Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu
Sekali lagi,topik kali ini masih berkisar mengenai makanan. :-)
Saya sebenarnya sudah tahu lebih awal bahawa Chilli Padi Mamak Kopitiam bakal beroperasi beberapa bulan yang lalu ,tetapi baru-baru ini sahaja saya dan suami berkesempatan mengunjunginya.Chilli Padi Mamak Kopitiam terletak di 295,Racecourse Rd,Flemington.
Cara penulisan di dalam menu yang mencuit hati kerana menggunakan pelbagai bahasa.
Dekorasi yang mengingatkan saya seperti berada di tanahair.
Berikut ialah hidangan yang kami nikmati di Chilli Padi Kopitiam Mamak
Minuman -
Teh C Peng ( Teh 3 Warna) dan
Ais Sirap Selasih
Hidangan Pembuka Selera -
Chicken Lobak.
Ini kali kedua saya mencuba chicken lobak,pertama kali di MyCube Cafe Lygon St.Ternyata chicken lobak memang sedap.
Hidangan Utama -
Assam Fish Laksa ( Asam Laksa)
Sudah hampir dua tahun saya tidak menikmati asam laksa.Walaupun asam laksa ini tidak sesedap dan sehebat asam laksa di Midvalley Megamall ( KL),tetapi ianya cukup membuatkan saya berpuas hati.
Hidangan Utama :
Hainanese Chicken Rice ( Nasi Ayam Hainan)
Kata orang,kalau tidak mencuba kita tidak tahu sedap atau tidak.Nasi ayam hainan ini agak menghampakan kami.
Kebaikan - Isi ayam yang padat tanpa tulang dan ayam serta nasi disiram dengan minyak bijan untuk menaikkan bau.
Kesilapan - Sup dan nasi yang tawar,sos soya/halia patut disertakan,bukannya dengan sos
sweet chilli.
Antara lauk pauk yang kami pesan ialah ;
Soft Shell Crab
Soft shell crab amat popular bagi masyarakat Jepun,Memang sedap dan mudah untuk dimakan kerana kulitnya lembut,tetapi sos untuk hidangan ini sedikit masin.
Oyster Omelette
Tidak perlu komen panjang,telur dadar digoreng bersama tiram ini ternyata sedap.
Sotong Kangkung
Satu sahaja kesilapan di sini ialah tukang masak menggunakan kuah satay segera
(instant) ,sepatutnya sotong kangkung ini ditabur dengan kacang tumbuk.
Salt & Pepper Prawn
Jika tidak salah,udang yang disajikan sebanyak 7-8 ekor.Memang sedap dan berbaloi apatah lagi udangnya besar dan segar.
Ini gambar kami sebelum menikmati hidangan yang penuh satu meja,...
dan gambar ini pula saat hampir kami selesai menjamu selera.
Di Australia,bukan semua restoran atau kafe halal mempamerkan sijil pengiktirafan halal untuk tatapan pelanggan.Ada yang diletakkan di dapur,di kaunter,di depan pintu masuk,dan ada pula yang langsung tidak dipamerkan tetapi pihak mereka akan memaklumkan terus kepada pelanggan.
Chilli Padi Mamak Kopitiam pula telah mempamerkan sijil halal di luar tingkap.
Chilli Padi Kopitiam Mamak menjalankan perniagaan di bangunan lama yang berusia ratusan tahun.(1837)
Apa yang dapat saya rumuskan di sini ialah, hidangan minuman dan makanan yang ditawarkan lebih banyak berbanding di Old Town Kopitiam Mamak di QV, Melbourne.
Yang pasti kami akan kembali ke sini untuk menjamu selera :-)