Thursday 9 August 2012

Melawat Ke Restoran KFC Pertama di Dunia

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Umum sedia maklum KFC (Kentucky Fried Chicken) ialah rangkaian restoran ayam goreng yang cawangannya berada di serata dunia.Ibu pejabat KFC terletak di Louisville, Kentucky Amerika Syarikat.

Serba sedikit mengenai sejarah KFC
Pengasas KFC tidak lain dan tidak bukan ialah Colonel Harland Sanders.
Pada peringkat awal perniagaan iaitu pada tahun 1930, beliau hanya menjual ayam goreng di restoran beliau di Corbin, Kentucky yang bernama Sanders Court & Cafe. Beliau yang mencetus idea dan mereka resipi rahsia (Secret Recipe) ayam goreng sehingga ke hari ini.

Majoriti pelanggan Sanders Court & Café ialah para pelancong terutamanya mereka yang sedang dalam perjalanan jauh menuju ke Florida. Setelah lebuh raya Interstate 75 dibina, pelanggan Colonel Sanders semakin berkurangan dan beliau telah menjual premis berkenaan. Colonel Sanders kemudiannya merantau serata Amerika dengan tujuan untuk menjual ayam goreng kepada mana-mana pemilik restoran.
Individu pertama yang menerima tawaran Colonel Sanders ialah Pete Harman, seorang pengusaha restoran di Salt Lake City, Utah.
Hasil usaha sama mereka berdua, maka wujudlah restoran pertama Kentucky Fried Chicken pada tahun 1952. Pete Harman lah yang mencipta slogan popular "It's finger lickin' good". Saya dan suami dengan sengaja datang ke Salt Lake City, Utah semata-mata untuk menjejakkan kaki di restoran KFC pertama dunia ini.

3890 South State Street
Salt Lake City, UT 84115


KFC pertama dunia di Salt Lake City, Utah. Papan tanda Harman Cafe dikekalkan di sini

Bucket / Tong gergasi di luar restoran.

Bergambar di luar restoran KFC pertama di dunia.

Pintu masuk yang begitu simbolik sekali.

Sebaik sahaja memasuki restoran, kami sebagai pelanggan merasakan seperti berada di dalam muzium. Di setiap sudut pasti ada gambar dan cerita mengenai sejarah KFC.

Harman Cafe milik Pete Harman yang bekerjasama dengan Colonel Sanders untuk membuka cawangan pertama KFC.

Salah satu koleksi sut yang dipakai oleh Colonel Sanders.

Gambar-gambar lama yang turut dilekatkan di atas meja.
 
Cenderamata KFC edisi terhad seperti baju, topi dan buku turut dijual untuk pelanggan.

Suami sedang membuat bayaran cenderamata yang dibeli dan di hadapan beliau ialah pengurus restoran.

Plak mengenai KFC pertama di dunia.

Seperti yang ditulis di atas nota, bola ini milik pemain bola sepak David Beckham.

Keratan surat khabar dan gambar dipamerkan di dinding setiap sudut restoran KFC ini.

Colonel Sanders dan Pete Harman.

Menu makanan di Harman Cafe pada suatu masa dahulu.

Menu makanan di Harman Cafe yang turut menyajikan ayam goreng resepi rahsia (Secret Recipe) Colonel Sanders.

Beg peti ( briefcase) milik Colonel Sanders turut dipamerkan.

Bersama orang kuat dan tulang belakang perniagaan restoran KFC, Colonel Sanders dan Pete Harman.

 Oleh kerana KFC di sini tidak halal, maka kami tidak dapat membeli atau menikmati hidangan ayam goreng. Hendak membeli air minuman berkabonat pun tidak boleh kerana kami berpuasa. Hanya cenderamata edisi terhad sahaja (hanya dijual di cawangan ini) yang dapat kami beli sebagai kenang-kenangan.



Semasa saya sedang mengemaskini cerita di atas, tiba-tiba fikiran saya mengimbau zaman kanak-kanak setiap kali menjamu selera di restoran KFC di kampung halaman saya di Ipoh Perak. Jika tidak silap ingatan saya,pada waktu itu hanya satu sahaja cawangan yang terdapat di bandar Ipoh. Setiap kali menjamu selera di situ, saya rasa seperti sudah berada di restoran yang hebat dan mewah.
Sunggu saya tidak menyangka sama sekali yang saya sudah menjejakkan kaki di restoran KFC pertama di dunia!

Jika waktu mengizinkan,saya dan suami merancang untuk melawat ke bekas restoran pertama milik Colonel Sanders di Corbin, Kentucky iaitu Sanders Court & Cafe. InsyaAllah :-)


Saya juga pernah melawat ke francais McDonalds yang pertama di dunia.
http://sharery.blogspot.com.au/2013/01/francais-mcdonalds-pertama-dunia.html


3 comments:

  1. rumah tok wan.! heee.. tapi bila dikenang2kan balik.. cek lebih suka kepsi zaman dlu. hadiah2nya.. suasana2nya.. mkanan2nya yg dulu. pling feveret yang ayam xde tulang tu.. yg pnjng2. skrg da xbuat.. skrg mcm xbest, hadiah2 menan pun yg merepek2. yg xtahan lama.

    ReplyDelete
  2. Rabiatul Roslan : Pasla mainan itu acu tak tahu,Tp yang acu tahu zaman dulu best,mkn pakai pinggan ada sudu garfu.Sekarang ni carca marba.Tp original recipe ayam goreng ttp terbaik!Tak sabar nak balik Chicago coz sana ada kfc halal mcm kat Melbourne :)

    ReplyDelete