Wednesday, 28 December 2011

Percutian Musim Panas 2011 (3-Ulangtahun Ke 30)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

26 NOVEMBER 2011

Hari ini usia saya genap 30 tahun.Saya bersyukur kepada Allah kerana saya masih diberi peluang untuk bernafas dibumiNya.
Jika pada tahun 2009 saya menyambut hari jadi di Perth,tahun lalu di Melbourne dan tahun ini saya kembali semula di ibu negeri Australia Barat iaitu Perth.
Seperti biasa,tidak ada sambutan yang meriah tetapi saya gembira dapat meluangkan masa bersama insan tercinta.

Bersiar mengambil angin petang di kawasan yang berdekatan dengan rumah kami
Berlatar belakangkan bangunan pencakar langit di bandaraya Perth
Makan malam di restoran Shimizu,restoran Jepun halal pertama di Australia Barat
Sekali lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada kesemua yang telah menyampaikan ucapan,doa serta ingatan pada hari istimewa saya ini. :-)

*Akan bersambung

Tuesday, 27 December 2011

Percutian Musim Panas 2011 (2-Imbas Kembali)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

25 NOVEMBER 2011

Pada sebelah lewat petang,saya dan suami berjaya melakukan "lakonan semula" di Kings Park and Botanic Garden.
Lakonan semula yang dimaksudkan ialah mengambil gambar di tempat yang sama kami ambil pada empat tahun lalu.
Kedatangan kami semula di sini bukan sahaja mengambil gambar di mana lokasi dan posisinya sama,malah baju dan aksesori yang kami pakai juga sama seperti sebelumnya.

Oleh kerana hari cerita ini ditulis bertarikh 27hb Disember,maka saya pun berkongsi bersama anda gambar bersejarah bagi kami suami isteri ini. :-)


*Akan bersambung

Sunday, 25 December 2011

Percutian Musim Panas 2011 (1-Bermula)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Kembali saya di sini setelah hampir satu bulan tidak mengemaskini sebarang cerita atau gambar.
Bermula pada 24hb November bulan lalu,saya telah menghabiskan percutian musim panas saya bersama suami dan seorang tetamu istimewa dari Malaysia. :-)

24 NOVEMBER 2011
Saya dan suami berlepas dari Melbourne dan pulang ke Perth dengan menaiki  pesawat Qantas QF777.
Lebih kurang jam 4 petang kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Perth.Saya sangat gembira kerana hari pertama percutian musim panas kami di sambut dengan cuaca panas yang suhunya 38 darjah Celcius.
Tidak ada sebarang aktiviti dilakukan selain berehat di rumah dan pada sebelah malamnya saya dan suami keluar makan bersama rakan-rakan beliau.
Berehat dan mengalas perut di Qantas Bussines Lounge sebelum menaiki pesawat
Sudah mendarat di Perth
Makan malam di restoran D' Nyonya, Victoria Park
25 NOVEMBER 2011
Tidak ada aktiviti padat pada hari ini tetapi cukup sekadar dapat meluangkan masa bersiar di beberapa tempat di dalam bandar,minum petang di salah satu kedai kegemaran dan pada sebelah malamnya kami menziarah kakak angkat di Subiaco iaitu kak Faizah Robson.
Di bandar Perth
Minum petang disertakan pemanis mulut di Gelare
Karipap dan ubi kayu goreng pembuka selera sebelum hidangan makan malam

Bersama kak Faizah

*Akan bersambung..

Thursday, 24 November 2011

Sea World Gold Coast

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sekiranya melancong di Gold Coast, tidak lengkap sekiranya tidak menjejakkan kaki ke Movie World dan Sea World.
Oleh kerana kami membeli tiket atau pas masuk untuk tempoh satu tahun di Movie World serta Sea World (boleh keluar masuk tanpa terhad), maka di sepanjang percutian, kami pun memasuki taman tema tersebut lebih dari satu kali.


Menjadi keutamaan bergambar di depan pintu masuk.
Monorel juga terdapat di dalam Sea World untuk kemudahan pengunjung.
Menaiki roller coaster sebanyak dua kali. Saya duduk di sebelah kiri enam dari depan.
Peperangan dan tembak menembak air di kawasan yang bernama Castaway Bay.
Bakal menyaksikan persembahan ikan lumba-lumba.
Aksi ikan lumba- lumba.
Kedatangan kali kedua ke Sea World. Berlatar belakangkan beruang polar.

Restoran Itali Halal Di Gold Coast

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hormat

Semasa percutian saya dan suami di Gold Coast, Queensland beberapa bulan lalu, kami berkesempatan singgah sebanyak dua kali (hari yang berlainan) menjamu selera di sebuah restoran yang makanannya berunsurkan negara Itali iaitu Bonus Bros Cafe Restaurant .

Makan Tengah Hari

Menu.
Dekorasi moden yang tidak menampakkan ciri-ciri restoran Arab.
Roti bawang putih sebagai pembuka selera.
Veal Parmagiana (daging anak lembu dimasak dengan keju dan sos tomato).
Saya menikmati Veal Parmagiana manakala suami pula menjamu selera dengan pizza kegemarannya.

Makan Malam


Bahagian hadapan restoran.
j
Sekali lagi, pizza menjadi pilihan kami berdua.

Kami mendapat layanan yang baik dan mesra dari pemilik Bonus Bros Cafe Restaurant. Walaupun beliau agak sibuk menguruskan dapur dan kaunter hadapan tetapi beliau masih mencuri sedikit waktu untuk berbual dengan kami. Pemilik dan juga ketua tukang masak yang di maksudkan ialah seorang lelaki yang berasal dari negara Turki yang telah menetap di Australia lebih kurang sepuluh tahun yang lalu.

Bonus Bros Cafe Restaurant
Shop 2/25 , Musgrave Avenue
Chirn Park, Labrador
Queensland

Tel: (07) 5532 2733

Keindahan Pantai Di Gold Coast

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Di sini saya sisipkan bersama beberapa keping gambar yang dirakamkan di Gold Coast, Queensland pada bulan September yang lalu.

Kedatangan kami ke Gold Coast selama satu minggu boleh dikatakan sengaja ingin 'lari' dari kesejukan Melbourne walaupun sudah masuk musim bunga. Cuaca dan suhu di Gold Coast pada ketika itu sudah mula menampakkan seperti sudah masuk awal musim panas.
Tidak ada baju tebal yang boleh memberatkan bagasi untuk percutian kami ke Gold Coast pada kali ini.

Pantai di Miami yang terletak kira-kira tujuk kilometer dari Surfers Paradise.

Di Burleigh Heads.
Bergambar di hadapan pintu gerbang "Surfers Paradise".
Pantai di Surfers Paradise.
Pantai di Broadbeach.
Pantai di Broadbeach.
Permulaan Surfers Paradise.

Tuesday, 22 November 2011

Hard Rock Cafe Surfers Paradise, Gold Coast.

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Membeli belah di Hard Rock Cafe Surfers Paradise, Gold Coast.

Pintu Masuk Utama
Sukar untuk membuat keputusan yang mana mahu dibeli.
Bersama Gary.
Di salah satu sudut di dalam Hard Rock Cafe.
Gary membantu mengambil gambar kami ini.

Hard Rock Cafe Surfers Paradise
Cnr. Cavill Ave. & Surfers Paradise Blvd
Surfers Paradise, Queensland 4217

Restoran Jamaica Halal Di Gold Coast

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

JAMROC Jamaican Jerk Chicken. Merupakan sebuah restoran yang menyediakan hidangan asli dan tradisional negara Jamaica di Gold Coast, Queensland.

Saya sudah mendapat tahu mengenai restoran ini sebelum kami berlepas untuk bercuti ke sana lagi.
Nampaknya keterujaan saya dan suami untuk datang menikmati makanan di sini berbaloi sama sekali kerana ianya tidak menghampakan kami berdua.
Selepas satu hari suntuk menghabiskan masa di Movie World, kami menuju ke JAMROC Jamaican Jerk Chicken untuk makan malam.


Menu diletakkan di hadapan pintu masuk.
Ayam bakar dan kentang goreng yang ditabur dengan serbuk perasa yang istimewa.
Ayam bakar bersos bbq bersalut roti pita serta kentang goreng ditabur dengan serbuk perasa istimewa.
Semasa menjamu selera, kami mendapat maklumat bahawa setiap minggu malam hari Jumaat JAMROC Jamaican Jerk Chicken akan menampilkan seseorang dalam mengetengahkan musik dari negara Jamaica.
Maka, tiga hari kemudian kami kembali sekali lagi untuk makan malam dan dapat  dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari seorang penyanyi.


Di ruang menunggu/berehat. 
Dapat dilihat di belakang suami saya, persembahan nyanyian sedang berlangsung.
JAMROC Jamaican Jeck Chicken beralamat d;

Shop c51a Q Super Centre
Corner of Bermuda & Markeri Streets
Mermaid Waters
Queensland
(07) 55751501


www.jamroc.com.au

Monday, 21 November 2011

Movie World Gold Coast

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ratusan gambar yang dirakamkan semasa kami menghabiskan waktu satu hari suntuk di dalam
Movie World, tetapi saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat meletakkan gambar yang banyak di di sini.
Hanya beberapa sahaja yang dapat saya kongsikan dengan anda semua.

Pintu masuk utama yang sangat terkenal.
Watak terkenal di dalam filem popular Austin Power.
Marvin, watak kartun kegemaran suami.
Antara kartun yang saya gemari ketika zaman kanak-kanak.
Alhamdulilah, surau juga turut disediakan.
Gambar yang paling saya minati. Idea bergambar ini datang dari suami saya.
Baru selesai membeli cenderamata.


Sunday, 20 November 2011

O-Sushi Di Queensland

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sebenarnya sejak dari dulu lagi saya tidak meminati makanan Jepun, cuma selepas berkahwin sahaja baru saya boleh menerimanya sedikit demi sedikit. Ini kerana suami memang gemar akan makanan dari negara matahari terbit itu.
Semasa percutian saya dan suami di Gold Coast beberapa bulan lalu, kami menikmati makanan Jepun yang bertempat di Coolanggata (lebih kurang satu jam perjalanan dari Surfers Paradise) yang diberi nama O-Sushi.

O Sushi Coolangatta 
Shop 32 / 72-80 Marine Parade
‘Showcase on the Beach’ Coolangatta QLD 4255

Phone: 07 5536 5455
11am - 9pm, 7 days a week

www.osushi.com.au

Oleh kerana restoran ini tidak menyajikan sebarang makanan dari daging babi, maka kami menjamu selera dengan pelbagai hidangan hidupan laut dan sayur-sayuran sahaja.


Edamame - Kacang yang direbus, bersalut garam dan makan bersama hirisan halia.
Age Dashi Tofu - Sup Tofu.
King Prawn Tempura - Tempura Udang Harimau.
Prawn Teriyaki - Udang Teriyaki dan nasi putih.
Tempura Seafood Platter - Tempura makanan laut.

Jarak yang jauh dari tempat penginapan tidak menghalang untuk kami datang ke sini malah perjalanannya sangat berbaloi apabila hidangan yang kami nikmati sedap belaka.

Sebuah lagi cawangan O-Sushi yang terletak di Gold Coast beralamat di;
Shop 2/12 “Oracle North”, 
12 Charles Avenue, Broadbeach, 
Gold Coast, QLD 4218, 
Australia.