Tuesday, 1 May 2018

Pemanduan Dari Ottawa Ke Toronto

Pemanduan dari Ottawa ke Toronto mengambil masa lima hingga enam jam iaitu lebih dari waktu pemanduan sebenar. Kami mengambil sedikit laluan yang berbeza dan tidak sama dengan pemanduan semasa datang dari Toronto. Berpeluang melihat keindahan lewat petang semasa menyusuri jalan raya di kawasan pendalaman sehingga matahari terbenam.

Apabila tiba di Toronto kami terus makan malam di The Halal Guy. Chicago, Seattle dan Toronto merupakan antara cawangan yang pernah dikunjungi, justeru adalah berbaloi untuk kami mempunyai kad keahlian. Menu yang dipesan ialah Chicken Gyro Combo Platters bersaiz sederhana (hanya terdapat dua saiz iaitu kecil dan sederhana). Ia adalah menu kegemaran yang dipilih setiap kali berkunjung di mana-mana cawangannya.
Video ini juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN;
https://youtu.be/rxNUDV6WyOU

Instagram : blog_th2010
You Tube : Shery NN

No comments:

Post a Comment