Tuesday 30 March 2021

Menjejaki Sejarah Winnie The Pooh Di Winnipeg

Artikel ini berkaitan dengan artikel yang pernah saya siarkan beberapa minggu lalu mengenai sejarah kartun Winnie The Pooh di Kanada; http://sharery.blogspot.com/2021/03/sejarah-winnie-pooh-di-white-river.html 
Di Winnipeg, Manitoba saya dan suami telah melawat ke Galeri Seni Pavilion di mana di dalam bangunan itu menempatkan empat lagi galeri yang berasingan dan salah satunya ialah galeri kartun Winnie The Pooh.

Sejarahnya bermula apabila Leftenan Harry Colebourne telah membeli beruang yang terperangkap di White River, Ontario sewaktu beliau di dalam perjalanan ke Valcartier, Quebec untuk menjalani latihan ketenteraan pada Perang Dunia Pertama. Beruang yang dibeli dengan harga $20 itu beliau namakan Winnie sempena dengan bandar asal beliau iaitu Winnipeg. Leftenan Harry Colebourne telah membawa Winnie ke England dan menjadikan Winnie sebagai maskot bagi pasukannya.

Sebelum Leftenan Harry Colebourne dihantar ke Perancis, beliau telah menghantar Winnie ke Zoo London untuk jagaan seterusnya dan dari situlah Christopher, iaitu anak lelaki kepada penulis A.A. Milne bertemu dengan Winnie. Penulis A.A. Milne pula telah mendapat ilham untuk menulis buku kanak-kanak yang watak-wataknya terdiri daripada Winnie, Christopher dan patung-patung mainan milik Christopher. 

Di dalam galeri ini pelawat dapat melihat beberapa gambar Leftenan Harry Colebourne bersama beruang Winnie dan disertakan juga tentang fakta, fiksyen dan fantasi mengenai kisahnya. Selepas lawatan di galeri, kami ke taman kanak-kanak yang berdekatan untuk bergambar dengan patung Leftenan Harry Colebourne dan beruang Winnie.






























Anda boleh terus ke laman sosial saya yang lain dengan klik nama (username) di bawah ini.
Instagram : 
blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN


No comments:

Post a Comment