Monday, 26 November 2012

26/11 Hari Ulangtahun Saya

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

26hb November ialah hari ulangtahun saya.Setelah berumahtangga,tahun ini masuk tahun ke empat saya menyambutnya bersama suami.
Tiada sambutan besar-besaran,cukup sekadar kami meluangkan masa seharian bersama bermula dari pagi sehinggalah ke sebelah malam dan menonton wayang filem The Twilight Saga - Breaking Part 2.
Di sini saya kongsikan dengan anda sedikit gambar yang dirakamkan semasa sambutan hari istimewa saya.
Minuman lewat pagi di sebuah kafe
Bergambar pada lewat petang sebelum makan malam
Makan malam di restoran masakan India
Makan Malam
Hidangan pencuci mulut dan minuman coklat panas. Hanya satu hirisan kek sudah mencukupi bagi meraikan hari ulangtahun :)
Gambar - gambar kandid sebelum pulang
Pada sebelah malam,saya dan anak saudara,Cek Intan yang berada di Universiti Kuala Lumpur telah mengadakan makan malam secara online.Ini kerana hari lahir Cek Intan jatuh pada 25hb November satu hari sebelum hari lahir saya.Dalam erti kata lain,kami dapat menyambutnya bersama-sama. :-)

Seperti juga tahun-tahun yang lepas, hari ulangtahun saya tidak lengkap jika tidak menghubungi ibu di Malaysia.Mendengar ucapan "Selamat Hari Lahir" di hujung talian dari seorang insan yang telah melahirkan saya di dunia ini, sudah cukup menggembirakan hati dan itulah hadiah yang paling bermakna dan berharga untuk diri saya.
Sekali lagi di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang telah memberikan ucapan serta doa-doa untuk saya.Semoga kehidupan anda semua juga diberkati olehNya.InsyaAllah, Amin.


9 comments:

  1. Thanks for sharing. Kak Lin.

    ReplyDelete
  2. Rabiatul : Yeay, InsyaAllah tiap2 tahun kita sambut mcmni lagi k.Birthday kita berjiran :)

    Kak Lin : My pleasure.Khas untuk mereka yang jauh di mata saya :)

    ReplyDelete
  3. Happy bday Sherry!!.....Semoga panjang umur, murah rezeki dan berbahagia selalu!!


    Miss u heaps!! Take care!!



    Pinky's Mum.

    ReplyDelete
  4. Pinky's Mum : Terima kasih banyak2 di atas ucapan dan doa itu :) Will do, kak juga take care ye.Hug n kisses to pinky :)

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday to you yang ke .... :)

    ReplyDelete
  6. Pilotz :TQ, yg ke...kira sendiri :)

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday, maaf lupa nak buat ucapan di sini. Love the photos, sekejap dah 4 tahun ye... Ingat lagi gambar you bersanding pakai songket kuning. Doakan semuga you dan suami sentiasa sihat dan happy selalu. Salam sayang dari KC :)

    ReplyDelete
  8. KC : Yup, songket di raja, hehehe..Terima Kasih :)

    ReplyDelete