Tuesday 26 April 2011

ANZAC DAY

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Pertemuan

25hb April setiap tahun adalah cuti umum di Australia kerana rakyat menyambut ANZAC Day.

Tarikh penting di dalam kalendar negara Australia dan New Zealand ini sebenarnya adalah hari memperingati dan menghormati anggota tentera "Australian and New Zealand Army Corps" (ANZAC) yang berjuang di Gallipoli, Turki semasa Perang Dunia Pertama.

Acara rasmi yang wajib diadakan pada tanggal 25hb April ini ialah Dawn Service yang bermula  seawal waktu subuh serentak di kesemua negeri dan wilayah di Australia .Ia dihadiri oleh veteran-veteran perang dan keluarga masing masing,serta para kenamaan.Dawn Service lebih kepada upacara ritual.Permulaan upacara,kesemua veteran perang akan berdiri senyap selama dua minit dan peniup trompet akan mengalunkan lagu "The Last Post".

Pada sebelah pagi,kebiasaannya akan berlangsung perbarisan atau kawat yang di sertai oleh veteran-veteran perang atau lebih tepat lagi bekas tentera yang berjuang semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.Jika antara mereka sudah meninggal dunia,waris seperti anak atau cucu mereka yang akan menyertai kawat berkenaan.

Tahun lalu,saya berpeluang melihat perbarisan yang diadakan di St George Terrace,Perth.Sambil sibuk mengambil gambar,datang perasaan sebak apabila melihat mereka yang menyertai perbarisan tersebut.
Ada yang sudah uzur,ada yang tidak boleh berjalan dan ada yang masih sihat,semuanya bersatu kembali dan mengambil bahagian dalam perbarisan demi untuk negara tercinta. Kerajaan mengutamakan mereka lebih dari golongan yang lain.

Ini adalah gambar yang saya ambil semasa ANZAC Day tahun lalu, 2010 di Perth.
Pesara tentera yang masih sihat untuk berkawat

Pesara tentera yang memerlukan bantuan kerusi roda

Pesara tentera uzur mengikuti perbarisan dengan kereta
Menjadi tradisi pesara tentera yang sudah tiada,tempat perbarisan diganti dengan waris masing-masing
Bendera percuma diedarkan pada ANZAC DAY
Ini pula beberapa gambar yang saya rakamkan semasa perbarisan ANZAC DAY yang diadakan pada tahun ini,iaitu semalam 25/4/2011 di Melbourne.


Salah seorang pesara tentera yang masih sihat
Kagum! Walaupun berkerusi roda,semangat kenegaraan tidak pernah luntur
Anzac Day yang bertemankan cuaca sejuk dan dingin
Yang sudah tiada tetap diingati
Bekas veteran perang dari Vietnam juga mangambil tempat dalam perbarisan
Pasukan pancaragam ini adalah pasukan terakhir yang menyertai perbarisan dan menuju ke Shrine Of Rememberance
Gambar ihsan sahabat suami saya,Kapten Steven Conroy.ANZAC Day 2011 di Western Australia

Saya sudah menyaksikan perbarisan pada ANZAC Day selama dua tahun berturut-turut di dua buah ibu negeri berbeza iaitu di Perth dan Melbourne.Jika diizinkan,pada tahun akan datang saya ingin melihat perbarisan dan suasana ANZAC Day di Sydney atau di Canberra :-)

1 comment: