Wednesday, 29 August 2012

Aidilfitri 2012 di USA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya sering dihujani soalan bagaimana dengan sambutan Aidilfitri di perantauan.Suasana dan kemeriahan tentunya tidak sama jika hendak dibandingkan dengan di Malaysia.Sejak tiga tahun yang lalu,saya menyambut Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan.Jauh bezanya dengan pengalaman beraya di Malaysia.Hanya mereka yang tinggal di perantauan sahaja tahu dan sedar bahawa sambutan Ramadan dan Syawal di Malaysia atau Singapura banyak pembaziran.
Di sini tidak terdapat cuti umum untuk hari raya,maka pada 1 Syawal ramai yang masih pergi bekerja,sekolah atau universiti seperti biasa.
Bagi mereka yang ingin merasai suasana menyambut hari raya seakan berada di negara sendiri atau mahu mengelak dari rasa kesunyian,mereka boleh berkumpul di rumah-rumah Kedutaan Besar Malaysia di luar negara.
Saya dan suami lebih selesa dengan cara tersendiri,kami berkumpul dengan sahabat rapat dan keluarga angkat sahaja,itu pun tidak semestinya tepat pada 1 Syawal.
1 Syawal ialah hari menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa dan cara sambutan bagi setiap umat Islam berbeza apatah lagi dicampur dengan cara kehidupan,adat dan tradisi sesuatu bangsa itu sendiri.
Bermaaf-maafan di pagi raya ialah adat kehidupan orang Melayu berhari raya.Mereka yang berbangsa Arab pun tidak melakukan acara sedemikian di tempat mereka.Hanya mereka yang tinggal di Malaysia dan Singapura sahaja yang 'mengisytiharkan' sambutan raya selama sebulan.Beritahulah pada orang Arab,pasti mereka sendiri terkejut.
Umat Islam yang menyambut 1 Syawal juga pasti akan berbaju baru terutamanya pakaian tradisional negara masing-masing.Baju melayu,jubah atau baju kurung bukanlah pakaian wajib yang dituntut dalam agama untuk dipakai pada hari raya.Jika ada orang Melayu beragama Islam yang menyambut hari raya mengenakan Cheongsam,saya tidak nampak di mana salahnya.

Berbalik kepada cerita sambutan hari raya di perantauan,saya bukanlah seorang yang terlalu memikirkan tentang baju raya baru yang perlu dipakai.Jika di Malaysia,saya memang seorang yang amat teliti dalam pemilihan baju raya,tetapi apabila sudah tiga tahun berada di luar negara,saya dan suami hanya mengenakan pakaian yang dikirimkan oleh keluarga dari Malaysia dan Singapura itupun mereka yang mahu menghantarnya bukan kami yang meminta.Jika mereka tidak meghantar baju-baju tersebut pun tidak mengapa kerana kami mempunyai banyak baju lama yang masih elok untuk dipakai.

Gambar atas : Kami bergambar raya beberapa hari menjelangnya Syawal kerana pada 1 Syawal kami tidak ada di Perth

Gambar bawah : 1 Syawal disambut di atas jalanraya.Kami melakukan road trip dari Perth ke Melbourne selama satu minggu

Keratan Akhbar Harian Metro Oktober 2010 yang mengetengahkan cerita pengalaman tahun pertama saya beraya di perantauan.Untuk mengelakkan rasa kesedihan apabila terpaksa berhari raya pada tahun pertama di perantauan,saya telah mengambil langkah selamat iaitu tidak mendengar lagu-lagu hari raya.


Tiga muka surat cerita bergambar mengenai kembara di jalanan (road trip) yang kami lakukan pada hari raya Aidilfitri dipaparkan di surat khabar Harian Metro

Gambar kiri : Oleh kerana suami baru pulang dari kerja,kami tidak kemana-mana pada 1 Syawal kecuali keluar makan di restoran.Kami memerlukan rehat dan tidur yang cukup kerana keesokan harinya (2 Syawal),kami perlu berada di Lapangan Terbang Melbourne sekitar 4-5pagi  untuk penerbangan ke Brisbane

Gambar bawah : Setelah satu minggu bercuti di Brisbane dan Gold Coast,barulah kami mengenakan pakaian tradisional dan berjumpa dengan keluarga angkat di Keysborough,Victoria
Apabila meningkat usia,pemikiran kita pun menjadi lebih matang terutama sekali dalam menjalani kehidupan di luar negara.Sambutan Aidilfitri dan Aidiladha disambut secara sederhana kerana dengan cara itu sahaja kita dapat mengingati orang yang susah daripada kita.
Kita bukan lagi kanak-kanak yang awal Ramadan lagi sudah 'dahagakan' baju raya baru.Lebih penting lagi,ingatan kita terhadap Allah S.W.T

                                    1 SYAWAL / AIDILFITRI 2012
Tidak kira di mana sahaja kami berada,saya bersyukur kerana masih dapat bersama suami.Tahun ini ada sedikit perbezaan yang istimewa kerana dapat menyambut 1 Syawal bersama keluarga angkat di Las Vegas.Ya,setelah tiga tahun berada di perantauan, tahun ini baru betul-batul kami dapat beraya pada 1 Syawal. 
1 SYAWAL 2012
1 SYAWAL DI LAS VEGAS, NEVADA
Pakaian tradisional kami dihadiahkan oleh mentua saya
Bergambar sebelum ke rumah keluarga angkat kami
Bersama sebahagian daripada keluarga angkat kami,Mami Fatima,Masrina dan anaknya Arjuna
Gambar atas : Menerima hadiah awal ulang tahun perkahwinan dari keluarga Mami

Gambar bawah : Kami memberi hadiah harijadi kepada Kak Masrina
Sebelum berhari raya di rumah sahabat Mami,kami singgah di tanah perkuburan menziarahi kubur Baba Taib.Jika saya kehilangan bapa pada 30 Ramadan 2008, Mami dan anak-anak pula kehilangan suami dan bapa mereka pada 1 Syawal 2010.Persamaan ini yang membuatkan saya begitu memahami perasaan Mami Fatima sekeluarga.
Berada di kubur Baba Taib
Bertandang ke rumah sahabat Mami,iaitu  Pakcik Safion dan Auntie Jenny.

Gambar atas : Masing-masing mendukung Arjuna dan cucu Aunty Jenny, Mia

Gambar bawah : Hidangan yang disediakan oleh Auntie Jenny sungguh membuka selera
Antara lauk-pauk dan kuih raya yang dibuat sendiri oleh Aunty Jenny.Kesemuanya sungguh sedap sekali
Gambar atas : Bersama Mami dan di belakang,Auntie Jenny

Gambar bawah : Bersama Kak Mas dan Arjuna
Bergambar bersama keluarga Pakcik Safion dan Aunty Jenny
Gambar berkumpulan bersama keluarga Pakcik Safion dan Auntie Jenny sebelum kami mengundurkan diri
Kepada Mami Fatima Bee sekeluarga,kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menerima kami seperti anak sendiri dan sentiasa memuliakan tetamu seperti kami.Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dirahmati olehNya, Insya Allah.

Beginilah sambutan Aidilfitri yang sederhana yang dapat saya kongsikan bersama pembaca Terjemahan Hati.Semoga anda terhibur hendaknya. :-)

8 comments:

  1. acu, cantik nya tudung pink tu.. berkenan le beno..

    ReplyDelete
  2. Sazsaz :Terima kasih.Tudung tu kawan hadiahkan.Dia bagi awal tahun haritu,ni baru first time pakai :) Dia beli kat KL :)

    ReplyDelete
  3. salam kak... haishhhh jeles la.. akak ni makin hari makin cantik ..hehe take care kak

    ReplyDelete
  4. Walaikumsalam Nisah : Alahai,terima kasih dik :) Now dah nampak Nisah kembali aktif berblog,tapi akak belum sempat nak baca :)

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Acu... lamanya cek tak singgah sini... macam mimpi je tgk gamba2 nie semua...

    ReplyDelete
  6. Rabiatul : Selamat Hari Raya :) Lepas final ni Cek dah boleh berblog and melawat blog acu :)

    ReplyDelete
  7. Pilotz : Dah lama lepas,tunggu lebaran tahun 2013 pulak :)

    ReplyDelete