Assalamualaikum w.h.t dan Salam Jumaat
Sanggupkah anda untuk tidur di tepi jalan,di atas tangga atau di lorong gelap dengan bertemankan cuaca sejuk ?
Di Australia,
CEO SLEEP OUT telah menjadi acara tahunan.Dari sinilah boleh dilihat Ketua Pegawai Eksekutif (
CEO) ,Pengerusi (
Chairman),Pengarah Urusan (
Managing Director), serta ahli perniagaan bersama-sama menyahut seruan penting ini.Mereka hanya diberi papan kertas,sarung kepala,secawan sup,roti dan ada pula di antara mereka hanya membawa sehelai selimut.
Cabaran yang perlu dirintangi ialah mereka harus tahan dengan cuaca sejuk suhu sekitar -3 hingga 10 darjah selsius.Oleh kerana itulah acara ini berlangsung pada bulan Jun setiap tahun (musim sejuk).
Tujuannya hanya satu,iaitu untuk mengutip derma bagi membantu rakyat di dalam negara ini yang tidak ada tempat tinggal dan mahu membaik pulih taraf kehidupan mereka.
|
Kelmarin di Sydney, CEO, John Hartigan yang turut serta dalam cabaran mengutip derma *gambar diambil dari thetelegraph.com.au* |
Dalam sibuk memperkatakan tentang ahli-ahli perniagaan yang terbabit,tidak dilupakan juga ada di antara mereka datangnya dari golongan badan kerajaan dan kementerian Australia atau lebih tepat lagi ahli politik.
|
Di Melbourne malam tadi, Menteri Luar Australia iaitu Kevin Rudd memilih untuk tidur di Stadium Etihad*gambar di ambil dari yfrog photo milik Kevin Rudd* | |
Begitu juga dengan individu berpengaruh di kalangan
VVIP yang bergelar Gabenor.
|
Dua hari yang lalu di Perth,Gabenor Australia Barat, Malcolm McCusker ditemani isteri bermalam di tepi jalan.*gambar diambil dari perthnow.com.au* |
|
Putera William dan CEO Seyi Obakin pernah tidur di sebelah tempat pembuangan sampah di London dua tahun lalu dengan suhu -4 darjah selsius bagi tujuan yang sama*gambar dari sumber internet* |
Melalui pandangan mata saya sendiri,sudah banyak kali saya melihat insan malang yang tidur dan hidup merempat di kaki lima di beberapa buah bandar besar di serata Australia.
|
Inilah realitinya,seorang pemuda yang tidak ada tempat tinggal di Melbourne*gambar dari sumber internet* |
Sesungguhnya bersyukurlah kita dengan segala rezeki yang kita perolehi.Jika kita rasa kita susah,pasti ramai lagi yang susah daripada kita.
Semoga usaha murni
CEO SLEEP OUT ini lebih berjaya dan kutipan derma dapat mengatasi kutipan dari tahun lepas.
*Terbit pertanyaan,adakah golongan kelas atasan bangsa dan agama kita sanggup menderma dengan cara sebegini rupa?Tepuk dada,tanya selera.*