Friday 31 January 2014

Sambutan Tahun Baru Cina Di Melbourne, Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Australia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang berbilang kaum/etnik paling besar di dunia. Oleh kerana itulah Tahun Baru Cina di Australia disambut dengan begitu meriah sekali.

Setiap tahun Crown Melbourne akan menganjurkan Chinese Festival sempena dengan Tahun Baru Cina. Festival yang diadakan di Crown Riverwalk ini berlangsung selama beberapa hari yang merangkumi jualan makanan, pakaian, persembahan hiburan seperti tarian singa dan banyak lagi.

Menyaksikan tarian singa di Melbourne mengingatkan saya akan kampung halaman di mana saya dibesarkan di sebuah pekan Cina di Ipoh, Perak. Sungguh mencuit hati apabila mengingatkan zaman kanak-kanak saya yang begitu takut dengan bunyi gendang tarian singa sehinggakan saya menyorok di bawah katil di dalam bilik.
Mengikut salasilah keluarga pula, nenek saya juga berketurunan Cina, oleh itu secara tidak langsung sambutan festival di Melbourne ini dapat 'mendekatkan' diri saya dengan kampung halaman saya. Bak kata pepatah, walaupun jauh di mata tetapi dekat di hati.





















 

Thursday 30 January 2014

Kenangan Bersama Oprah Winfrey Di Melbourne, Australia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Melalui berita dan beberapa laman sosial media, saya mendapat informasi yang hari ulangtahun bagi pengacara televisyen serta selebriti terkenal Oprah Winfrey jatuh pada 29 Januari. Hari ini terlintas di fikiran saya untuk berkongsi cerita dan gambar-gambar dengan para pembaca kenangan saya dapat berjumpa Oprah di Melbourne, Australia pada Oktober 2010.

Berkat kesabaran datang awal ke Federation Square (lebih kurang 11.50pagi) dan sanggup berdiri selama beberapa jam akhirnya membuahkan hasil. Walaupun tidak berpeluang bersalaman dengan beliau, tetapi saya berpuas hati kerana dapat berdiri di antara barisan hadapan dan boleh merakamkan gambar beliau dengan jelas sekali.

Melbourne mengalu-alukan kedatangan Oprah.

Gambar kandid jurukamera yang sedang bertugas, pengacara televisyen yang bersiap sedia untuk lintas langsung dan penyampai radio yang sedang menemu ramah peminat Oprah.

Di sekitar Federation Square, tempat di mana warga Melbourne bakal bertemu dengan Oprah Winfrey.

Gambar atas : Helikopter dari stesen televisyen (Channel 9) yang sedang membuat lintas langsung dari udara.

Gambar tengah dan bawah : Ribuan peminat sudah memenuhi Federation Square.

Antara peminat Oprah dari Amerika Syarikat yang dibawa naik ke pentas untuk memberi peluang kepada mereka mencuba makanan tradisional yang juga turut menjadi ikon Australia iaitu biskut Tim Tam (gambar paling atas), biskut ANZAC (gambar tengah) dan Lamington (gambar bawah). Pengacara terkenal Australia iaitu Carrie Bickmore telah memberi penerangan mengenai kesemua makanan tersebut.

Kumpulan terkenal Human Nature yang berasal dari Australia (saya pernah membesar dengan mendengar lagu dari mereka) turut memanggil peminat Oprah yang diterbangkan dari Amerika Syarikat untuk sama-sama menari di atas pentas.

Gambar atas : Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Inilah gambar Oprah pertama yang dapat saya rakamkan. Beliau tiba pada jam 4.00 petang.

Gambar tengah : Oprah dikawal rapi oleh para pengawal keselamatan.

Gambar bawah : Oprah sedang memberikan ucapan.

Gambar atas dan bawah : Ucapan Oprah bukan sahaja menghiburkan peminat malah tetamu kenamaan.

Gambar tengah : Di belakang Oprah dari kiri ialah pengacara Carrie Bickmore, Perdana Menteri Australia, Menteri Besar Victoria, penyanyi terkenal Jessica Mauboy dan kumpulan Human Nature yang telah menempa nama di Amerika Syarikat.

Gambar atas dan tengah : Gambar Oprah yang paling dekat dapat saya rakamkan.

Gambar bawah : Oprah bergambar dengan Perdana Menteri dan Menteri Besar.

Gambar atas : Selain pengawal keselamatan, dua orang pembantu peribadi Oprah turut menjalankan tugas demi untuk keselamatan beliau.

Gambar atas : Selepas turun dari pentas, Oprah terus menuju ke satu kumpulan warga kurang upaya yang telah diberikan tempat khas di satu sudut di hadapan pentas.

Gambar bawah : Oprah meneruskan perjalanan bertemu dengan peminat.

Tentunya para peminat yang berdiri di barisan paling hadapan beruntung kerana dapat bersalaman dengan beliau.


Gambar-gambar terakhir sebelum Oprah meninggalkan Federation Square.

Ulang tayang semasa penonton di studio telah mendapat kejutan apabila Oprah memberitahu yang mereka akan terbang ke Australia bersama Qantas Airways.

Ragam peminat Oprah di Federation Square.

Gambar atas : Carrie sedang berbual dengan pembantu peribadi Oprah.

Gambar tengah : Wartawan sedang menemu ramah peminat.

Gambar bawah : Federation Square masih ramai orang walaupun majlis sudah pun selesai.

Gambar-gambar di bawah pula saya rakamkan di rumah semasa sedang menonton berita utama.

Detik semasa Oprah baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Melbourne pada awal pagi hari tersebut.

Oprah yang peramah membuka tingkap kereta dan melambaikan tangan.

Gambar atas : Antara peminat yang sudah 'berkampung' di Federation Square sejak awal pagi.

Gambar tengah : Oprah membuat kejutan dengan membeli belah di sebuah kedai di kawasan perumah elit/mewah tidak jauh dari pusat bandar Melbourne.

Gambar bawah : Perdana Menteri dan Oprah bersiar-siar di Southbank sebelum mereka menuju ke Federation Square.

Gambar atas : Berita utama di semua stesen televisyen menjadikan Oprah sebagai topik paling hangat.

Gambar tengah : Peminat fanatik yang menunjukkan plat kenderaan berdaftar yang bertulis 'OPRAH'.

Gambar bawah : Pemandangan Federation Square yang dilihat dari udara begitu jelas kelihatan ianya dibanjiri dengan ribuan peminat Oprah. Saya antara yang bernasib baik kerana dapat berdiri lebih kurang lima barisan dari hadapan (dari pentas utama).

Trem di bandar Melbourne turut menyambut kedatangan Oprah.

Gambar atas : Dari Federation Square, Carrie Bickmore terus bergegas ke studio Channel 10 untuk menyambung tugasan beliau.

Gambar tengah : Lintas langsung dari studio dengan pengacara Angela Bishops di Federation Square.

Gambar bawah : Tidak disangka-sangka, Oprah Winfrey yang biasa saya lihat melalui kaca televisyen sejak dari kecil lagi akhirnya dapat saya ketemu dengan lebih dekat di Melbourne.

Wednesday 29 January 2014

Kapal Terbang Qantas Airways A380 (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Entri pada kali ini merupakan sambungan daripada Bahagian 1. Jika anda ketinggalan sebelum ini, sila ke http://sharery.blogspot.com.au/2013/09/kapal-terbang-qantas-airways-a380.html untuk membacanya.

Kapal terbang A380 ini akan berlepas ke Los Angeles.

Pemandangan dalam kabin kelas perniagaan semasa belum berlepas.

Maklumat mengenai kapal terbang A380 serta jadual penerbangan.

Ruang untuk berehat.

Salah satu dapur yang terdapat di tingkat atas pesawat (upper deck).

Sepasang baju tidur berlogo kangaru ini diberikan secara percuma kepada penumpang kelas perniagaan. Baju dan seluar adalah berwarna kelabu.

Pizza sayur ini merupakan salah satu daripada makanan ringan yang boleh dipesan pada bila-bila masa sahaja semasa di dalam tempoh penerbangan.


Akan bersambung ke Bahagian 3 tidak lama lagi.

Sunday 26 January 2014

Australia Day

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Hujung Minggu

Australia Day disambut pada 26 Januari setiap tahun. Hari kebangsaan Australia ini diraikan oleh rakyat serta penduduk di seluruh negara dengan memperingati serta berbangga dengan apa jua pencapaian yang dikecapi oleh rakyat dan negara dari dahulu hingga sekarang.

Sudah kerap kali mendengar orang ramai sering menyebut "Australia is a lucky country". Ya, ia memang tidak dinafikan.

Australia yang merupakan salah sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik paling besar di dunia ini mengamalkan sistem demokrasi yang telus, menjaga kebajikan rakyat tidak mengira umur serta memberikan hak kebebasan bersuara dan hak sama rata. Antara faktor-faktor inilah yang membuatkan Australia dapat memberikan rakyatnya kehidupan yang selesa dan aman damai.

Sudah lima tahun saya menjadikan Australia sebagai rumah baru saya dan tentunya saya berbangga, gembira dan bersyukur kerana dapat tinggal di Australia. Saya akan cuba menjadi seorang rakyat yang boleh menjaga nama baik negara serta mempromosikan pelancongan di mata dunia melalui blog ini dan laman sesawang saya yang lain, InsyaAllah.



HAPPY AUSTRALIA DAY!

Tuesday 21 January 2014

Alpenrail - Swiss Model Village & Railway Di Tasmania

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Alpenrail - Swiss Model Village & Railway atau Alpenrail Model Exhibition merupakan salah satu susun atur model keretapi terbesar di Australia dan mempamerkan ketukangan yang luar biasa. Ia direka cipta dan mengambil inspirasi dari kawasan pergunungan di Switzerland iaitu Bernese Alps.
Terletak di Claremont, Tasmania, ia telah dibuka untuk orang awam pada 26hb Januari 1985.

Antara gunung-gunung lain yang dimasukkan di dalam Alpenrail Model Exhibiton ini ialah Jungfrau, Mönch dan Eiger. Sistem keretapi di Alpenrail Model Exhibition menunjukkan beberapa bahagian indah di BLS - "Bern - Lötschberg - Simplon", iaitu laluan keretapi yang melalui perjalanan hingga ke kaki gunung dan juga laluan untuk penduduk tempatan serta para pelancong ke destinasi pelancongan.


Dengan adanya landskap penuh dan ditambah dengan kesan bunyi serta patung manusia, haiwan, kenderaan lain seperti kereta kabel, lori, trak, bas dan kereta, maka para pelawat bukan sahaja dapat melihat keretapi yang berjalan di atas landasan tetapi juga dapat merasai seperti berada di tempat sebenar iaitu di Switzerland.
Saya dan suami mengambil masa yang lama berada di sini (hampir satu jam) sehinggakan kami dapat menyaksikan 'adegan' dramatik apabila pergunungan di Switzerland ini mengalami ribut petir pada sebelah malam serta merasai sejuk kabus pada waktu pagi. 

Bayaran masuk yang dikenakan untuk setiap orang dewasa ialah AUD12.50. Walaupun agak mahal tetapi sangat berbaloi apatah lagi kami menghabiskan masa hampir satu jam dan berpuas hati kerana dapat merakamkan ratusan gambar.
Sukar bagi saya untuk meletakkan hanya 10 atau 20 keping gambar sahaja di dalam blog ini. Seperti mana saya terhibur di Alpenrail, saya mahu anda turut merasainya. Oleh itu inilah (gambar-gambar di bawah) yang termampu untuk saya kongsikan bersama para pembaca. Semoga anda juga terhibur hendaknya.





Gambar atas kiri : Pintu masuk ke dalam bangunan yang dilukis menggambarkan seperti di pergunungan bersalji.

Gambar atas kanan dan gambar bawah kiri : Tayangan
video memperincikan tentang pembinaan landskap dan model keretapi.

Gambar bawah kanan : Saya berdiri di atas anjung tinjau dan tempat sesuai untuk mengambil gambar.


























Pemandangan sekitar stesen keretapi (Spiez Station).



Gambar atas : Di satu sudut lain terdapat tempat hiburan untuk kanak-kanak sekiranya mereka tidak berminat dengan Alpenrail.

Gambar bawah : Pencipta asal Alpenrail iaitu Rudi Jenni meninggal dunia pada tahun 2001.

Dengan duka citanya dimaklumkan bahawa Alpenrail telah ditutup untuk orang awam. Untuk mengetahui sejarah Alpenrail di Tasmania ini, anda boleh ke laman sesawang seperti di bawah.
www.alpenrail.com.au