Saya dan suami menghabiskan masa separuh hari di bandar ini sambil meninjau persekitaran bandar, kawasan perumahan dan pusat membeli belah. Absolute World ialah dua buah kondominium berkembar yang menjadi ikon Mississauga kerana seni bina unik. Nama samaran ko kondominium ini ialah Marilyn Monroe.
Selain Toronto, Mississauga juga mempunyai banyak restoran halal. Walaupun masa agak terhad, tetapi kami tetap berpeluang menikmati makan malam di restoran Jepun halal ssbanyak dua kali. Keistimewaan restoran ini ialah pelanggan boleh menjamu selera dengan pakej makan tanpa had (all you can eat) dengan harga yang berpatutan.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ;
https://youtu.be/WkN8TPz4rok
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN