Friday, 31 March 2017

Pemanduan Dari San Francisco ke Las Vegas

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Selepas sarapan, kami memulakan perjalanan menuju ke Las Vegas pada jam 11:50 pagi dengan menggunakan lebuh raya I-280, I-5 S dan I-15 N. Jumlah pemanduan pada hari ini adalah singkat iaitu selama 9 jam dan kami hanya kami berhenti dua kali sahaja iaitu untuk mengisi minyak dan ke tandas awam.

Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.




San Luis Reservoir.


Empangan San Luis terletak kira-kira 193 kilometer dari San Francisco.


Pemandangan indah empangan San Luis.


Kereta 'pelik' yang sentiasa boleh dilihat di Amerika Syarikat.






Berhenti untuk mengisi minyak di Bakersfield.








Jarak antara Bakersfield dan Las Vegas ialah 460 kilometer.
























Kramer Junction terletak di persimpangan US Route 395 dan State Route 58 di Mojave Desert. Persimpangan ini sentiasa sibuk dengan kenderaan berat yang keluar masuk dari beberapa stesen gas. Selain itu di sini terdapat tempat rehat, bank, restoran dan kafe. Pada lima tahun lalu, semasa saya dan suami di dalam perjalanan dari Farmington, New Mexico menuju ke San Francisco, California, kami pernah berhenti di sini sekitar jam 4:00 pagi dan membeli roti di Subway (di sebelah kanan gambar) untuk bersahur.














Kami tidak mengetahui punca kenderaan bergerak perlahan dari arah bertentangan.


Gambar terakhir yang dirakamkan sebelum hari semakin gelap di Death Valley pada jam 7:34 malam.


Peta kembara hari ke-21. Penanda merah diletakkan dari hotel Courtyard Marriott San Francisco Airport.


Jarak dikira dari hotel kami menginap.


Peta kembara hari ke-21. Jarak dikira dari hotel kami menginap sehingga ke Las Vegas, Nevada.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.





Thursday, 30 March 2017

International First Class Dining American Airlines Admirals Club

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

International First Class Dining hanya dikhaskan untuk penumpang kelas pertama American Airlines dan juga ahli Emerald (penumpang kerap yang memegang kad keahlian Platinum atau setaraf dengannya) bagi syarikat penerbangan yang menyertai One World. Gambar-gambar ini dirakamkan di tempat rehat American Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat.

Jika anda mengikuti kesemua artikel sebelum ini, anda dapat membezakan antara tempat rehat Qantas Airways (lounge) yang jauh lebih baik dari American Airlines.

QANTAS Domestic Business Lounge, Perth
http://sharery.blogspot.com/2017/03/qantas-domestic-business-lounge-perth.html

QANTAS International Business Lounge, Perth/Melbourne/Sydney

http://sharery.blogspot.com/2017/03/qantas-international-business-lounge.html

QANTAS International First Lounge, Sydney

http://sharery.blogspot.com/2017/03/qantas-international-first-lounge-sydney.html












Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

Tuesday, 28 March 2017

Courtyard Marriott San Francisco Airport

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sudah beberapa kali saya dan suami datang ke San Francisco dan menetap di hotel yang terletak di pusat bandar. Oleh kerana pada kali ini kami tidak mempunyai perancangan untuk melakukan aktiviti di San Francisco seperti pelancong yang lain, maka kami mengambil keputusan untuk bermalam beberapa hari di San Bruno. Antara faktor lain yang menyebabkan kami mahu bermalam di luar pusat bandar ialah ingin mengelak daripada kesesakan lalu lintas, dan dapat menjimatkan wang dari membayar caj meletak kenderaan di tempat awam. Hotel Courtyard Marriott terletak kira-kira 22.3 kilometer dari pusat bandar dan 4.2 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco.

Kesemua rangkaian hotel Courtyard Marriott mempunyai konsep yang sama iaitu mempunyai halaman di belakang bilik. Ia sekaligus memberi pilihan kepada para tetamu untuk berehat atau beriadah bersama keluarga dan sahabat. Saya pernah bermalam di Courtyard Marriott di New Mexico di mana saya berpeluang menyaksikan majlis perkahwinan yang diadakan di laman hotel tersebut.






















Pemandangan yang dilihat dari dalam bilik hotel.
















Kembara kami masih panjang, nantikan entri seterusnya yang akan disiarkan tidak lama lagi.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.