Sunday, 19 February 2012

Tiba Masanya Untuk Pulang

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Tiga minggu anak saudara menghabiskan cuti semester di bumi Kangaroo iaitu bermula pada 28hb November 2011 dan berakhir pada 19hb Disember 2011.Kini sudah tiba masanya untuk beliau pulang ke tanah air Malaysia.
Beberapa hari sebelum kepulangan beliau,saya sudah merasa berat hati dan sedih.Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,oleh itu saya terima dengan hati terbuka.

Menjalani urusan daftar masuk di kaunter Singapore Airlines
Saat yang amat sedih tetapi terpaksa menahan perasaan itu
Melangkah masuk ke dewan perlepasan antarabangsa
Oleh kerana Ashraff duduk di sebelah kanan pesawat,saya melambaikan tangan dengan harapan beliau dapat melihatnya.
Pesawat penumpang terbesar di dunia,A380 sedang melakukan perlepasan
Pesawat sudah berlepas dan meninggalkan Lapangan Terbang Melbourne
Di harap kedatangan Ashraff ke Australia bukanlah yang terakhir.Semoga Ashraff akan datang lagi melawat kami lagi di sini,InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment