Friday 4 May 2018

Bandar Niagara Falls, Ontario, Kanada

Bandar Niagara Falls semestinya menjadi tumpuan pelancong yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Meskipun bandar ini kecil tetapi ia cukup memuaskan hati pelancong sekiranya mereka ingin meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti di sini.

Victoria Ave dan Clifton Hill merupakan dua batang jalan raya yang panjang yang menempatkan hotel, ratusan premis perniagaan seperti restoran, kafe, kedai cenderamata, muzium serta pusat hiburan kanak-kanak dan keluarga. Di Falls Ave turut terdapat beberapa buah hotel, kasino dan Hard Rock Cafe.

Selain itu pelancong juga boleh melihat pemandangan bandar Niagara Falls dengan menaiki buaian pusing Niagara SkyWheel atau menara Skylon.

Walaupun ada beberapa buah hotel yang biliknya menghadap terus ke air terjun Niagara Falls, tetapi yang paling strategik sekali ialah hotel Marriott Fallsview Hotel & Spa, Hilton Niagara Falls/Fallsview Hotel&Suites dan Fallsview Casino Resort. Kadar harga satu malam adalah berbeza mengikut saiz dan jenis bilik serta bergantung kepada hari atau musim cuti.

Kedatangan pelancong ke Niagara Falls di Kanada lebih ramai berbanding Niagara Falls di Amerika Syarikat kerana di sana tidak mempunyai bandar hiburan seperti di Kanada. Lebih penting lagi pemandangan air terjun Niagara Falls lebih cantik dan jelas jika dilihat dari bahagian Kanada.

Sila tonton video yang disertakan di bawah ini untuk melihat pemandangan sekitar bandar termasuk rakaman di hadapan sebuah restoran halal yang terkenal di Niagara Falls.
Video juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/XXKXM3hQ874

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment