Wednesday, 29 February 2012

Percutian Singkat Yang Tidak Dirancang

Assalamualiakum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kami telah melakukan percutian singkat dan tidak dirancang tiga hari dua malam ke Brisbane dan Gold Coast pada awal bulan Januari lalu.Menempah tiket penerbangan dan hotel hanya satu hari sebelum kami berlepas adalah sudah menjadi kebiasaan kami suami isteri :-)

Semasa di Brisbane,kami berjumpa dengan abang dan kakak angkat dari Malaysia yang kebetulan bertugas di sana untuk beberapa hari.Oleh kerana Gold Coast pun tidak jauh dari bandaraya Brisbane,maka kami berempat telah menghabiskan separuh hari pada hari kedua di Movie World dan Surfers Paradise.

Hari Pertama
Hari Kedua
Hari Kedua
Hari Ketiga

Monday, 27 February 2012

Tahun Baru Hobi Baru

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Muhibbah

Pada 1hb Januari yang lepas saya,suami dan seorang dari sahabat kami telah mencuba satu hobi baru iaitu menunggang basikal di tengah bandaraya Melbourne.Selepas membeli sebuah topi keselamatan yang berharga AUD5 di kedai 7Eleven,kami bergegas ke tempat menyewa basikal yang terdapat begitu banyak di serata bandaraya.
Bakal memulakan senaman sekitar jam 10.45malam
Bersedia untuk memulakan kayuhan
Menunggang basikal juga merupakan salah satu bentuk senaman terutamanya kaki dan juga pernafasan.Berbaloi juga kami mengayuh selama lebih kurang 30minit :-)

Thursday, 23 February 2012

Tahun Baru 2012

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Tahun 2012 sudah membuka tirainya hampir dua bulan yang lalu tetapi baru hari ini saya dapat menyelitkan gambar bunga api sempena perayaan menyambut tahun baru di Melbourne.
Ini adalah tahun kedua saya menyambutnya di Melbourne dan jika tahun lalu hanya saya seorang sahaja yang berada di balkoni rumah untuk melihat percikan bunga api ,tetapi pada tahun ini saya ditemani suami dan rakan kami yang juga penduduk tempatan.

Warna warni bunga api tanda selamat datang 2012
Warna warni bunga api tanda selamat datang 2012
Bersama tetamu kami pada malam itu

Sunday, 19 February 2012

Tiba Masanya Untuk Pulang

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Tiga minggu anak saudara menghabiskan cuti semester di bumi Kangaroo iaitu bermula pada 28hb November 2011 dan berakhir pada 19hb Disember 2011.Kini sudah tiba masanya untuk beliau pulang ke tanah air Malaysia.
Beberapa hari sebelum kepulangan beliau,saya sudah merasa berat hati dan sedih.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,oleh itu saya terima dengan hati terbuka.

Menjalani urusan daftar masuk di kaunter Singapore Airlines
Saat yang amat sedih tetapi terpaksa menahan perasaan itu
Melangkah masuk ke dewan perlepasan antarabangsa
Oleh kerana Ashraff duduk di sebelah kanan pesawat,saya melambaikan tangan dengan harapan beliau dapat melihatnya.
Pesawat penumpang terbesar di dunia,A380 sedang melakukan perlepasan
Pesawat sudah berlepas dan meninggalkan Lapangan Terbang Melbourne
Di harap kedatangan Ashraff ke Australia bukanlah yang terakhir.Semoga Ashraff akan datang lagi melawat kami lagi di sini,InsyaAllah.

Friday, 17 February 2012

Sepanjang Anak Saudara di Melbourne

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Setelah melakukan 'road trip' selama satu minggu yang bermula dari Perth Australia Barat, kini kami selamat sampai di Melbourne. Ashraff, anak saudara saya berada di Melbourne hampir dua minggu dan di sini saya sertakan beberapa gambar untuk perkongsian bersama.


St.Kilda Beach dan Brighton
Bergambar di hadapan mercu tanda Melbourne iaitu Flinders Street Station dan lawatan ke Parlimen Negeri Victoria
Menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan di pelbagai tempat dan daerah di dalam negeri Victoria
Di Eureka Skydeck dan anjung tinjau di tingkat 88
Melawat ke muzium kereta Ford di Geelong, Victoria
Melalui Great Ocean Road untuk ke Twelve Apostles
Jalan-jalan di sekitar bandaraya Melbourne dan membawa Ashraff menaiki trem antik City Circle
Bersiar-siar sambil membeli belah, minum petang dan bergambar di hadapan Dewan Malaysia di Melbourne
Sekian dulu buat masa ini,kita berjumpa lagi di dalam Terjemahan Hati pada masa akan datang.