Monday 19 December 2016

Melbourne Star Observation Wheel

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Melbourne Star Obeservation Wheel merupakan pemerhatian beroda terbesar di Hemifera Selatan. Mempunyai sebanyak 21 buah kabin berhawa dingin, ia memberi cukup ruang bagi pelawat untuk melihat pemandangan bandar Melbourne 360 darjah.

Melbourne Star memulakan pembinaan pada tahun 2006 dan dibuka untuk pelawat pada tahun 2008. Akibat dari masalah struktur pembinaan yang teruk, Melbourne Star ditutup hanya selepas hari ke 40 pembukaannya. Sepanjang saya menetap di Melbourne, saya tidak berkesempatan untuk menaiki pemerhatian beroda ini kerana proses membaik pulih mengambil masa agak lama iaitu selama 5 tahun. Melbourne Star dibuka semula pada tahun 2013.

Pulang ke Melbourne untuk bercuti beberapa bulan lalu memberikan alasan untuk saya menaiki Melbourne Star. Saya bernasib baik kerana senang merakamkan gambar serta video tanpa sebarang ganguan lalu lintas kerana saya datang pada awal pagi dan bukan pada musim cuti sekolah. Lebih menggembirakan apabila dapat memasuki satu kabin tanpa berkongsi dengan orang lain. Satu putaran Melbourne Star mengambil masa lebih kurang 30 minit. Untuk mengetahui kadar bayaran anda boleh melihat daripada gambar di bawah.










































































Untuk melihat pemandangan bandar Melbourne 360-darjah, anda boleh menonton klip video di bawah.




Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.


No comments:

Post a Comment