Wednesday 24 February 2021

Courtyard by Marriott Mississauga - Airport Corporate Centre West

Courtyard by Marriott Mississauga - Airport Corporate Centre West ialah hotel yang saya dan suami menginap untuk satu malam sebelum memulakan pemanduan pulang ke Calgary, Alberta. Oleh kerana pandemik COVID-19, pihak hotel telah melakukan pelbagai langkah berjaga-jaga dan selagi boleh mereka cuba mengurangkan komunikasi secara dekat dengan tetamu. Pusat kecergasan atau gimnasium tidak boleh digunakan buat masa ini. Suami melakukan urusan daftar dan masuk ke bilik dengan menggunakan aplikasi dari Marriott Bonvoy di telefon tangan. Ia adalah urusan yang begitu ringkas dan mudah yang disediakan oleh pihak hotel bagi ahli Marriott Bonvoy. Video hotel ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN ; https://youtu.be/zwW3qbCONHM














l











Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Monday 22 February 2021

Niagara Falls, Ontario, Kanada

Jika mengikut pelan asal, pada 14 Julai 2020 saya dan suami akan bertolak dari Brantford ke Sault Ste. Marie, Ontario tetapi Niagara Falls seakan memanggil kami untuk pergi ke sana. Jadi, di minit terakhir kami membuat keputusan untuk membatalkan perancangan asal. 

Semestinya kedatangan saya ke Niagara Falls pada kali ini tidak sama seperti kedatangan saya pada empat tahun lalu. 
http://sharery.blogspot.com/2018/05/pemanduan-dari-toronto-ke-niagara-falls.html
http://sharery.blogspot.com/2018/05/courtyard-by-marriott-niagara-falls.html
https://sharery.blogspot.com/2018/05/bandar-niagara-falls-ontario-kanada.html
http://sharery.blogspot.com/2018/05/niagara-falls-pada-waktu-siang-bahagian.html
http://sharery.blogspot.com/2018/05/niagara-falls-pada-waktu-siang-bahagian_8.html
http://sharery.blogspot.com/2018/05/niagara-falls-pada-waktu-malam.html
http://sharery.blogspot.com/2018/05/hard-rock-cafe-niagara-falls.html

Kali ini saya datang pada musim panas dan ketika pandemik COVID-19. Keadaan persekitaran begitu tenang dan sunyi kerana tidak ramai pengunjung. Selepas meletakkan kenderaan, kami terus menuju ke bangunan Table Rock Welcome Centre. Di sini menempatkan kedai cenderahati, kedai makanan ringan, restoran, anjung tinjau serta beberapa lagi kemudahan lain yang dikhaskan untuk pengunjung. 

Seperti yang pernah saya katakan pada artikel sebelum ini, saya melihat penduduk tempatan di sini tidak ramai yang memakai pelitup muka. Ia berbeza dengan di tempat saya di mana pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk walaupun di tempat-tempat yang tidak diwajibkan. Begitu juga yang saya nampak sewaktu saya berada di Niagara Falls kerana hanya segelintir sahaja yang memakai pelitup muka akan tetapi ia wajib dipakai sekiranya pengunjung ingin masuk ke dalam bangunan Table Rock Welcome Centre. 

Satu perkara yang menarik perhatian kami ialah perbezaan ketara jumlah pengunjung dari kedua buah negara. Ia dapat dilihat melalui feri yang saya letakkan gambarnya di bawah ini. Feri Maid Of The Mist
ialah dari Amerika Syarikat yang pengunjungnya memakai baju plastik hujan berwarna biru manakala feri Hornblower ialah dari Kanada yang pengunjungnya memakai baju plastik hujan berwarna merah jambu.

Saya telah memuat naik video kunjungan ke Niagara Falls di saluran You Tube Shery NN. Di dalam video itu saya tidak meletakkan lagu latar belakang kerana ia membolehkan anda mendengar bunyi deruan airnya dengan jelas. https://youtu.be/I3VCUyiseS0




















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN

Thursday 18 February 2021

Keunikan Brantford, Ontario, Kanada

Pada musim panas tahun lalu saya dan suami berada selama lima hari di Brantford, Ontario. Di mata orang luar mungkin tidak nampak keistimewaan Brantford, tetapi sebenarnya bandar ini mempunyai keistimewaan dan menyumbangkan sejarah kepada negara dan dunia. Antara artikel dan video You Tube mengenai Brantford yang telah saya siarkan ialah seperti di bawah ini;
Melawat Ke Rumah Pencipta Telefon
http://sharery.blogspot.com/2021/01/melawat-ke-rumah-pencipta-telefon.html
You Tube : https://youtu.be/kHk-DIK0Hsw

Perkuburan Islam Di Brantford
http://sharery.blogspot.com/2021/01/perkuburan-islam-di-brandtford-ontario.html
You Tube : https://youtu.be/DTB8rqlbsFg

Melawat Ke Tugu Peringatan Pencipta Telefon
http://sharery.blogspot.com/2021/01/melawat-ke-tugu-peringatan-pencipta.html

You Tube : https://youtu.be/JPI1cL8iUeg

Pusat Sukan Lagenda Hoki Ais Kanada
http://sharery.blogspot.com/2021/01/pusat-sukan-lagenda-hoki-ais-kanada-di.html
You Tube : https://youtu.be/JlW-8ZOm2nA

Seni Bina Bangunan Di Brantford
http://sharery.blogspot.com/2021/02/senibina-bangunan-di-brantford-ontario.html

Gambar-gambar di dalam artikel ini pula dirakamkan di;
-Empangan Wilkes
You Tube : https://youtu.be/JlW-8ZOm2nA

-Dairee Delite iaitu kedai ais krim ala-ala tahun 50an

-Masjid Brantford

-Mural di sebuah bangunan di pusat bandar Brantford

-Kilang coklat Ferrero Rocher di Brantford merupakan kilang paling besar di Amerika Utara
You Tube : https://youtu.be/JlW-8ZOm2nA

-Windmill Country Market terletak di Mt Pleasant iaitu hanya 9.5 kilometer dari Brantford 

-Menikamti ais krim Laura Secord iaitu jenama ais krim yang berasal dari Ontario

Di kesempatan ini saya dan suami ingin mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada saudara kami iaitu Abang Nor, Kak Rahidah sekeluarga kerana sudi melayani kami sepanjang berada di Brantford. Hidangan makanan yang disajikan setiap hari semuanya sedap belaka. InsyaAllah kita berjumpa lagi di lain masa.



















Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN