Artikel baharu saya kongsikan gambar-gambar dan video yang dirakamkan semasa lawatan saya ke Pusat Ski Terkenal Dunia Di Whistler, British Columbia Kanada pada musim luruh bulan Oktober tahun lalu. Whistler pernah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010.
Saya juga telah menyiarkan artikel dua bahagian di laman blog mengenai lawatan ke Whistler pada musim bunga bulan April tahun lalu.
Bahagian 1
http://sharery.blogspot.com/2018/10/resort-ski-terkenal-dunia-di-whistler.html?m=1
Bahagian 2
http://sharery.blogspot.com/2018/10/resort-ski-terkenal-dunia-di-whistler_27.html?m=1
Jika hendak dibandingkan antara kedua lawatan, saya lebih menyukai lawatan musim luruh kerana pemandangan lebih indah ditambah pula dengan cuaca yang terang dan suhu yang dingin pada waktu pagi. Oleh kerana begitu banyak gambar pemandangan seperti pokok-pokok yang berlainan warna yang dirakamkan semasa di dalam perjalanan pergi dan pulang dari Whistler, maka artikel kali ini saya turut bahagikan kepada dua bahagian.
Lebuh raya yang digunakan dari Vancouver Barat menuju ke Whistler mewajibkan setiap kenderaan memasang tayar musim sejuk dan kenderaan berat pula perlu memasang rantai tayar bermula dari bulan 1 Oktober hingga 31 Mac. Tayar kenderaan biasa tidak sesuai dan tidak selamat digunakan ketika permukaan jalan raya yang berais dan bersalji.
Artikel ini akan bersambung ke bahagian 2 tidak lama lagi.
Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN