Tuesday 26 April 2011

ANZAC DAY

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

25hb April setiap tahun adalah cuti umum di Australia kerana rakyat menyambut ANZAC Day.

Tarikh penting di dalam kalendar negara Australia dan New Zealand ini sebenarnya adalah hari memperingati dan menghormati anggota tentera "Australian and New Zealand Army Corps" (ANZAC) yang berjuang di Gallipoli, Turki semasa Perang Dunia Pertama.

Acara rasmi yang wajib diadakan pada tanggal 25hb April ini ialah Dawn Service yang bermula  seawal waktu subuh serentak di kesemua negeri dan wilayah di Australia .Ia dihadiri oleh veteran-veteran perang dan keluarga masing masing,serta para kenamaan.Dawn Service lebih kepada upacara ritual.Permulaan upacara,kesemua veteran perang akan berdiri senyap selama dua minit dan peniup trompet akan mengalunkan lagu "The Last Post".

Pada sebelah pagi,kebiasaannya akan berlangsung perbarisan atau kawat yang di sertai oleh veteran-veteran perang atau lebih tepat lagi bekas tentera yang berjuang semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.Jika antara mereka sudah meninggal dunia,waris seperti anak atau cucu mereka yang akan menyertai kawat berkenaan.

Tahun lalu,saya berpeluang melihat perbarisan yang diadakan di St George Terrace,Perth.Sambil sibuk mengambil gambar,datang perasaan sebak apabila melihat mereka yang menyertai perbarisan tersebut.
Ada yang sudah uzur,ada yang tidak boleh berjalan dan ada yang masih sihat,semuanya bersatu kembali dan mengambil bahagian dalam perbarisan demi untuk negara tercinta. Kerajaan mengutamakan mereka lebih dari golongan yang lain.

Ini adalah gambar yang saya ambil semasa ANZAC Day tahun lalu, 2010 di Perth.
Pesara tentera yang masih sihat untuk berkawat

Pesara tentera yang memerlukan bantuan kerusi roda

Pesara tentera uzur mengikuti perbarisan dengan kereta
Menjadi tradisi pesara tentera yang sudah tiada,tempat perbarisan diganti dengan waris masing-masing
Bendera percuma diedarkan pada ANZAC DAY
Ini pula beberapa gambar yang saya rakamkan semasa perbarisan ANZAC DAY yang diadakan pada tahun ini,iaitu semalam 25/4/2011 di Melbourne.


Salah seorang pesara tentera yang masih sihat
Kagum! Walaupun berkerusi roda,semangat kenegaraan tidak pernah luntur
Anzac Day yang bertemankan cuaca sejuk dan dingin
Yang sudah tiada tetap diingati
Bekas veteran perang dari Vietnam juga mangambil tempat dalam perbarisan
Pasukan pancaragam ini adalah pasukan terakhir yang menyertai perbarisan dan menuju ke Shrine Of Rememberance
Gambar ihsan sahabat suami saya,Kapten Steven Conroy.ANZAC Day 2011 di Western Australia

Saya sudah menyaksikan perbarisan pada ANZAC Day selama dua tahun berturut-turut di dua buah ibu negeri berbeza iaitu di Perth dan Melbourne.Jika diizinkan,pada tahun akan datang saya ingin melihat perbarisan dan suasana ANZAC Day di Sydney atau di Canberra :-)

Friday 22 April 2011

Angan-Angan

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Pada pendapat saya,jika kita menginginkan sesuatu,tidak salah kalau kita berangan-angan dahulu.Dari angan-angan,pasti akan ada jalan dan usaha supaya ianya menjadi kenyataan.

Sudah lama juga saya memgimpikan satu hari nanti saya dapat memiliki sebuah bilik atau ruang sebegini.
Rumah Carrie Bradshaw di dalam Sex And The City


 *kesemua gambar diambil dari internet*

Moga satu hari nanti ianya menjadi kenyataan.InsyaAllah :-)

Tuesday 19 April 2011

Makmal Kedai Kopi Di Melbourne

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Makmal kedai kopi yang saya maksudkan ialah Sensory Lab, yang terletak di dalam gedung membeli belah David Jones di Melbourne.
Saya begitu tertarik dengan konsep yang diambil menyerupai makmal sains. Selain minuman panas, pelbagai jenis biji kopi juga turut dijual di sini.


Pandangan dari pintu masuk
Proses Penyejatan Kopi
Botol air seperti penyukat isipadu


Sensory Lab
297 Little Collins St, 
Melbourne VIC 3000, 
Australia 
+61 3 9645 0065 

www.sensorylab.com.au

Saturday 16 April 2011

Chilli Padi Mamak Kopitiam

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Sekali lagi,topik kali ini masih berkisar mengenai makanan. :-)

Saya sebenarnya sudah tahu lebih awal bahawa Chilli Padi Mamak Kopitiam bakal beroperasi beberapa bulan yang lalu ,tetapi baru-baru ini sahaja saya dan suami berkesempatan mengunjunginya.Chilli Padi Mamak Kopitiam terletak di 295,Racecourse Rd,Flemington.

Cara penulisan di dalam menu yang mencuit hati kerana menggunakan pelbagai bahasa.

 Dekorasi yang mengingatkan saya seperti berada di tanahair.

Berikut ialah hidangan yang kami nikmati di Chilli Padi Kopitiam Mamak

Minuman - Teh C Peng ( Teh 3 Warna) dan Ais Sirap Selasih
Hidangan Pembuka Selera - Chicken Lobak.
Ini kali kedua saya mencuba chicken lobak,pertama kali di MyCube Cafe Lygon St.Ternyata chicken lobak memang sedap.

Hidangan Utama - Assam Fish Laksa ( Asam Laksa)
Sudah hampir dua tahun saya tidak menikmati asam laksa.Walaupun asam laksa ini tidak sesedap dan sehebat asam laksa di Midvalley Megamall ( KL),tetapi ianya cukup membuatkan saya berpuas hati.

Hidangan Utama : Hainanese Chicken Rice ( Nasi Ayam Hainan)
Kata orang,kalau tidak mencuba kita tidak tahu sedap atau tidak.Nasi ayam hainan ini agak menghampakan kami.
Kebaikan - Isi ayam yang padat tanpa tulang dan ayam serta nasi disiram dengan minyak bijan untuk menaikkan bau.
Kesilapan - Sup dan nasi yang tawar,sos soya/halia patut disertakan,bukannya dengan sos sweet chilli.
 
Antara lauk pauk yang kami pesan ialah ;
Soft Shell Crab
Soft shell crab amat popular bagi masyarakat Jepun,Memang sedap dan mudah untuk dimakan kerana kulitnya lembut,tetapi sos untuk hidangan ini sedikit masin.

Oyster Omelette
Tidak perlu komen panjang,telur dadar digoreng bersama tiram ini ternyata sedap.

Sotong Kangkung
Satu sahaja kesilapan di sini ialah tukang masak menggunakan kuah satay segera (instant) ,sepatutnya sotong kangkung ini ditabur dengan kacang tumbuk.

Salt & Pepper Prawn
Jika tidak salah,udang yang disajikan sebanyak 7-8 ekor.Memang sedap dan berbaloi apatah lagi udangnya besar dan segar.

Ini gambar kami sebelum menikmati hidangan yang penuh satu meja,...

dan gambar ini pula saat hampir kami selesai menjamu selera.

Di Australia,bukan semua restoran atau kafe halal mempamerkan sijil pengiktirafan halal untuk tatapan pelanggan.Ada yang diletakkan di dapur,di kaunter,di depan pintu masuk,dan ada pula yang langsung tidak dipamerkan tetapi pihak mereka akan memaklumkan terus kepada pelanggan.
Chilli Padi Mamak Kopitiam pula telah mempamerkan sijil halal di luar tingkap.

Chilli Padi Kopitiam Mamak menjalankan perniagaan di bangunan lama yang berusia ratusan tahun.(1837)

Apa yang dapat saya rumuskan di sini ialah, hidangan minuman dan makanan yang ditawarkan lebih banyak berbanding di Old Town Kopitiam Mamak di QV, Melbourne.

Yang pasti kami akan kembali ke sini untuk menjamu selera :-)

Thursday 14 April 2011

Hujung Minggu Di Adelaide

Assalamualaikum w.ht dan Salam Jumaat

Pada hari Jumaat minggu lalu, setelah saya dan suami selesai menunaikan solat subuh, kami berbual-bual kosong sambil memikirkan menu untuk sarapan pagi.Entah kenapa,kami tidak menemui idea langsung  apa hendak dimakan untuk sarapan (kerana kami jarang mengambil sarapan pagi).
Kemudiannya, dengan sepontan suami berkata "jom pergi Pondok Bali! (restoran di Adelaide) . Lantas saya menjawap, "Adelaide!!Yeayy!Jom,jom!".
Sebenarnya,suami tidak berniat dengan apa yang beliau katakan sebentar tadi,hanya sekadar gurauan.Tetapi lama kelamaan,beliau sendiri yang berubah fikiran dan akhirnya lebih kurang jam 11pagi,kami pun bertolak dari rumah untuk ke Adelaide,Australia Selatan.

Perjalanan dari Melbourne ke Adelaide jika menggunakan pengangkutan udara mengambil masa sekitar 55minit, manakala jika memadu dengan kereta mengambil masa lebih kurang 7-10jam.

Oleh kerana percutian kami ke Adelaide pada kali ini dipenuhi dengan aktiviti jalan-jalan cari makan,maka di sini saya sertakan beberapa gambar yang berkenaan dengannya :-)

A Taste Of Spice
57 Gouger Street, Adelaide
Menikmati Kari Laksa (sebenarnya mee kari)
Nasi Ayam Hainan , Black Peppercorn Chicken dan Teh Tarik
Kedatangan kami ke sini bukanlah pertama kali,sebelum ini kami telah pun menjamu selera di A Taste Of Spice dan berpeluang berbual dan bergambar bersama pemilik restoran.Apa yang kami kagum tentang mereka ialah sikap rendah diri kerana pada awal pertemuan, mereka tidak mahu mengaku yang mereka lah 'bos kedai'.Mereka lebih selesa dianggap sebagai pelayan dan tukang masak sahaja.
Apa yang lebih menarik lagi,kesemua mereka berasal dari Malaysia.

Bersama orang kuat A Taste Of Spice. Gambar di ambil pada tahun lepas
Cibo Espresso
Cibo ialah kafe atau kedai kopi yang ditubuhkan pada tahun 2000 dan berpusat di Adelaide.Jika anda berpeluang datang ke Adelaide,anda patut melangkah masuk ke Cibo kerana kafe ini tidak terdapat di bandar-bandar besar lain seperti Sydney,Melbourne atau Perth.
Cibo hanya mempunyai cawangan di Adelaide dan Queensland sahaja.
(www.ciboespresso.com,au)
Minumam panas yang unik,coklat dan krim bertekstur pekat seperti ais krim
Pondok Bali
310 Pulteney Street Adelaide


Inilah restoran Indonesia Pondok Bali,gurauan suami pada awal pagi Jumaat lalu telah membawa kami ke sini sekali lagi buat kali kedua.
Jika pada kunjungan pertama, kami dapat berbual bersama pemilik restoran Pondok Bali,tetapi pada kali ini kami dapat berbual pula dengan salah seorang pelayan restoran yang berasal dari Petaling Jaya,Selangor.
Makan malam di Pondok Bali
Masih ada beberapa restoran dan kafe yang menarik di Adelaide yang tidak saya ceritakan di atas.
Hari hujan dan mood lapar membuatkan kami kadang kala terlupa untuk mengambil gambar makanan serta minuman.

Membeli belah? Jawapannya ,TIDAK! Kami sekadar window shoppping sahaja dan tidak ada satu barang pun dibeli di Adelaide.
Kami pun kurang mengambil gambar kerana terlupa membawa kaki kamera (tripod).Percutian singkat pada kali hanya untuk MAKAN! :-)

Sampai kita berjumpa lagi pada masa akan datang,sekian . :-)

Wednesday 13 April 2011

Selamat Hari Jadi Mak

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Hari ini, bersamaan 14hb April ialah tarikh hari lahir ibunda saya.
Saya baru sahaja menelefon ibu dan mengucapkan ucapan hari lahir,dan di Terjemahan Hati sekali lagi saya ingin mengucapkan,...

"Selamat Menyambut Hari Ulangtahun yang ke 72 buat Ibunda tersayang Fatimah Mohamed Hassan.
Moga dipanjangkan umur,murah rezeki dan sentiasa dalam keadaan kesihatan yang baik."

Kad Ucapan yang baru di pos beberapa hari lalu

Saya dan Mak
Selepas gambar ini dinaik turun,baru saya perasan satu persamaan yang tidak di sengajakan iaitu,warna baju kami.
Semasa saya kecil dan dewasa,baju saya bewarna merah jambu, manakala ibu saya memakai baju bewarna hijau di dalam kedua-dua gambar di atas. :-)


Selamat Hari Jadi Mak! :-)

Monday 4 April 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Pengarahnya

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

Beberapa minggu lalu,saya baru berkesempatan menonton filem komedi 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Menonton seawal jam 3pagi bersama suami membuatkan rumah seperti bergegar dan seperti rasa hendak pecah perut ketawa. :-)

Siapa yang tidak kenal dengan pengarah dan produser Mamat Khalid yang begitu terkenal dengan menghasilkan filem dan drama komedi malah kerap kali menggunakan bahasa dan lokasi di negeri Perak.
Sekadar ingin berkongsi cerita,Mamat Khalid berasal dari Ipoh Perak dan abangnya ialah kartunis terkenal Malaysia iaitu Datuk Lat.
Saya dan rakan-rakan bergambar bersama Datuk Lat semasa beliau melawat sekolah kami pada tahun 1998
Datuk Lat menetap di Taman Golf,Mamat Khalid menetap di Taman Ipoh Jaya Timor 1 ,manakala ibu mereka menetap di Kampung Sungai Rokam.Kesemua kawasan ini adalah berdekatan dan masih di dalam poskod yang sama.

Ibu kepada Datuk Lat dan Mamat Khalid ialah rakan kepada ibu saya,isteri Datuk Lat juga mengenali kakak saya,manakala Mamat Khalid dan isteri adalah sahabat rapat kakak saya sejak dari bangku sekolah sehinggalah ke hari ini,malah rumah mereka berdekatan dengan keluarga saya di Taman Ipoh Jaya Timor 1.Pendek kata kami berjiran! :-)
Kakak saya yang juga sahabat baik abang Mamat antara tetamu untuk tayangan perdana Hantu Kak Limah Balik Rumah
Kakak-kakak,abang ipar dan Kak Asmah semasa tayangan perdana filem Estet
Saya pernah berjumpa dengan abang Mamat hanya beberapa kali sahaja,tetapi dengan kak Asmah(isteri) kerap daripada itu.Saya pernah menghadiri satu seminar Amway bersama kak Asmah satu masa dahulu.Oleh kerana kakak saya yang juga sahabat baik abang Mamat dan kak Asmah adalah tukang jahit,maka mereka juga adalah antara pelanggan tetap kakak saya.

Semasa majlis perkahwinan saya pada tahun 2009,abang Mamat dan kak Asmah tidak dapat hadir pada majlis di siang hari,tetapi mereka tetap datang pada sebelah malam iaitu acara memotong kek secara kecil-kecilan yang di adakan di rumah sahaja.
Abang Mamat dan Kak Asmah hadir semasa majlis potong kek di rumah saya
Baru baru ini anak lelaki sulung abang Mamat baru sahaja melangsungkan perkahwinan.Bunga-bunga hiasan hasil tangan abang saya turut dipinjam untuk majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan.
Kakak saya juga banyak membantu kak Asmah dari segi persiapan yang lain.
Saya tidak sabar untuk melihat gambar-gambar dari kamera kakak saya di sekitar majlis pernikahan dan majlis resepsi bagi pihak abang Mamat yang diadakan di Hotel Casuarina Ipoh.

Kepada Abang Mamat sekeluarga,saya rakamkan ucapan Tahniah! :-)

Sunday 3 April 2011

Multicultural Festival

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hari Ahad

Seperti yang saya pernah beritahu sebelum ini,di Melbourne begitu banyak festival yang dijalankan di sepanjang tahun.Miggu lalu,dalam kesibukan saya mengikuti perkembangan perlumbaan F1 di Albert Park,saya sempat juga singgah ke Multicultural Festival di Federation Square.
Tujuan festival ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada orang ramai dan pelancong asing bahawa negara Australia mempunyai penduduk yang berbilang kaum,bangsa,agama dari pelbagai negara.Antara yang ditonjolkan pada hari tersebut ialah memperkenalkan tarian,muzik,makanan,pakaian dan lain lain lagi.
Kraftangan dari Indonesia
Kraftangan dari Jepun
Kasut yang menggunakan fabrik dengan hasil seni
Beg kitar semula yang menggunakan bahan terbuang seperti plastik
Terdapat banyak gerai menjual makanan tetapi hanya dua sahaja yang halal termasuklah gerai menjual Gozleme,makanan popular rakyat Turki (ala murtabak)
Oleh kerana jualan makanan halal sangat terhad,maka saya hanya membeli air minuman sahaja.Terfikir juga apa ole-ole yang dapat saya bawa pulang sebagai kenangan,..dan akhirnya saya memperolehi ini dengan percuma! :-)
Dua buah beg membeli belah dari dua jabatan kerajaan dan disertakan sekali buku nota,kipas tangan,pembaris,dan pelekat cermin kereta.

Saya gemar mengumpul beg membeli belah kerana di Australia penggunaannya begitu meluas sejak dahulu lagi.Barangkali selepas ini saya akan memperkatakan mengenai beg membeli belah pula.Nantikan.... :-)