Friday, 30 November 2012

Sepetang di SAN FRANCISCO

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sepetang di San Francisco dan menaiki kereta kabel.
Gambar atas : Pemandang Fishermans's Wharf dari arah jauh

Gambar atas : Pulau Alcatraz boleh dilihat dengan jelas dari tempat saya berdiri untuk mengambil gambar ini
Lombard Street ialah alan Paling Bengkang Bengkok di Dunia.Lihat sahaja gambar kereta-kereta yang sedang melalui jalan tersebut
Salah satu hentian untuk menaiki kereta kabel
Swensen's pertama di dunia terletak di persimpangan Union dan Hyde Street
Kami membeli pas harian untuk menaiki kabel.Pas harian ini boleh digunakan seberapa banyak kali dalam satu hari
Gambar atas : Pemegang pengendalian kereta kabel

Gambar bawah : Enjin
kereta kabel
Menaiki kereta kabel
Gambar atas : Bergambar di hadapan kereta kabel yang terkenal di San Francisco

Gambar tengah dan bawah : Hotel Hyatt San Francisco
Gambar atas : Pacific Coast Stock Exchange
Gambar bawah : Pintu gerbang di Chinatown
Selepas kereta kabel sampai ke stesen terakhir, beberapa orang pekerja harus memusingkan semula kereta kabel ini dengan kepalanya harus menghala ke hadapan. Melalui gambar di atas, anda dapat lihat bagaimana kereta kabel dipusingkan di atas plartform kayu sebelum memulakan semula perjalanan
Menaiki kereta kabel, dan berdiri di anjung luar membuatkan senang bagi kami melihat pemandangan dan mengambil gambar
Gambar atas : San Francisco Public Library Chinatown Branch

Gambar bawah : Permulaan Lomabrd Street. Jalan Paling Bengkang Bengkok Di Dunia
Tamat sudah perjalanan seharian menaiki kereta kabel

Wednesday, 28 November 2012

Diet Berjaya Lagi !

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sekadar berkongsi cerita.
Pada bulan September yang lalu, saya dan suami yang sudah lama tidak menimbang berat badan telah menimbang berat masing masing.Memang dapat mengagak bahawa angka berat pasti akan berubah tetapi tidak menyangka ia naik begitu mendadak.Ya, berat kami naik hampir 10 kilogram!

Tidak mahu membazir membeli pakaian baru, maka saya mula kembali berdiet dan suami turut serta.Saya akui selama ini saya sudah beberapa kali berdiet apabila berat badan naik dan kesemuanya berjaya.

Diet memerlukan displin yang tinggi

Saya meletakkan gambar di atas sebagai bukti pencapaian peribadi yang tidak seberapa ini.Belum sampai satu bulan berdiet, saya sudah kembali ke bentuk badan yang asal.
Pemakanan yang seimbang serta senaman membantu saya dalam proses ini dan yang penting sekali displin dalam mengawal nafsu makan.
Sehingga ke hari ini,saya tetap berdisplin dalam pemakanan malah kerap pergi ke gimnasium (lebih kurang 4 kali seminggu)

Kepada mereka yang berkeinginan untuk menurunkan berat badan, saya ucapkan Selamat Berjaya! :)

Tuesday, 27 November 2012

Restoran Tanuki & Kedai Ais Krim di SAN FRANCISCO

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Gambar di bawah dirakamkan ketika menjamu selera di sebuah restoran Jepun, Tanuki di San Francisco.
Bersama Kak Elly dan Kak Noraini, masing-masing berasal dari Singapura dan sudah lama menetap di San Francisco

Bi Rite Creamery

Pada sebelah malam, saya dan suami telah di bawa oleh Kak Noraini ke sebuah kedai ais krim yang sangat terkenal di San Francisco iaitu Bi Rite.
( www.biritecreamery.com ).
Ternyata memang benar, Bi Rite menjadi pujaan kepada penggemar ais skrim.Ini kerana kami terpaksa beratur panjang sehingga ke luar kedai sebelum kami dapat masuk dan membeli ais skrim.

Ais krim yang sudah dimasukkan ke dalam bekas dijual di sini
Antara perisa yang unik dan sangat popular ialah  ;
Salted Caramel
Toasted Coconut
Ginger
Honey Lavender
Roasted Banana
, dan banyak lagi.

Anda boleh rujuk di laman sesawang Bi Rite untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
www.biritecreamery.com


Monday, 26 November 2012

26/11 Hari Ulangtahun Saya

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

26hb November ialah hari ulangtahun saya.Setelah berumahtangga,tahun ini masuk tahun ke empat saya menyambutnya bersama suami.
Tiada sambutan besar-besaran,cukup sekadar kami meluangkan masa seharian bersama bermula dari pagi sehinggalah ke sebelah malam dan menonton wayang filem The Twilight Saga - Breaking Part 2.
Di sini saya kongsikan dengan anda sedikit gambar yang dirakamkan semasa sambutan hari istimewa saya.
Minuman lewat pagi di sebuah kafe
Bergambar pada lewat petang sebelum makan malam
Makan malam di restoran masakan India
Makan Malam
Hidangan pencuci mulut dan minuman coklat panas. Hanya satu hirisan kek sudah mencukupi bagi meraikan hari ulangtahun :)
Gambar - gambar kandid sebelum pulang
Pada sebelah malam,saya dan anak saudara,Cek Intan yang berada di Universiti Kuala Lumpur telah mengadakan makan malam secara online.Ini kerana hari lahir Cek Intan jatuh pada 25hb November satu hari sebelum hari lahir saya.Dalam erti kata lain,kami dapat menyambutnya bersama-sama. :-)

Seperti juga tahun-tahun yang lepas, hari ulangtahun saya tidak lengkap jika tidak menghubungi ibu di Malaysia.Mendengar ucapan "Selamat Hari Lahir" di hujung talian dari seorang insan yang telah melahirkan saya di dunia ini, sudah cukup menggembirakan hati dan itulah hadiah yang paling bermakna dan berharga untuk diri saya.
Sekali lagi di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah memberikan ucapan serta doa-doa untuk saya.Semoga kehidupan anda semua juga diberkati olehNya.InsyaAllah, Amin.


Friday, 23 November 2012

ALCATRAZ (Bahagian 4)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Ini adalah cerita dan gambar-gambar bahagian terakhir siri lawatan saya ke ALCATRAZ. Jika anda ketinggalan, sila rujuk semula dari bahagian 1,2 dan 3 untuk mendapatkan cerita penuh.

Berada di luar bangunan pentadbiran penjara dan di belakang saya ialah bandaraya San Francisco. Gambar di atas, anda boleh lihat saya memegang palang besi dengan begitu kuat sekali gara-gara angin kencang.Barangkali boleh terjadinya kecederaan jika ada di kalangan pelawat yang tidak berhati-hati semasa bersiar-siar di kawasan ini
Rumah api yang dibina pada tahun 1854 dan pertama kali dinyalakan pada tahun 1909
Sekitar kawasan rumah milik warden penjara yang dianggap mewah pada ketika itu
Pintu masuk / pandangan depan bangunan pentadbiran penjara.Pandangan mata mereka yang berada di Alcatraz memang tidak dapat lari dari melihat bandaraya San Francisco


Saya berdiri di hadapan sel banduan yang cuba hendak melepaskan diri dengan memecahkan dinding
Gambar atas kiri : Taktik dan cara banduan yang cuba hendak melepaskan diri dari penjara.Memecahkan dinding sel,masuk ke dalam lubang yang dipecahkan lalu keluar di koridor serbaguna dan memanjat ke atas bumbung

Gambar atas kanan : Tiga orang banduan yang telah cuba untuk melepaskan diri

Gambar bawah kiri : Sebelum banduan meloloskan diri, mereka telah meletakkan kepala patung seolah-olah sedang tidur untuk mengaburi pengawal

Gambar bawah kanan : Lubang yang telah dipecahkkan untuk menembusi koridor serbaguna

*Gambar koridor serbaguna boleh dilihat di ruangan Alcatraz Bahagian 3*
Gambar atas kanan : Dewan makan yang menghidangkan makan sebanyak tiga kali sehari untuk para banduan

Gambar atas kanan : Oleh kerana banduan menggunakan sudu,garfu dan pisau besi,para pengawal harus memantau banduan ketika mereka sedang makan kerana tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku

Gambar tengah kiri : Pintu masuk dapur dari arah dewan makan

Gambar tengah kanan : Contoh menu yang dihidangkan

Gambar bawah kiri : Dapur yang besar

Gambar bawah kanan : Saya berdiri di tengah-tengah dewan makan yang besar
Kelengkapan barang dapur
Gambar atas : Di dalam dewan makan terdapat poster mengenai buku bertajuk "Life After Murder". Kisah lima individu yang juga bekas banduan yang pernah disabitkan dengan kes pembunuhan

Gambar tengah : Lima orang bekas banduan yang telah memulakan kehidupan baru

Gambar bawah : Mereka bergambar bersama pasangan masing-masing serta jurugambar profesional

Saya berdiri di belakang poster yang menunjukkan satu kumpulan banduan berjalan di "Broadway" (laluan antara dua blok) untuk terakhir kali sebelum mereka dipindahkan dan penjara ditutup dengan rasminya pada 21hb Mac 1963
Berada di kawasan menjual cenderahati - Lelaki di dalam gambar di atas ialah penulis buku mengenai Al Capone, penjenayah yang sangat popular di Alcatraz
Berada di kawasan menjual cenderahati serta pelbagai buku mengenai Alcatraz antaranya ialah seperti gambar di atas kanan, pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan di pulau penjara ini
Gambar atas kiri : Salah satu peraturan penjara yang dijadikan poster

Gambar bawah kiri : Al Capone, gangster Amerika yang terkenal dengan melakukan banyak aktiviti jenayah.Beliau antara banduan yang pernah dimasukkan di penjara di Alcatraz

Gambar kanan : Buku mengenai cerita kehidupan seorang lagi bekas banduan yang pernah menjalani hukuman selama lima tahun akibat dari kegiatan merompak bank dengan bersenjata iaitu Robert Luke

Anda boleh ke laman sesawang ini untuk melihat gambar Robert Luke yang kembali ke Alcatraz pada tahun awal tahun lalu
http://alcatraztherock.com/blog/2011/12/14/return-to-the-rock/
Selesai lawatan di penjara utama serta membeli sedikit ole-ole dan beberapa gambar dirakamkan semasa dalam perjalanan berjalan kaki untuk pulang ke terminal feri
Lagi gambar semasa berjalan kaki menuju ke terminal feri.Terdapat juga sebuah lori Chevrolet lama yang dipamerkan di situ
Gambar terakhir sebelum meninggalkan Pulau Alcatraz.Kami datang pada awal pagi dan pulang dengan menaiki feri terakhir (untuk sesi lawatan siang hari)
Gambar atas dan tengah : Di dalam feri semasa perjalanan pulang ke tanah besar iaitu bandaraya San Francisco

Gambar bawah : Anda boleh lihat ramainya pelawat yang sedang menunggu masa untuk menaiki feri ke Alcatraz dalam sesi lawatan malam (hanya satu sesi sahaja lawatan malam yang diadakan setiap hari)
Inilah kesemua cenderamata yang dibeli sebagai kenangan dan tanda menjejakkan kaki dan melakukan lawatan ke Pulau Alcatraz

- Kepada mereka yang berminat bercuti ke San Francisco, anda perlu memasukkan lawatan ke Pulau   Alcatraz di dalam senarai.

- Tiket lawatan disarankan supaya dibeli secara online sekurang-kurangnya 1 minggu awal dari tarikh lawatan.

- Pakai kasut dan pakaian yang bersesuaian.

- Jika ingin merasa puas melakukan lawatan di Alcatraz,anda di galakkan membeli tiket seawal pagi  dan boleh berada lama di sana.(5-6 jam adalah tempoh yang sesuai untuk lawatan penuh).

- Alat pendengaran yang disediakan untuk lawatan di dalam penjara utama mempunyai pelbagai pilihan bahasa dan yang lebih menarik lagi maklumat yang disampaikan di dalam audio visual tersebut diolah seperti pegawai penjara sedang bercerita dengan gaya lakonan semula.Ini membuatkan para pendengar lebih memahami isi cerita.

Dengan empat bahagian mengenai Alcatraz,saya berharap semoga pembaca terhibur dan mendapat serba sedikit maklumat .Gambar-gambar yang saya sertakan di sini dikirakan masih sedikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah keseluruhan gambar yang saya rakamkan di Alcatraz.Maaf hanya ini sahaja yang saya mampu untuk kongsikan bersama anda.

Terima kasih kerana masih setia bersama TERJEMAHAN HATI. :-)

Thursday, 22 November 2012

ALCATRAZ (Bahagian 3)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Gambar atas kiri : Saya berdiri di hadapan pintu masuk ke dewan makan yang tertera di situ "Dining Hall".Sedikit kawasan kecil di antara sel dan dewan makan diberi nama "Times Square".Kebiasaannya kawasan ini adalah perhimpunan para banduan sebelum masuk ke dewan makan

Gambar atas kanan : "Isolation", sel di Blok D ialah sel yang terpencil dikhaskan untuk banduan yang mempunyai kes jenayah berat dan menghadapi hukuman berat,seksaan mental dan fizikal

Gambar atas kiri : Salah satu lagi sel yang masih terdapat tandas dan sinki yang masih kukuh pembuatannya
Perpustakaan
Kedua-dua gambar di atas : Sel-sel ini terletak di bahagian Blok D. Blok D terkenal sebagai sel pengasihan.Banduan yang dijatuhi hukuman teruk diletakkan di sini berbeza dengan banduan di blok yang lain.Boleh dikatakan mereka yang tinggal di sini telah menjalani hukuman dari segi mental dan fizikal gara-gara sel yang begitu terasing dengan sel dari blok lain
Gambar kiri : Gambar pegawai penjara yang bertugas semasa rusuhan dan gambar banduan yang menjadi dalang utama terjadinya rusuhan teruk lagi berdarah

Gambar kanan : Taktik dan cara yang dilakukan oleh banduan yang bernama Bernarnd Paul Coy untuk melapangkan jeriji besi dengan tujuan untuk melepaskan diri
Gambar atas : Salah satu sejarah atau cerita di sebalik rusuhan. Pengawal penjara yang bernama William A. Miller telah menyorokkan kunci pintu keluar ke kawasan rekreasi yang sepatutnya disimpan di "Gun Gallery" bagi mengelakkan usaha jahat banduan/perusuh yang mahu keluar dari penjara itu

Gambar bawah : Tempat tinggi (tingkat 2) yang memudahkan pengawal bersenjata meronda dan memantau keadaan kerana pandangan yang jelas dari tingkat atas ke seluruh sudut sel di dalam bangunan penjara utama ini.Di sini juga tempat penyimpanan senjata dan pelbagai kunci bilik serta pintu
Gambar atas : Pegawai William A. Miller yang mati ketika rusuhan di dalam penjara.Para banduan merusuh dalam misi untuk membebaskan diri keluar dari penjara

Gambar bawah : Alat pendengaran memberi tajuk "Riot" dan memberi cerita kepada kami tentang rusuhan yang berlaku.Di tempat saya berdiri (seperti gambar di atas) ialah tempat yang sama di mana pegawai William A. Miller mati ditembak
Kedua- dua gambar di atas : Saya berdiri (seperti gambar di atas) ialah tempat yang sama di mana pegawai William A. Miller mati ditembak
Gambar atas dan bawah : (Gambar bumbung dan lantai) - Kesan jatuhnya bom tangan yang dilemparkan oleh tentera semasa kejadian rusuhan di dalam penjara utama
Gambar atas kiri : Di sebelah kanan pintu ke Blok D ini ialah laluan atau pintu untuk keluar ke kawasan rekreasi

Gambar atas kanan : Sel di dalam penjara

Gambar bawah kiri : Contoh barangan milik banduan yang ada di dalam sel

Gambar bawah kanan : Satu lagi gambar yang di ambil dari sudut berbeza.Anda dapat melihat keseluruhan tiga tingkat sel yang terdapat di dalam bangunan penjara utama ini
Gambar kiri : Tingkap kecil yang boleh melihat bandaraya San Francisco

Gambar atas kanan : Tempat lawatan untuk bertemu dengan banduan.Saya berdiri dari bahagian banduan

Gambar bawah kanan : Tingkap kecil yang yang sudah kotor cerminnya ini dapat melihat bandaraya San Francisco
Gambar kanan : Undang - undang untuk melawat banduan

Gambar atas kanan : Gambar/Poster lama - Pelawat yang sedang berbual dengan banduan

Gambar bawah kanan : Tempat melawat banduan (Saya berdiri dari bahagian pelawat)
Gambar atas : Koridor serbaguna yang panjang ini terletak di belakang semua sel-sel penjara. Laluan kosong yang tidak dibuat pemantauan ini adalah salah satu kelemahan utama dalam ciri-ciri keselamatan kerana itulah tiga orang banduan pernah cuba untuk melepaskan diri

Gambar bawah : Berdiri di antara dua blok di dalam penjara utama
Kesemua gambar di atas : Pejabat pengawal penjara
Gambar atas : Pengawal Penjara

Gambar bawah : Pejabat Warden
Gambar atas kiri : Gudang senjata

Gambar bawah kiri : Antara alatan yang digunakan oleh pegawai penjara

Gambar bawha kanan : Pintu masuk ke pejabat warden

Nanti ALCATRAZ bahagian terakhir selepas ini.