MediaCorp merupakan kumpulan syarikat media komersial di Singapura. Pada masa ini, MediaCorp beroperasi dengan 7 saluran televisyen dan 13 saluran radio sekaligus menjadikan penyiar media terbesar di Singapura.
Beberapa bulan lalu, saya dan suami telah ke MediaCorp yang terletak Caldecott Hill. Saya menemani suami yang dijemput oleh pihak pengurusan radio Warna 94.2fm untuk ditemuramah oleh dj RZ.
Temuramah dengan radio Warna 94.2fm untuk segmen Warna Sedunia adalah yang kedua bagi suami saya. Pertama kali ialah pada tahun lalu di mana dj RZ menelefon dari Singapura terus ke talian suami di Amerika Syarikat. Berbeza pada kali kedua ini, temuramah diadakan di konti radio.
Pemancar satelit milik MediaCorp di Caldecott Hill. |
Tidak semua kawasan di dalam MediaCorp boleh dirakamkan gambarnya. Oleh itu, di sini saya sertakan beberapa sahaja gambar yang dapat saya rakamkan untuk kenang- kenangan dan berkongsi dengan para pembaca.
Gambar atas dan tengah : Pemandangan dari luar pintu masuk. Gambar bawah : Laluan untuk ke lobi/ bahagian reception. |
Pas pelawat yang telah diberikan kepada kami. |
Rakaman temuramah yang dikendalikan oleh dj RZ di konti milik beliau. |
Suami bergambar bersama dj RZ. |
Bergambar bersama dj RZ dan dj Zaza Majid yang merupakan pengendali bagi segmen Warna Sedunia. |
Segmen Warna Sedunia ke udara melalui frekuensi 94.2fm pada setiap hari Sabtu jam 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi dan ulangannya pada hari Ahad jam 2.00 hingga 4.00 petang (waktu Singapura).
Pengalaman yang takkan dilupakan ;)
ReplyDelete~KC~
KC : Betul tu KC, pengalaman yang bukan datang selalu :)
ReplyDelete