Sunday, 28 February 2016

Pulau Pinang Malaysia Bahagian 1

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kedatangan saya ke Pulau Pinang pada bulan Januari lalu adalah kerana menghadiri satu majlis perkahwinan yang diadakan di Kepala Batas. Kata orang sambil menyelam, minum air. Begitulah juga dengan saya kerana selepas dari majlis tersebut saya bersama anak-anak saudara singgah sebentar ke Georgetown sebelum pulang semula ke Ipoh pada lewat petang.


Bergambar bersama anak-anak saudara serta bekas rakan-rakan universiti mereka di majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Seri Endon.


Kedua mempelai di meja santapan.


Kami menunggu giliran lebih kurang 45 minit untuk masuk ke dalam feri. Bayaran yang dikenakan untuk sebuah kereta ialah RM7.70.


Tiba giliran untuk masuk ke dalam feri di tingkat atas.


Gambar kiri : Hampir tujuh tahun saya tidak ke Pulau Pinang dan saya baharu mengetahui yang feri sudah berubah warna.

Gambar kanan ; Gambar dirakamkan dari tangga di tingkat atas.


Cuaca mendung dengan awan yang gelap tanda hujan akan turun.


Georgetown.


Sebaik sahaja kami keluar dari feri, hujan turun dengan lebatnya. Saya tidak berkesempatan untuk merakamkan banyak gambar pada ketika itu.


Singgah minum petang di Pie Harbour, Maritime Karpal Singh Drive. Cuaca agak baik di sekitar daerah Jelutong serta Bayan Baru kerana langsung tidak hujan. Kafe ini banyak berkonsepkan Australia sehinggakan setiap meja di luar ini diletakkan nama-nama bandar dan negeri di Australia.


Keistimewaan Pie Harbour ialah mereka menjual pai yang daging lembu serta kambing diimport 100% dari Australia (Halal). Pie Harbour mempunyai beberapa buah cawangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila ke,
http://www.pieharbour.com/


Kira-kira jam 6:25 petang, kami pulang ke Ipoh melalui  Batu Maung dengan menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah). Plaza tol terletak di Bandar Cassia (Batu Kawan) dan bayaran yang dikenakan bagi sebuah kereta persendirian ialah RM8.50.


Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang panjangnya 24 km merupakan jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.  Kepanjangan jambatan di atas laut ialah 16.9 km. Pembinaan bermula pada November 2008 dan siap pada Februari 2014. Ia  dirasmikan pada 1 Mac 2014 dan dibuka kepada pengguna pada keesokan harinya.


Masa pemanduan yang diambil sepanjang jambatan ini adalah lebih kurang 20 minit. 


Walaupun lawatan satu hari di Pualu Mutiara tidak puas, tetapi ia cukup untuk melepaskan rindu saya terhadapnya. Saya akan berkongsi beberapa klip video pada bahagian 2 entri ini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.





Friday, 26 February 2016

Pulau Sentosa Singapura Bahagian 3

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Entri ini adalah bersambung dari bahagian 1 dan 2. Kepada yang ketinggalan, anda boleh membaca artikel penuh di alamat yang saya berikan di bawah;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/02/pulau-sentosa-singapura-bahagian-1.html?m=1

http://sharery.blogspot.com.au/2016/02/pulau-sentosa-singapura-bahagian-2.html?m=1




Sentosa Merlion berhampiran dengan Imbiah Lookout.




Kepada yang ingin melihat pemandangan Singapura lebih jelas dan tinggi dari Imbiah Lookout, anda boleh menaiki Tiger Sky Tower.




Kicauan burung jelas didengari melalui klip video ini. Saya pernah menaiki kerusi buaian ini semasa lawatan ke Pulau Sentosa pada awal tahun 2006. Pada ketika itu saya tidak menggunakan pakej Luge sebaliknya menaiki buaian ini sebanyak dua kali (naik dan turun).




Layari laman sesawang rasmi Pulau Sentosa bagi mendaptkan maklumat sepenuhnya.
http://www.sentosa.com.sg/en/

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Thursday, 25 February 2016

Pulau Sentosa Singapura Bahagian 2

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Entri ini adalah bersambung dari bahagian 1, kepada yang ketinggalan sila klik di alamat yang saya berikan di bawah ini.
http://sharery.blogspot.com.au/2016/02/pulau-sentosa-singapura-bahagian-1.html?m=1


Kembali semula ke stesen Imbiah, kami mengambil semula Sentosa Express dan turun di stesen Beach.


Gambar kiri : Pantai Palawan dan Tanjong terletak di bahagian kiri dari stesen, manakala Pantai Siloso di sebelah kanan.

Gambar kanan : Kami memilih untuk ke Pantai Siloso.


Pantai Siloso.


Walaupun cuaca agak mendung dan berawan tetapi ketika ini suhu agak tinggi.

Gambar panoramik Pantai Siloso.


Gambar kiri : Di belakang saya terdapat banyak kafe, dan restoran.

Gambar kanan : Berjalan kaki untuk kembali semula ke stesen Beach.


Di sini adalah tempat untuk menaiki kerusi buaian berkabel (cerita penuh boleh dibaca pada bahagian 1)

Pada sebelah petang kami turun pula ke stesen Waterfront untuk bersiar-siar sekitar Resort World.


Gambar kiri : Menghala ke kasino dan Hotel Hard Rock.

Gambar kanan : Butik mewah yang terdapat berhampiran kasino.


Gambar kiri : Kasino.

Gambar kanan : Festive Hotel.


Lokasi Hard Rock Hotel ini sangat terpencil dan paling jauh dengan stesen Sentosa Express. Hotel ini amat sesuai bagi mereka yang ingin bermalam dalam suasana yang mendamaikan.


Lobi hotel.


Gambar kiri : Di hadapan pintu masuk utama.

Gambar kanan : Kedai menjual cenderemata Hard Rock Hotel.


Gambar kiri : Pakaian milik penyanyi David Bowie.

Gambar kanan : Pakaian milik penyanyi Elton John.


Kembali semula ke kawasan yang berdekatan dengan stesen Waterfront. Di sini terdapat beberapa buah restoran dan kafe.


Hard Rock Cafe (tiada kena mengena dan jauh dengan Hard Rock otel .


Lokasi terakhir yang kami kunjungi sebelum meninggalkan Pulau Sentosa ialah Universal Studio. Cukup sekadar mengambil gambar di pintu hadapan. Saya tidak berminat untuk masuk ke dalam kerana saya pernah berkunjung ke Universal Studio Hollywood.

Oleh kerana saya datang ke sini pada hari biasa dan bukan pada hujung minggu atau cuti sekolah, maka saya tidak punya masalah dan gangguan untuk mengambil gambar. Cuma agak mengecewakan adalah cuaca yang berawan yang menyebabkan kualiti gambar tidak memuaskan.

Entri ini akan bersambung ke bahagian 3 di mana saya akan berkongsi beberapa klip video untuk tontonan anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Wednesday, 24 February 2016

Pulau Sentosa Singapura Bahagian 1

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sentosa ialah sebuah pulau resort di Singapura yang begitu terkenal sehingga membawa puluhan juta pelancong datang setiap tahun. Kunjungan saya ke Pulau Sentosa pada awal bulan lalu adalah kerana membawa anak saudara yang belum pernah ke sini walaupun beliau sudah dua kali bercuti di Singapura. Terdapat beberapa cara untuk datang ke Sentosa manakala kami memilih untuk menaiki MRT, kemudian turun di stesen Harbour Front dan seterusnya mengambil perkhidmatan monorel Sentosa Express di VivoCity.


Stesen Sentosa terletak di VivoCity (Level 3). Bayaran yang dikenakan untuk menaiki Sentosa Express bagi seorang dewasa ialah SGD 4. Saya tidak membayar tambang di kaunter sebaliknya menggunakan pas bermusim EZ-Link yang sudah ditambah nilai (ia boleh digunakan untuk menaiki mana-mana keretapi dan bas awam di Singapura).

Empat buah stesen yang terdapat di dalam pulau ini.


Peta percuma boleh diperolehi di kaunter penerangan di bahagian luar stesen Sentosa.


Stesen Imbiah.


 Merlion merupakan ikon bagi Singapura dan semestinya ia menarik pelancong untuk melihat dengan lebih dekat serta bergambar dengannya.


Muzium patung lilin terkenal dunia, Madame Tussauds.


Patung yang diletakkan di pintu masuk ialah penyanyi antarabangsa Lady Gaga. Saya pernah melawat ke Madame Tussauds di Las Vegas, Hong Kong dan Sydney tetapi melihat patung Lady Gaga ini saya merasakan ianya seperti tidak asli.


Imbiah Lookout.


Pemandangan ini dilihat dari Imbiah Lookout.


Kaunter tiket kereta kabel.


Kedai cenderamata.


Mengambil pakej Skyline Luge di mana kami dapat mencuba aktiviti luar yang menyeronokkan. Luge adalah seperti kenderaan go-kart tetapi tidak berenjin. Brek tangan sahaja yang memainkan peranan penting kerana laluan yang bakal diambil adalah menuruni bukit.


Pengguna Luge diberi pilihan samada ingin memilih laluan Jungle Trail atau Dragon Trail yang panjang kedua-duanya berjumlah 1.2 km.


Selesai dengan aktiviti Luge, kami terus menaiki kerusi buaian berkabel (skyride chairlift).


Gambar dirakamkan semasa kerusi buaian ini berada di puncak paling atas. Anda dapat lihat dengan jelas Singapura dari sini. Perjalanan kami berakhir di tempat yang sama di mana kami memulakan aktiviti Luge.


Gambar kandid yang dirakamkan oleh kakitangan Skyline Luge.


Perkataan SENTOSA ini diletakkan di sebelah stesen Imbiah.

Skyline Luge hanya mempunyai tiga buah cawangan. Selain di Singapura ia turut terdapat di Kanada dan New Zealand. Harga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut pakej manakala harga gambar kandid yang dirakamkan melalui kakitangan Skyline Luge perlu dibayar berasingan. Untuk maklumat lengkap mengenai Pulau Sentosa dan Skyline Luge, sila layari laman sesawang di bawah ini;
http://www.sentosa.com.sg/en/
http://www.skylineluge.com/luge-singapore/skyline-luge-sentosa/

Bahagian 2 bagi entri Pulau Sentosa akan disiarkan sedikit masa lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Monday, 22 February 2016

Awal Tahun 2016 Di Singapura

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2016 kepada semua pembaca blog Terjemahan Hati. Saya berada di Singapura selama hampir dua minggu bermula dari 31 Disember 2015. Singapura juga seperti kampung saya kerana kedua ibu bapa mertua saya tinggal di sini. Keistimewaan Singapura yang menjadi perhatian saya tentunya makanan dan membeli-belah. Tiada sambutan istimewa bagi saya dan suami sempena 1 Januari 2016 tetapi sekadar keluar bersiar-siar di Orchard Road dan kami serta beberapa orang sahabat menikmati makan malam bersama.


Di hadapan Scotts Square.


Scotts Square.


The Sushi Bar.


The Sushi Bar.


Di kedai manisan Honeymoon Dessert. Saya memilih manisan air batu kisar yang dicampur dengan pulut hitam dan isi durian.

Honeymoon Dessert di cawangan ION.

Nantikan beberapa entri mengenai aktiviti saya di Singapura yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.