Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Garrett Popcorn Shops
Kata suami,tidak lengkap sekiranya datang ke
Chicago jika tidak mencuba
Garrett Popcorn yang sudah menjadi kegemaran beliau sejak dahulu lagi ( semasa menyambung sekolah penerbangan di Amerika Syarikat suatu ketika dahulu).
Tercetus di hati saya, "apa yang membuatkan bertih jagung ini menjadi kegemaran ramai sehingga pelanggan harus berbaris panjang untuk membelinya?"
Perniagaan
Garrett Popcorn bermula di
Chicago pada tahun 1949 dan sehingga ke hari ini berkembang maju menjadikan 10 buah cawangan di
Chicago,New York (1 cawangan), seterusnya menembusi pasaran antarabangsa iaitu di
Singapura dan
Malaysia (One Utama & Suria KLCC).
|
Terpaksa beratur panjang dan menahan kesejukan |
Keistimewaan
Garrett Popcorn tentunya kerana ia dibuat segar di dalam kedai,saiznya yang besar,pelbagai perasa yang unik dan pelanggan boleh membeli tin kosong untuk memasukkan
popcorn ke dalamnya.Antara perasa yang terdapat di
Garrett Popcorn ialah karamel,keju,mentega dan campuran kekacang seperti
cashew,almond,pecan dan
macadamia.
|
Gambar di dalam kedai - Bermacam corak dan saiz tin kosong yang boleh dibeli serta lima perasa yang ditawarkan |
|
Pulang ke hotel seketika untuk meletakkan beberapa beg yang sudah tidak menang dek tangan |
Sejak tiba di Amerika Syarikat,aktiviti saya lebih kepada aktiviti luaran seperti
road trip dan banyak melawat tempat-tempat bersejarah.
Di
Chicago barulah saya dapat memanjakan diri dengan membeli belah.
|
I Pad yang lebih mudah dibawa dan digunakan sementelah kami suami isteri kerap melancong |
|
Salah satu butik Louis Vuitton yang terdapat di dalam Chicago |
John Hancock Center
Bangunan ini diberi nama
John Hancock Center yang mempunyai 100 tingkat. Ia merupakan bangunan ke empat tertinggi di
Chicago dan ke enam tertinggi di Amerika Syarikat manakala
John Hancock Observatory pula berada
di tingkat 95. Terdapat anjung tinjau,restoran dan gerai menjual cenderahati.
|
Berada di hadapan John Hancock Center.Awan yang rendah menyebabkan puncak bangunan tidak kelihatan
|
|
Di hadapan Victoria Secret |
Tiada siapa dapat menyangkal bahawa Amerika Syarikat ialah sebuah negara maju kelas pertama.Nampak semuanya indah belaka terutama apabila menonton filem
Hollywood memaparkan kehebatan individu yang menunjukkan mereka begitu "
genius"dan hebat sekali dalam menangani isu semasa ataupun dunia.Hakikat sebenar adalah sebaliknya.Tidak semua tergolong dalam kelompok bijak pandai.
Berani saya katakan di sini,rakyat Australia pemikirannya lebih luas(kerana kerap melancong ke luar negara) berbanding dengan rakyat Amerika Syarikat.Sistem pendidikan seperti mata pelajaran sejarah dan geografi pun tidak begitu meluas diajar di sekolah di Amerika Syarikat.
Saya bercakap berdasarkan bukti.Semasa di sana,suami pernah ditanya beberapa soalan oleh penduduk tempatan seperti "di mana Australia?" "Apa yang anda makan di sana?" Yang mereka tahu ialah kangaroo dan mendiang
Steve Irwin (
The Crocodile Hunter). Ada pula di antara mereka yang awal-awal lagi mengaku tidak mampu untuk bercuti ke luar negara terutamanya Australia,negara yang tinggi kos kehidupan dan serba serbi yang lain.
Pelancong dari Australia seperti mendapat layanan
VIP dari pekerja restoran,pusat membeli belah dan anggota badan beruniform.Suami pernah "ditahan" polis di tepi jalan selama 30minit dan disoal dengan bermacam2 soalan mengenai Australia.Mendengar serba sedikit cerita dari suami,sudah cukup mengubati hati mereka yang lara kerana mereka akui tidak mampu untuk ke sana.
Hati saya pernah berkata-kata " patutlah setiap kali
Oprah Winfrey memberi hadiah kepada peminat di dalam studio,mereka menangis bagai nak rak.Mana tidaknya,rata-rata antara mereka bergaji kecil dan ada yang tidak pernah bercuti di dalam negeri sendiri.Jauh sekali hendak ke luar negara." Seperkara lagi,disebabkan
Oprah Winfrey membawa peminat datang bercuti ke Australia,baru lah mereka membuat passport antarabangsa.
Oprah Winfrey juga baru pertama kali menjejakkan kaki ke Australia!! (2011)
Kerajaan Amerika Syarikat gagal membantu rakyatnya sendiri kerana terlalu ramai penduduknya tidak mempunyai tempat tinggal sekaligus menjadi
pengemis dan merempat dianggarkan antara 200,000 dan 500, 000 orang.
Maklumat
yang saya perolehi dan apa yang dapat saya lihat,sistem kebajikan untuk
rakyat tidak berfungsi dengan baik.Jauh jika hendak
dibandingkan dengan sistem kebajikan dan cara bagaimana kerajaan
Australia menjaga rakyatnya terutama dari bantuan sara hidup.
Kehidupan
mereka di Amerika Syarikat sama seperti di Indonesia dan India.Yang
kaya menjadi bertambah kaya,yang miskin semakin miskin.Rakyat Australia sangat beruntung kerana kerajaan menjaga rakyat (termasuk saya) dengan begitu baik sekali.Oleh kerana itulah terlalu ramai yang mahu berhijrah ke Australia
termasuk pendatang tanpa izin yang bertarung nyawa menyeberangi lautan
untuk memasuki Australia secara haram.Malang sekali kepada mereka yang berminat untuk berhijrah kerana kerajaan Australia sudah mengetatkan syarat kemasukan.
Berbalik kepada cerita rakyat Amerika Syarikat yang mengemis,bandar besar seperti
New York,Los Angeles,Chicago dan
San Fransisco boleh dikatakan 'bersepah' dengan pengemis.
:-(
|
Sumbangan ikhlas dari saya kepada pengemis ini telah membuatkan pasangan dibelakang saya menukar fikiran berpatah balik untuk memberikan sumbangan juga |
|
Bandaraya Chicago bermandikan cahaya lampu pada waktu malam |
Gino's Pizza
Restoran ini mempunyai konsep yang unik di mana pelangan digalakkan untuk menconteng dinding atau di mana sahaja kecuali pinggan,mangkuk dan gelas
:-)
|
Gino's Pizza |
Yang membuatkan
Gino's Pizza terkenal ialah konsep
deep dish pizza.Piza yang menyerupai seperti pai ayam.
Deep dish pizza direka buat pertama kali di
Chicago pada tahun 1943.Ya,sekali lagi sejarah dicipta di Chicago!Jika dilihat dari gambar
sememangnya
deep dish pizza sangat besar,maka kami memesan saiz sederhana sahaja(jika piza biasa,kami boleh menikmati saiz besar dan keluarga).
Apabila piza siap dimasak,kami terkejut kerana saiz sederhana yang dibayangkan tidaklah sebesar ini (gambar di bawah).
|
Menikmati deep dish pizza yang mengandungi 4 jenis keju |
|
Antara artis dan selebriti terkenal yang pernah datang ke sini.Gambar dan tandatangan mereka diletakkan di dalam Gino's Pizza |
Berhenti di sini dahulu,kita berjumpa di
Terjemahan Hati pada masa yang lain pula.
:-)