Sunday 26 March 2017

QANTAS International First Lounge, Sydney

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Terminal Antarabangsa Lapangan Terbang Sydney menempatkan dua buah Qantas Lounge yang berbeza mengikut kelas dan ahli penumpang kerap iaitu International Business Lounge dan International First Lounge.

International First Lounge hanya dikhaskan kepada penumpang kelas pertama Qantas serta Emirates dan ahli penumpang kerap pemegang kad Platinum, Platinum One dan yang setaraf dengannya. Untuk mengetahui ciri-ciri lain (penumpang) yang perlu ditepati untuk masuk ke semua Qantas Lounge, sila lawati laman Qantas;
http://www.qantas.com/travel/airlines/qantas-club-lounge-access/global/en
dan
https://www.qantas.com/fflyer/dyn/flying/tier-benefits#lounge-access

International Business Lounge dan International First Lounge terletak bersebelahan antara satu sama lain cuma pintu masuknya sahaja berbeza.


Ini merupakan sebahagian dari sudut mini perpustakaan yang terdapat di QANTAS International First Lounge, Sydney. Manakala bilik spa pula terletak berdekatan dengannya. Penumpang kelas pertama boleh mendapatkan urutan wajah atau badan secara percuma di sini. 

Entri sebelum ini turut menyiarkan mengenai;
QANTAS International Business Lounge
http://sharery.blogspot.com/2017/03/qantas-international-business-lounge.html
dan
QANTAS Domestic Business Lounge
http://sharery.blogspot.com/2017/03/qantas-domestic-business-lounge-perth.html

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment