Wednesday 7 December 2016

Seattle, Washington, Amerika Syarikat (Musim Bunga)

Asslamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya;
http://sharery.blogspot.com.au/2016/11/everett-washington-amerika-syarikat.html

Semasa di dalam perjalanan dari Everett menuju ke Seattle, kami singgah dahulu untuk makan malam (early dinner) di Restoran Thai Namfon Cuisine. Restoran ini memang menjadi kegemaran bagi saya dan suami setiap kali berada di Seattle.








Nasi putih, tom yam dan dua pilihan lauk sudah cukup mengenyangkan perut kami.


Perjalanan untuk ke pusat bandar.


Lebuh raya agak sibuk pada waktu petang.


Kami sengaja memandu di  sebuah kawasan perumahan semata-mata untuk mendapatkan gambar yang mempunyai pemandangan pusat bandar Seattle dan kemudian kami masuk semula ke lebuh raya. 


Puncak Gunung Rainier yang dilitupi salji sepanjang tahun.

Anda boleh menonton dua klip video dirakamkan di lebuh raya I-5 S yang menampakkan keindahan bandar Seattle pada waktu petang dan diiringi dengan lagu kegemaran saya.












Satu lagi gambar yang saya rakamkan di sebuah kawasan perumahan di mana di sini dapat dilihat bandar Seattle dan Gunung Rainier.


Arca yang diberi nama The Fremontt Troll ini merupakan salah sebuah ikon atau tempat tumpuan pelancong.


The Fremont Troll terletak di kawasan perumahan Fremont.


Arca di bawah jambatan ini sentiasa  'menunggu' pengunjung. 




Arca diletakkan di bawah jambatan Aurora Avenue. Satu kesulitan bagi para pengunjung ialah tempat meletak kenderaan yang agak terhad. 


Kapal terbang yang sedang terbang rendah di pusat bandar Seattle.


Menara Space Needle merupakan mercu tanda Seattle. 




Destinasi terakhir lawatan kami untuk hari ialah ke Kerry Park. Pemanduan dari Fremont ke Kerry Park mengambil masa 10-15 minit bergantung kepada keadaan lalu lintas.


Kerry Park ialah lokasi utama bagi pelancongan serata dunia yang datang untuk mengambil gambar pemandangan keseluruhan bandar Seattle, sertaTeluk Elliot (Elliot Bay) yang berlatar belakangkan Gunung Rainier.


Pemandangan waktu senja - Gunung Rainier kelihatan di bahagian kanan gambar.


Di Kerry Park - Selamat Malam Seattle.

Peta ini merumuskan tentang perjalanan untuk hari ini yang bermula dari Coeur d'Alene, Idaho dan berakhir di Seattle, Washington. Jumlah masa pemanduan termasuk berhenti sebentar di Spokane, North Bend dan Everett ialah lebih kurang 10 jam.


A ialah Everett manakala B ialah Seattle.


Anda juga boleh mengikuti artikel terdahulu melalui alamat di bawah;
Coeur d' Alene ke Spokane
(Bahagian 1)
http://sharery.blogspot.com.au/2016/11/spokane-washington-amerika-syarikat.html
(Bahagian 2)
http://sharery.blogspot.com.au/2016/11/spokane-washington-amerika-syarikat_9.html




Spokane Ke Ellensburg
http://sharery.blogspot.com.au/2016/11/pemanduan-dari-spokane-ke-ellensburg.html




Ellensburg Ke Everett
http://sharery.blogspot.com.au/2016/11/pemanduan-dari-ellensburg-ke-everett_18.html



Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010

No comments:

Post a Comment