Monday, 28 August 2017

Pemanduan Dari Four Corners Monument Ke Monument Valley

Selepas melawat ke Four Corners Monument, kami meneruskan pemanduan ke Monument Valley yang jaraknya ialah 159 kilometer bersamaan dengan 99 batu. Gambar-gambar dan video yang dimuat naik di sini saya rakamkan di sepanjang perjalanan. Sekiranya terdapat kesulitan memainkan video, anda boleh tonton melalui saluran YouTube saya;
https://youtu.be/la4qIPdloes

Artikel mengenai lawatan ke Four Corners Monument;
http://sharery.blogspot.ca/2017/07/four-corners-penanda-empat-buah-negeri.html
Artikel mengenai Monument Valley telah disiarkan dua tahun lalu;
http://sharery.blogspot.com/2015/10/monument-valley-lembah-berbatu-terkenal.html?q=monument+valley

Instagram, blog_th2010
You Tube, Shery NN.

Thursday, 24 August 2017

Melawat Ke Ibu Pejabat YouTube

Semasa percutian singkat ke San Francisco minggu lalu, saya dan suami berpeluang melawat ke ibu pejabat dunia YouTube di San Bruno, California, Amerika Syarikat. Jarak antara hotel penginapan kami dan ibu pejabat YouTube sangat dekat. Ia hanya mengambil masa 10 minit jika berjalan kaki manakala hanya beberapa minit jika memandu dengan kenderaan.

Keadaan di sekitar kawasan agak sunyi kerana kami datang pada hari Sabtu. Tontoni video pendek yang saya muat naik di sini. Sekiranya video tidak dapat dimainkan, anda juga boleh ke saluran You Tube saya dengan alamat yang disertakan di bawah;
https://youtu.be/dX-GR_EaZLg
Instagram : blog_th2010
YouTube  : Shery NN