dalam akaun Instagram pasangan pengembara ini. Apa yang menarik perhatian kami ialah, agak jarang sekali dapat melihat pemuda pemudi dari Singapura yang mengembara berbulan-bulan dengan menaiki kenderaan sendiri seperti yang biasa kami lakukan sebelum ini.
Kami menghubungi ZQ dan ZY melalui Instagram sementelah mereka berada di Kanada dan dalam perancangan meneruskan pemanduan ke Vancouver. Dalam waktu yang singkat temu janji telah dibuat dan akhirnya kami bertemu di salah sebuah restoran Jepun kegemaran kami. Seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain, pertemuan kami agak mesra dan begitu banyak topik kembara yang masing-masing telah kongsikan. Di kesempatan yang sama kami dapat melihat van mereka yang diberi nama Berry.
ZQ dan ZY telah membeli Berry sebaik sahaja mereka tiba di Los Angeles dan menukar rupa dalaman dari sebuah van kosong ke sebuah bilik tidur dan dapur. Pengubahsuaian dilakukan oleh mereka berdua yang langsung tidak mempunyai latar belakang atau kemahiran bertukang dan membina. Berry berjasa kepada ZQ dan ZY dengan membawa mereka mengembara merentasi Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico selama 5 bulan setengah dengan jarak lebih dari 20000 batu serta menempuh pelbagai cuaca seperti salji, kabus, panas terik, hujan batu dan ribut petir.
Instagram : blog_th200
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN
Shery NN berkongsi catatan kembara dan pengalaman menetap di beberapa buah bandar di empat buah negara dan di tiga benua yang berbeza.
Sunday, 29 March 2020
Thursday, 26 March 2020
Fairfield Inn by Marriott Portland West/Beaverton
Salah satu lagi hotel yang saya menginap semasa berada di Portland, Oregon ialah Fairfield Inn by Marriott Portland West/Beaverton. Jarak hotel dengan pusat bandar ialah 16 kilometer.
Video penuh boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/Rg4I0hFeUcE
Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN
Video penuh boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/Rg4I0hFeUcE
Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN
Monday, 23 March 2020
Portland, Oregon, Amerika Syarikat
Portland ialah sebuah bandar yang paling besar dan paling ramai penduduk di negeri Oregon, Amerika Syarikat. Saya melihat bandar Portland seperti bandar Melbourne di Australia di mana antara persamaannya ialah bangunan-bangunan yang mengekalkan seni bina lama yang masih digunakan, pengangkutan trem dalam bandar dan juga terdapat banyak mural yang diilhamkan oleh artis yang berbakat.
Di dalam video baharu yang saya muat naik di saluran You Tube Shery NN https://youtu.be/0M3ag7B8R-4, anda dapat melihat saya membeli makanan halal di salah satu gerai tepi jalan yang terkenal di Portland. Saya juga rakamkan tempat menyewa basikal iaitu BIKETOWN yang dimiliki oleh Biro Pengangkutan Portland, dikendalikan oleh Motivate dan sedikit tajaan dari Nike. Saya dapat mengagak Nike memberi tajaan adalah kerana syarikat kasut terkenal dunia ini 'lahir' di negeri Oregon dan ibu pejabat dunia ialah terletak di Beaverton yang jaraknya hanya 13 kilometer dari Portland.
Antara artikel lain mengenai Portland yang pernah saya siarkan adalah seperti di bawah ini;
https://sharery.blogspot.com/2012/08/dari-seattlewashington-ke-portland.html
https://sharery.blogspot.com/2015/02/lokasi-pengambaran-fifty-shades-of-grey.html
https://sharery.blogspot.com/2017/03/pemanduan-dari-portland-ke-san-francisco.html
https://sharery.blogspot.com/2018/10/musim-bunga-di-portland-oregon-bahagian.html

Subscribe to:
Posts (Atom)