Thursday, 10 January 2019

Washington Square Inn, Tigard, Oregon

Washington Square Inn, Tigard ialah hotel bagi penginapan hari kedua di Oregon. Saya tiba di Tigard pada awal petang selepas hampir separuh hari membuat lawatan ke Taman Negara Tasik Crater.
http://sharery.blogspot.com/2019/01/crater-lake-national-park-oregon.html?m=1

http://sharery.blogspot.com/2019/01/pemanduan-dari-crater-lake-ke-tigard.html?m=1

Hotel ini menjadi pilihan kerana lokasi yang strategik untuk menyambung pemanduan pada keesokan hari dan ianya baharu dibuka semula selepas penukaran pihak pengurusan malah kerja-kerja  pengubahsuaian nampaknya masih ada yang belum siap sepenuhnya.

Di bahagian lobi turut terdapat ruang makan untuk tetamu menikmati sarapan pagi yang dikhaskan secara percuma. Bilik yang diterima agak besar malah katil dan tilam juga sangat selesa. Setelah membuat permintaan untuk menggunakan seterika dan papannya (kerana tidak diletakkan di dalam bilik), pihak hotel terpaksa mengambil masa untuk mencari. Saya pasti ini kerana hotel ini baharu beroperasi dan masih banyak barang yang belum disusun dan diletakkan dengan betul. Anda boleh lihat melalui gambar di bawah, seterika yang diberi kepada saya masih belum digunakan.Teringat pula semasa saya menginap di hotel baharu di Tru by Hilton di Las Vegas dan Boise di mana saya menjadi tetamu awal di mana pengering rambut dan seterika masih belum.pernah digunakan.
Video mengenai hotel Washington Square Inn boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/nN5s0rP_wEM

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment