Monday, 4 April 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Pengarahnya

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Beberapa minggu lalu,saya baru berkesempatan menonton filem komedi 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Menonton seawal jam 3pagi bersama suami membuatkan rumah seperti bergegar dan seperti rasa hendak pecah perut ketawa. :-)

Siapa yang tidak kenal dengan pengarah dan produser Mamat Khalid yang begitu terkenal dengan menghasilkan filem dan drama komedi malah kerap kali menggunakan bahasa dan lokasi di negeri Perak.
Sekadar ingin berkongsi cerita,Mamat Khalid berasal dari Ipoh Perak dan abangnya ialah kartunis terkenal Malaysia iaitu Datuk Lat.
Saya dan rakan-rakan bergambar bersama Datuk Lat semasa beliau melawat sekolah kami pada tahun 1998
Datuk Lat menetap di Taman Golf,Mamat Khalid menetap di Taman Ipoh Jaya Timor 1 ,manakala ibu mereka menetap di Kampung Sungai Rokam.Kesemua kawasan ini adalah berdekatan dan masih di dalam poskod yang sama.

Ibu kepada Datuk Lat dan Mamat Khalid ialah rakan kepada ibu saya,isteri Datuk Lat juga mengenali kakak saya,manakala Mamat Khalid dan isteri adalah sahabat rapat kakak saya sejak dari bangku sekolah sehinggalah ke hari ini,malah rumah mereka berdekatan dengan keluarga saya di Taman Ipoh Jaya Timor 1.Pendek kata kami berjiran! :-)
Kakak saya yang juga sahabat baik abang Mamat antara tetamu untuk tayangan perdana Hantu Kak Limah Balik Rumah
Kakak-kakak,abang ipar dan Kak Asmah semasa tayangan perdana filem Estet
Saya pernah berjumpa dengan abang Mamat hanya beberapa kali sahaja,tetapi dengan kak Asmah(isteri) kerap daripada itu.Saya pernah menghadiri satu seminar Amway bersama kak Asmah satu masa dahulu.Oleh kerana kakak saya yang juga sahabat baik abang Mamat dan kak Asmah adalah tukang jahit,maka mereka juga adalah antara pelanggan tetap kakak saya.

Semasa majlis perkahwinan saya pada tahun 2009,abang Mamat dan kak Asmah tidak dapat hadir pada majlis di siang hari,tetapi mereka tetap datang pada sebelah malam iaitu acara memotong kek secara kecil-kecilan yang di adakan di rumah sahaja.
Abang Mamat dan Kak Asmah hadir semasa majlis potong kek di rumah saya
Baru baru ini anak lelaki sulung abang Mamat baru sahaja melangsungkan perkahwinan.Bunga-bunga hiasan hasil tangan abang saya turut dipinjam untuk majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan.
Kakak saya juga banyak membantu kak Asmah dari segi persiapan yang lain.
Saya tidak sabar untuk melihat gambar-gambar dari kamera kakak saya di sekitar majlis pernikahan dan majlis resepsi bagi pihak abang Mamat yang diadakan di Hotel Casuarina Ipoh.

Kepada Abang Mamat sekeluarga,saya rakamkan ucapan Tahniah! :-)

4 comments:

  1. Tu dia Direktor/pengarah nya :)
    Memang comedian pun orang nye :)

    ReplyDelete
  2. ooo berjiran eh

    ReplyDelete
  3. Pilotz : mmg dia pun pak lawak..dia ckp selamber pun kita yg nk tergelak2

    Anonymous : ye,berjiran..pendek kata sahabat keluarga :)

    ReplyDelete
  4. cer cite. cer cite..
    heheheheh.. gelak bsar cek tgk cite tuu..
    enjit..enjit... semuttt.. sape sakit naik atas..

    ReplyDelete