Wednesday, 1 August 2012

Restoran Malaysia Halal Di CALIFORNIA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Semasa saya dan suami berada di Los Angeles, kami mengambil peluang menjamu selera
di Belacan Grill. Dengan adanya Belacan Grill tentunya ia sedikit sebanyak mengubat kerinduan kami akan masakan dari Malaysia. :-)

Belacan Grill Malaysian Bistro
Ruang menunggu dan kaunter menyambut pelanggan
Menu
Air cincau dan air laici
Campuran air soya dan cincau, air longan serta roti canai bersama kuah kari

Wat Tan Hor
Kangkung Belacan
Daging masak merah
Ayam masak merah

Daging masak lada hitam
Kesemua makanan yang kami nikmati sungguh sedap sekali. Jika anda berada di Los Angeles, jangan lupa menjamu selera di Belacan Grill yang terletak lebih kurang 40minit dari bandaraya Los Angeles (jika trafik berjalan lancar).

BELACAN GRILL
17460 17th Street
Tustin California
92780




2 comments:

  1. I bet the price also jauuhhh beza dgn harga di Melbourne. Menu dia sungguh menyelerakan. Terigin nak masak daging pepper tu.

    ~KC~

    ReplyDelete
  2. KC : Memang jauhhhh beza dgn harga di Australia :)

    ReplyDelete