Setiap kali saya dan suami mengembara di Amerika Syarikat dan membuat persinggahan di Boise, Idaho, kami pasti menginap di hotel yang berbeza-beza. Begitu juga semasa mengembara dari Vancouver, Kanada ke Las Vegas di mana kami memilih Rodeway Inn. Lokasi hotel terletak tidak jauh dari pusat bandar dan bersebelahan dengan Lapangan Terbang Boise. Kami tidak begitu cerewet memilih hotel pada waktu itu kerana kami hanya singgah di Boise hanya untuk tidur beberapa jam sahaja. Apa yang penting ialah kami telah membaca maklum balas dari tetamu dan melihat gambar-gambar terlebih dahulu sebelum menempah bilik.
Video yang dirakamkan di Rodeway Inn boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/c3DnOG18WWY
Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube. : Shery NN
No comments:
Post a Comment