Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera
Q1 (Queensland Number One) adalah sebuah bangunan pencakar langit di Surfers Paradise, Gold Coast, Queensland. Ia hilang gelaran sebagai menara kediaman tertinggi di dunia yang sudah beralih kepada The Marina Torch di Dubai.
Q1 adalah bangunan tertinggi di Australia dan Hemisfera Selatan apabila diukur sehingga ke atas puncak menara dan struktur berdiri bebas kedua tertinggi di Hemisfera Selatan, selepas Sky Tower di Auckland, New Zealand.
Tetapi apabila diukur pada bumbung dan lantai tertinggi,
Q1 berada di tangga ketiga selepas Menara Eureka yang pertama dan Menara Rialto kedua.
Reka bentuk bangunan ini telah diambil dari bentuk obor Sukan Olimpik Sydney pada tahun 2000 dan ada iras seperti reka bentuk bumbung Sydney Opera House.
|
Q1 |
|
Gambar atas dan tengah : Jualan cenderamata di tingkat bawah bangunan.
Gambar bawah : Menaiki lif menuju ke anjung tinjau yang diberi nama SkyPoint. |
|
Di atas bumbung lif, pengunjung boleh melihat kamera secara langsung perjalanan naik lif tersebut. |
|
SkyPoint, anjung tinjau di tingkat 77. |
|
Pemandangan indah yang dapat dilihat dari anjung tinjau SkyPoint. |
|
Sejarah Surfers Paradise dan Gold Coast. |
|
Pengunjung diberi peluang untuk menonton video pendek mengenai sejarah Gold Coast. Melalui video ini juga saya mendapat tahu bahawa seorang warga Australia merupakan salah seorang pencipta awal pakaian mandi wanita di dunia. |
|
Rumah-rumah mewah yang terdapat di Gold Coast. |
|
Gitar besar berwarna merah seperti di dalam gambar di atas merupakan Hard Rock Cafe Surfers Paradise. |
|
Helikopter penyelamat yang dapat saya lihat sedang membuat pemantauan. |
Gambar-gambar di atas saya rakamkan ketika kunjungan pada tahun 2011. Untuk beberapa gambar lain yang pernah anda boleh ke entri di bawah.
http://sharery.blogspot.com.au/2011/10/skypoint-observation-deck-gold-coast.html
Untuk mendapatkan maklumat lanjut terutama sekali mengenai harga tiket untuk naik ke
SkyPoint, anda boleh layari laman sesawang ini.
www.skypoint.com.au
Cantiknya pemandangan yg diambil dari bangunan ni. Mcm poskad.
ReplyDelete~KC~
KC : Nasib pun menyebelahi kami kerana cuaca amat baik :) .
ReplyDelete