Tuesday, 29 October 2013

Adelaide Mosque - Masjid Tertua Di Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Mengikut sejarah, masjid pertama dan tertua di Australia telah dibina pada tahun sekitar 1882 di Maree, Australia Selatan. Oleh kerana masjid itu sudah diroboh dan tidak digunakan, maka Masjid Adelaide (Adelaide Mosque) yang dibina pada tahun 1888 merupakan masjid tertua di Australia. 

20, Little Gilbert Street,
Adelaide, 
South Australia 5000
Australia

Phone: +61 8 8231 6443













Friday, 25 October 2013

Grampians, Victoria

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Grampians merupakan daerah yang besar yang terletak di bahagian barat negeri Victoria, Austalia. Ia mengambil namanya  bersempena dari Taman Negara yang tekenal iaitu Taman Negara Grampians (Grampians National Park).

Grampians National Park (juga dikenali dengan nama asal iaitu Gariwerd) yang saiznya meliputi hampir 170,000 hektar. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Negara Grampians, anda boleh layari ke laman sesawang di bawah.
http://www.visitvictoria.com/Regions/Grampians.aspx

Gambar yang dikongsikan di sini ialah semasa saya, suami dan sahabat rapat sekeluarga bercuti di Grampians pada tahun 2011.





Lake Bellfield












Di Pusat Kebudayaan ini terdapat telah disediakan pelbagai jenis kerusi roda untuk kegunaan pengunjung yang kurang upaya .





Pasar Pagi







Thursday, 24 October 2013

Ballarat, Victoria

Ballarat adalah sebuah bandar yang terletak di negeri Victoria, Australia dengan jarak lebih kurang 105 kilometer (65 batu) dari ibu negeri Victoria iaitu Melbourne. 


Ballarat sangat terkenal kerana hasil perlombongan emas. Emas telah ditemui di Poverty Point pada tahun 1851 oleh John Dunlop dan James Regan. Tahun berikutnya terdapat kira-kira 20,000 pengorek (sebilangan pekerja lombong adalah mereka yang berbangsa Cina) datang untuk mengorek emas di Ballarat Goldfields yang menjadikan pertambahan bilangan penduduk begitu mendadak sekaligus Ballarat telah diisytiharkan sebuah pekan pada tahun 1852. Pekan Ballarat telah dinaik taraf secara berperingkat sehingga menjadi bandar pada tahun 1870.

Gambar-gambar di bawah adalah gabungan daripada beberapa kali kunjungan saya dan suami ke Ballarat yang biasanya kami hanya singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Australia Selatan.












Menara Carillon (Carillon Tower) adalah tugu interaktif yang telah didirikan bersebelahan dengan Ballarat City Hall. Menara ini telah dibina untuk mempamerkan Carillon (alat muzik yang dibuat daripada loceng) . 
Pintu gerbang The Avenue Of Honour
Ballarat pada awal pagi.
Kabus yang tebal di awal pagi di Ballarat selepas melalui pintu gerbang The Avenue Of Honour.


Wednesday, 23 October 2013

Blog Terjemahan Hati Di Instagram

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Anda boleh mengikuti Instagram saya untuk melihat gambar-gambar yang adakalanya tidak saya kongsikan di sini dan saya juga sering menyampaikan berita setiap kali blog saya telah dikemaskini.

Cari saya dengan nama BLOG_TH2010.

Monday, 21 October 2013

Melawat Ke Muzium Yahudi Di Melbourne

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Muzium Yahudi Australia (Jewish Muesum Of Australia) adalah satu-satunya muzium masyarakat Yahudi di Australia yang dibina bertujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi pengalaman hidup mereka di Australia. Muzium ini terletak di St Kilda, di pinggir bandar Melbourne.

Saya dan suami sebenarnya ingin melawat ke muzium ini pada dua tahun yang lalu sementelah anak saudara saya datang bercuti ke Australia dan turut berminat untuk menyertai kami. Malangnya pada ketika itu muzium sedang menjalani pengubahsuaian maka hasrat kami terbantut.
Hanya baru-baru ini sahaja saya dan suami berpeluang untuk ke melawat ke muzium ini. Bayaran masuk yang dikenakan untuk seorang dewasa ialah AUD10.



Oleh kerana faktor keselamatan dan privasi, para pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium.
Di sini saya sertakan gambar-gambar selepas saya dan suami mengikuti lawatan ke Muzium Yahudi Australia.







Semenjak saya berhijrah empat tahun yang lalu, semestinya masa saya banyak dihabiskan di Australia dan Amerika Syarikat. 
Kedua-dua negara ini mempunyai rakyat yang berbilang kaum, etnik dan agama yang boleh saya katakan di sini kuantitinya lebih ramai dari rakyat berbilang kaum di Malaysia ataupun di Singapura.
Tambahan pula di Australia terdapat undang-undang "Anti Discrimination Law". Sepanjang 30 tahun yang lalu, kerajaan Australia telah memperkenalkan undang-undang anti-diskriminasi untuk membantu dan melindungi rakyatnya dari diskriminasi dan gangguan. 
Dengan undang-undang yang sedia ada, kami sebagai rakyat tempatan harus mematuhinya dan tidak boleh menghina atau menyentuh hal-hal sensitif yang berkaitan dengan warna kulit, adat, budaya dan agama seseorang. Undang-undang ini turut diguna pakai untuk pelancong asing yang datang bercuti ke Australia. Mereka tidak boleh sewenang-wenangnya memandang rendah undang-undang ini. Pada pendapat saya, walaupun di sesebuah negara itu tidak mempunyai undang-undang anti-diskriminasi, kita harus bertanggungjawab untuk menghormati antara satu sama lain.

Muzium ini telah memberikan saya sedikit ilmu pengetahuan tentang cara hidup masyarakat Yahudi yang tinggal di Australia. Kami semua tinggal di dalam negara yang aman damai dan harmoni yang masing-masing memegang prinsip hormat menghormati antara satu sama lain walaupun kami berbeza dari segi agama dan budaya.
Di dalam muzium ini kami dilayan dengan begitu baik dan mesra. Beberapa pembantu muzium dengan senang hati dan tanpa jemu menerangkan setiap soalan yang kami kemukan.
Tidak kira di dalam muzium ataupun di sekitar Melbourne khususnya di Australia secara menyeluruh, saya dilayan baik oleh rakyat tempatan yang berlainan bangsa, etnik dan agama.


Kami berpeluang masuk ke dalam rumah ibadat Ortodoks (Orthodox Synagogue) yang terletak hanya di belakang muzium. Gambar sumber Wikipedia.

Seorang sahabat saya dari Pulau Pinang, Malaysia yang bakal melawat anaknya yang bekerja di Melbourne pada hujung tahun nanti sudah merancang untuk melawat ke muzium ini setelah mengetahui saya dan suami telah pun melakukan lawatan yang sama.

Jewish Museum Of Australia 
26 Alma Rd
St Kilda
Victoria 3182

http://www.jewishmuseum.com.au

*2 minit waktu berjalan kaki daripada hentian trem nombor 32 di St Kilda Road (Routes 3 atau 67)




Saturday, 19 October 2013

Jemputan Makan Malam Di Restoran Thai Treats

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Encik Masood Sheriff, pemilik restoran Thai Treats telah menghubungi saya beberapa bulan yang lalu sebaik sahaja beliau membuka perniagaan ini dengan tujuan meminta saya membantu beliau mempromosikan restoran Thai Treats di laman sesawang Halal Melbourne yang saya kendalikan sendiri sekaligus menjemput saya untuk datang menikmati makan malam di restoran Thai Treats.
www.halalmelbourne.com.au

Saya berjanji dengan Encik Masood Sheriff bahawa saya akan datang dan menerima jemputan beliau apabila saya berada di Melbourne.
Sebaik sahaja pulang ke Melbourne beberapa minggu lalu, saya dan suami telah ke Restoran Thai Treats yang terletak di Brunswick (lebih kurang 6 kilometer dari bandar Melbourne, Australia).

Kami tiba sekitar jam 5.15 petang dan pada ketika itu restoran masih sunyi tanpa pelanggan.

Gambar atas : Kelihatan di dalam gambar ialah Ahmed, salah seorang pembantu restoran.

Gambar bawah : Dekorasi yang unik.

Kami dilayan dengan baik oleh pembantu restoran iaitu Zakeeya, Ahmed dan seorang lagi pelayan. Tukang masak untuk restoran ini bernama Janthachat yang telah diterbangkan oleh Encik Masood dari Thailand bersama isteri beliau iaitu Zakeeya. Pasangan suami isteri Janthachat dan Zakeeya yang beragama Islam ini masing-masing berasal dari Songkla dan Bangkok.

Restoran sudah mula dikunjungi oleh pelanggan.

Menu.

Menu.

Anda boleh layari laman sesawang Thai Treats dan facebook bagi mendapatkan maklumat lanjut serta boleh memesan makanan secara online melalui laman sesawang Menulog.

Pelanggan dihidangkan dengan teh panas (green tea) sementara menunggu makanan siap dimasak.

Antara hidangan yang saya dan suami nikmati ialah Tom Yam, Pad Thai dan Nasi Goreng Nenas.

Gambar atas :  Khai Pad Himmapan (ayam yang digoreng dengan cili kering, bawang dan kacang cashew).

Gambar bawah : Tauhu Kata- Ron ( Campuran tauhu, sayuran, sotong, udang yang dimasak di atas pinggan panas).

Hidangan makan malam yang sungguh sedap kami nikmati pada hari tersebut.

Walaupun Encik Masood Sheriff sudah mengetahui dengan lebih awal tentang kehadiran saya dan suami ke restoran Thai Treats tetapi rezeki tidak menyebelahi kami untuk berjumpa kerana beliau mempunyai urusan lain. Pembantu restoran iaitu Ahmed, telah cuba menelefon Encik Masood Sheriff semata-mata mahu kami berbual dengan majikannya tetapi talian tidak sampai kepada kami. Encik Masood Sheriff memberitahu saya melalui e mel bahawa beliau tiba sebaik sahaja kami meninggalkan restoran.
Saya juga tidak berpeluang untuk bergambar dengan Zakeeya, Ahmed mahupun Janthachat kerana mereka terlalu sibuk di dapur dan melayan pelanggan yang tidak putus-putus datang berkunjung.

Saya sungguh berbesar hati dan tidak menyangka kerana usaha saya dalam mengetengahkan senarai restoran halal di Melbourne sedikit sebanyak telah mendapat perhatian dari salah sebuah restoran iaitu Thai Treats. Sokongan dan kerjasama dari suami dan dua orang teman rapat yang membantu saya memulakan laman sesawang Halal Melbourne pada dua tahun lalu adalah amat saya hargai.

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Encik Masood Sheriff kerana telah menyediakan makan malam secara percuma kepada saya dan suami.
InsyaAllah saya pasti akan kembali ke restoran Thai Treats untuk menjamu selera dengan pelbagai lagi pilihan makanan yang sungguh menyelerakan.

Thai Treats
669, Sydney Road,
Brunswick 3056,
Victoria
Australia

www.thaitreats.com.au
http://www.facebook.com/ThaiTreats

Tuesday, 15 October 2013

Salam Aidil Adha Tahun 2013

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Di hari yang mulia tanggal 10 Zulhijah 1434 Hijrah ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada pembaca dan pengikut setia blog saya.



Gambar di atas dirakamkan bersama suami pada Hari Raya Aidil Adha tahun 2009 dan merupakan tahun pertama saya berhijrah ke luar negara. Manakala tahun ini (2013) pula merupakan tahun kelima saya meyambut Aidil Adha di perantauan.

Friday, 11 October 2013

Jemputan Ke Konti Radio Warna 94.2FM Di MediaCorp Di Singapura

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

MediaCorp merupakan kumpulan syarikat media komersial di Singapura. Pada masa ini, MediaCorp beroperasi dengan 7 saluran televisyen dan 13 saluran radio sekaligus menjadikan penyiar media terbesar di Singapura.

Beberapa bulan lalu, saya dan suami telah ke MediaCorp yang terletak Caldecott Hill. Saya menemani suami yang dijemput oleh pihak pengurusan radio Warna 94.2fm untuk ditemuramah oleh dj RZ.

Temuramah dengan radio Warna 94.2fm untuk segmen Warna Sedunia adalah yang kedua bagi suami saya. Pertama kali ialah pada tahun lalu di mana dj RZ menelefon dari Singapura terus ke talian suami di Amerika Syarikat. Berbeza pada kali kedua ini, temuramah diadakan di konti radio.

Pemancar satelit milik MediaCorp di Caldecott Hill.
Semasa di bangku sekolah menengah lagi, saya sering membaca majalah hiburan 8 Days milik syarikat MediaCorp. Majalah tersebut dibeli setiap minggu oleh abang saya yang pada ketika itu bekerja di Singapura. Oleh kerana itulah saya rasa seperti tidak percaya sama sekali apabila dapat menjejakkan kaki di MediaCorp.

Tidak semua kawasan di dalam MediaCorp boleh dirakamkan gambarnya. Oleh itu, di sini saya sertakan beberapa sahaja gambar yang dapat saya rakamkan untuk kenang- kenangan dan berkongsi dengan para pembaca.

Gambar atas dan tengah : Pemandangan dari luar pintu masuk.

Gambar bawah : Laluan untuk ke lobi/ bahagian reception.

Di sini para pelawat dikehendaki mendaftarkan diri jika mereka datang untuk sesuatu urusan atau ingin berjumpa dengan kakitangan MediaCorp. Di lobi ini juga para pelawat berpeluang terserempak dengan ramai selebriti, penyanyi atau pelakon. Ketika itu kami dapat bersua muka dengan salah seorang pelakon terkenal Singapura.

Pas pelawat yang telah diberikan kepada kami.

Rakaman temuramah yang dikendalikan oleh dj RZ di konti milik beliau.

Suami bergambar bersama dj RZ.

Bergambar bersama dj RZ dan dj Zaza Majid yang merupakan pengendali bagi segmen Warna Sedunia.





Segmen Warna Sedunia ke udara melalui frekuensi 94.2fm pada setiap hari Sabtu jam 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi dan ulangannya pada hari Ahad jam 2.00 hingga 4.00 petang (waktu Singapura).