Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan
Kembali saya di sini setelah hampir satu bulan tidak mengemaskini sebarang cerita atau gambar.
Bermula pada 24hb November bulan lalu,saya telah menghabiskan percutian musim panas saya bersama suami dan seorang tetamu istimewa dari Malaysia. :-)
24 NOVEMBER 2011
Saya dan suami berlepas dari Melbourne dan pulang ke Perth dengan menaiki pesawat Qantas QF777.
Lebih kurang jam 4 petang kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Perth.Saya sangat gembira kerana hari pertama percutian musim panas kami di sambut dengan cuaca panas yang suhunya 38 darjah Celcius.
Tidak ada sebarang aktiviti dilakukan selain berehat di rumah dan pada sebelah malamnya saya dan suami keluar makan bersama rakan-rakan beliau.
|
Berehat dan mengalas perut di Qantas Bussines Lounge sebelum menaiki pesawat |
|
Sudah mendarat di Perth |
|
Makan malam di restoran D' Nyonya, Victoria Park |
25 NOVEMBER 2011
Tidak ada aktiviti padat pada hari ini tetapi cukup sekadar dapat meluangkan masa bersiar di beberapa tempat di dalam bandar,minum petang di salah satu kedai kegemaran dan pada sebelah malamnya kami menziarah kakak angkat di Subiaco iaitu kak Faizah Robson.
|
Di bandar Perth |
|
Minum petang disertakan pemanis mulut di Gelare |
|
Karipap dan ubi kayu goreng pembuka selera sebelum hidangan makan malam |
|
Bersama kak Faizah |
*Akan bersambung..