Thursday, 16 June 2011

Tidur Di Tepi Jalan.Sanggupkah Anda?

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Jumaat

Sanggupkah anda untuk tidur di tepi jalan,di atas tangga atau di lorong gelap dengan bertemankan cuaca sejuk ?


Di Australia, CEO SLEEP OUT telah menjadi acara tahunan.Dari sinilah boleh dilihat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ,Pengerusi ( Chairman),Pengarah Urusan (Managing Director), serta ahli perniagaan bersama-sama menyahut seruan penting ini.Mereka hanya diberi papan kertas,sarung kepala,secawan sup,roti dan ada pula di antara mereka hanya membawa sehelai selimut.
Cabaran yang perlu dirintangi ialah mereka harus tahan dengan cuaca sejuk suhu sekitar -3 hingga 10 darjah selsius.Oleh kerana itulah acara ini berlangsung pada bulan Jun setiap tahun (musim sejuk).


Tujuannya hanya satu,iaitu untuk mengutip derma bagi membantu rakyat di dalam negara ini yang tidak ada tempat tinggal dan mahu membaik pulih taraf kehidupan mereka.
Kelmarin di Sydney, CEO, John Hartigan yang turut serta dalam cabaran mengutip derma *gambar diambil dari thetelegraph.com.au*
 Dalam sibuk memperkatakan tentang ahli-ahli perniagaan yang terbabit,tidak dilupakan juga ada di antara mereka datangnya dari golongan badan kerajaan dan kementerian Australia atau lebih tepat lagi ahli politik.
Di Melbourne malam tadi, Menteri Luar Australia iaitu Kevin Rudd memilih untuk tidur di Stadium Etihad*gambar di ambil dari yfrog photo milik Kevin Rudd*

Begitu juga dengan individu berpengaruh di kalangan VVIP yang bergelar Gabenor.

Dua hari yang lalu di Perth,Gabenor Australia Barat, Malcolm McCusker ditemani isteri bermalam di tepi jalan.*gambar diambil dari perthnow.com.au*
Putera William dan CEO Seyi Obakin pernah tidur di sebelah tempat pembuangan sampah di London dua tahun lalu dengan suhu -4 darjah selsius bagi tujuan yang sama*gambar dari sumber internet*

Melalui pandangan mata saya sendiri,sudah banyak kali saya melihat insan malang yang tidur dan hidup merempat di kaki lima di beberapa buah bandar besar di serata Australia.
Inilah realitinya,seorang pemuda yang tidak ada tempat tinggal di Melbourne*gambar dari sumber internet*

Sesungguhnya bersyukurlah kita dengan segala rezeki yang kita perolehi.Jika kita rasa kita susah,pasti ramai lagi yang susah daripada kita.
Semoga usaha murni CEO SLEEP OUT ini lebih berjaya dan kutipan derma dapat mengatasi kutipan dari tahun lepas.


*Terbit pertanyaan,adakah golongan kelas atasan bangsa dan agama kita sanggup menderma dengan cara sebegini rupa?Tepuk dada,tanya selera.*

12 comments:

  1. Bagus sungguh orang sana. At least deme ada gak rasa rendah diri untuk merasa bagai mana hidup susah? Kat Malaysia? hmm..rasanye xkan ada sampai bila2..

    Pemimpin yang bongkak tu usahkan nak tido tepi jalan, nak bagi derma pon tak. Boleh bagi, asalkan ada big tv crew follow mereka.

    Seriously...'orang putih yang kafir' lebih mulia daripada segelintir orang kita.

    ReplyDelete
  2. masyallah. bagus nya. kenapa mereka lebih murni dari golongan atasan di malaysia yang majoritynya muslim ni.. saya salute mereka...

    ReplyDelete
  3. ACAB : Betul tu.Di Malaysia rasanya takde harapan langsung untuk lihat begini.Kalau ada sekalipun,..mcm kamu cakap tadi nak org tv tahu.senang kata,tak ikhlas.

    Acu dah pernah bekerja dan berdepan dengan orang2 ternama,tak berapa nak ternama,tak bernama,dan golongan kelas atasan di Malaysia.Dah tahu sangat majoriti diorg mcmana.Ya,memang sedih dengan masyarakat di negara kita. :(

    Memang betul kata kamu dan pendapat unclee.mereka,org kapior kadang sifat dan hati lebih mulia dari orang kita.

    ReplyDelete
  4. Orang kita agama je Islam...tapi kat luar perangai macam setan...rasuah, corruption, scandal...adoi.
    Bila orang atas dah teruk, apekan lagi orang bawahan kan? sedih la.. :(

    ReplyDelete
  5. BYTE : Memang bagus dan tabik spring pada mereka!
    selain CEO SLEEP OUT ni,ada banyak perkara lain yang nampak bertapa masyarakat di sini lebih bagus dari rakyat Msia walaupun berlainan bangsa dan agama.Kalau nak ceritakan panjang lebar sgt.

    Di sini ada undang2 di tempat kerja tidak boleh berbual berkenaan agama,takut mengundang racism.

    Di sini, undang2 berkenaan perceraian dan hak nafkah dan pembelaan anak2 lebih bagus,ketat,cepat berbanding "mahkamah syariah" kita di Msia yang slow giler mcm kura2.

    Semoga artikel di atas memberi kita kesedaran kepada kita semua..

    ReplyDelete
  6. ACAB : aje nye ye..now kat msia hari2 citer psl rasuah bola pulak.Lagi satu.kalau nak cerita psl kebersihan.Agama kita menuntut umatnya sentiasa dlm keadaan bersih. Tapi cer tengok tandas2 awam kat Msia?kalu tak berlenang ayor ataeh lantei,tak sah!

    Pastu tandas awam mintak duit,tapi tandas TETAP kotor.
    di sini no such thing tandas awam nak berbayor.Tak berbayor pun bersih( tak semua bersih,tapi kebanyakan nye masih boleh diterima pakai la)

    ReplyDelete
  7. menariknye.. semoga satu hari nnti nisah berpeluang menikmati hidup kat sana :)

    ReplyDelete
  8. Chinta Nisah Idham : InsyaAllah,siapa tahu kan satu hari nnt Nisah tinggal di sini :)

    ReplyDelete
  9. Syukur kepada Allah kita masih lagi ada tempat berteduh. Bila kita mengeluh tak dapat beli itu ini, ingatlah orang2 yang tak bernasib baik yang hidup merempat macam ni. Pasti kita akan rasa insaf. Apa sangatlah ada pada kasut baru, baju baru, handbag baru, berbanding dengan mereka ni yang makan pon belum tentu lepas lagi.

    ~KC~

    ReplyDelete
  10. KC : memang sedih tgk rakyat aus sendiri hidup dlm keadaan mcmni.berdasarkan dari maklumat suami yg dah lama dan kerap travel sana sini,...katanya setiap tahun makin ramai yg homeless.makin teruk :(
    di harap kerajaan juga buka mata.

    ReplyDelete
  11. Orang kita have alot to learn. Most of us takde compassion at all. This is an eye opener for semua & it's just tip of the iceberg.

    ReplyDelete
  12. Pilotz : moga2 selepas ini lebih ramai orang terbuka hati untuk membuat kebajikan

    ReplyDelete