Saturday, 25 August 2012

AREA 51, NEVADA ( Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Saya tidak akan mengulangi apakah makna AREA 51. Kepada mereka yang ketinggalan, sila rujuk artikel di bawah;
http://www.sharery.blogspot.com/2012/08/rachel-nevada-area-51-bahagian-1.html

Beberapa minggu lalu, hajat untuk ke sempadan AREA 51 tidak kesampaian akibat faktor waktu dan cuaca. Dua minggu selepas itu,kami datang sekali lagi demi untuk melengkapkan misi yang belum selesai.

DALAM PERJALANAN KE RACHEL, NEVADA

Gambar atas : Tonopah Test Range juga dikenali sebagai AREA 52 adalah milik United States Department of Energy

Gambar bawah : Bekas peluru yang telah digunakan

Perjalanan menuju ke Rachel tidak membosankan apabila melihat pemandangan yang cantik,luas mata memandang

RACHEL, NEVADA
Rachel ialah sebuah perkampungan kecil yang kedudukannya paling hampir dengan AREA 51
Singgah sekali lagi di Little A'Le'Inn untuk membeli cenderamata.Beberapa minggu lalu suami tertinggal kad kredit di kedai yang sama sejurus selepas membuat pembelian.Mujurlah pekerja di sini baik hati dan jujur lantas mengepos kad itu kepada suami.
Little A'Le'Inn sering menjadi tumpuan produksi dan pengarah filem untuk melakukan pengambaran di sini dan yang terbaru ialah filem Paul di mana terdapat babak di dalam restoran ini
Pemandangan dari luar pintu masuk Little A'Le'Inn

AREA 51 ( PENGKALAN TENTERA AMERIKA YANG PALING RAHSIA / TOP SECRET)

PINTU MASUK KE AREA 51 (PINTU BELAKANG)

1.7 batu adalah jarak yang diambil dari  Little A'Le'Inn untuk sampai ke simpang besar dan 12 batu seterusnya untuk tiba di hadapan pintu belakang atau pintu kedua AREA 51.
Gambar atas : Tiba di simpang besar

Gambar tengah : Membelok ke kanan bagi meneruskan 12 batu yang seterusnya

Gambar bawah : Pemanduan kami sedikit perlahan kerana jalanraya yang berbatu dan berpasir
Gambar atas : Pintu masuk dan pondok pengawal sudah kelihatan dari jauh

Gambar tengah : Gambar pintu masuk dan pondok pengawal dalam jarak paling dekat yang dapat saya rakamkan

Gambar bawah : Perjalanan keluar menuju ke simpang besar.Kelihatan Rachel dari jauh di sebelah kiri atas gambar

PETI SURAT YANG POPULAR / BLACK MAILBOX

Dari Little A'Le'Inn, pemanduan kami memerlukan jarak sebanyak 19.7 batu untuk sampai ke "black mailbox"

Gambar atas dan tengah : Perjalanan dari pondok pengawal ke jalan besar

Gambar bawah : Black Mailbox yang sudah bertukar menjadi warna putih
Merujuk kepada gambar di bawah, peti surat ini terletak di tepi jalan (Extraterrestrial Highway) milik penduduk tempatan.Mengapa black mailbox sedangkan di dalam gambar ini peti suratnya berwarna putih?
Peti surat ini pada asalnya memang berwarna hitam dan telah menjadi mangsa keadaan.Ianya digunakan sebagai penanda untuk mereka yang datang ke sini semata-mata ingin melihat kejadian atau objek aneh khususnya UFO yang dikhabarkan kerap "menjelma" di kawasan berhampiran.Oleh kerana itulah pemiliknya peti surat telah kerap kali menukar warna demi untuk mengelirukan pengunjung.

Semasa dalam perjalanan pulang dari Rachel ke Las Vegas beberapa minggu lalu,saya dapat melihat beberapa buah kereta sudah mula "berkampung" di sebuah kawasan luas yang saya pasti di sinilah tempatnya.

Peti surat yang sudah diconteng oleh pengunjung.Gambar kepala alien dan UFO turut menjadi tema contengan
Jika dilihat contengan dan tandatangan yang dibuat,pengunjung datangnya dari seluruh pelusuk dunia
Selain Little A'Le'Inn di Rachel, peti surat ini turut menjadi lokasi pengambaran filem Paul.Gambar di atas ialah babak di mana si pelakon bergambar bersebelahan peti surat "black mailbox"

AREA 51(PENGKALAN TENTERA AMERIKA YANG PALING RAHSIA / TOP
SECRET)


PINTU MASUK KE AREA 51 (PINTU UTAMA)

Selepas melawat ke pintu masuk AREA 51 (pintu belakang),kemudian ke black mailbox, destinasi berikutnya tentulah melawat ke pintu masuk utama AREA 51.

Gambar atas : 29.7batu  dari Little A'Le'Inn jarak yang diperlukan untuk sampai ke simpang besar sebelum menyambung lagi 13 batu terakhir

Gambar tengah : Inilah jalan utama yang digunakan oleh kenderaan yang membawa tentera Amerika masuk ke AREA 51

Gambar bawah : Dari jauh kelihatan sebuah kereta yang bergerak menghala ke tempat yang kami tuju.Kami percayai mereka ialah sekumpulan pelancong kerana kami sudah bertembung dengan mereka sebanyak tiga kali iaitu ketika di Little A'Le'Inn, pintu masuk ke AREA 51 (pintu kedua) dan black mailbox.
Dari simpang besar,kami membelok ke kanan dan jarak 13batu diperlukan untuk tiba di sempadan AREA 51 pintu masuk utama.Hanya sebatang jalanraya sahaja (seperti gambar di atas) dan tidak ada penempatan atau kampung di sekitar kawasan tersebut.Debu dari kereta hadapan memberi petanda yang mereka pun bergerak menuju ke destinasi yang sama.Sedang dalam perjalanan,ketika pemanduan memerlukan naik dan turun bukit,tiba tiba saya dan suami merasa hairan dan pelik kerana kereta di hadapan kami sudah tidak kelihatan.Malah debu-debu kesan dari pemanduan mereka pun lesap seolah-olah tidak ada kenderaan yang bergerak di hadapan kami.

Kawasan ini sangat bahaya jika tersilap langkah, kerana seperti yang saya ceritakan sebelum ini ( Bahagian 1) , pengunjung yang cuba menceroboh masuk ke kawasan AREA 51 akan ditembak dan dibunuh.Kami benar-benar hairan kerana jika mereka tersesat atau ditembak sekalipun, kami tidak mendengar sebarang das tembakan atau nampak kereta mereka tersadai di tepi jalan.Atau,jika kenderaan itu bukan pelancong tetapi pengawal sekalipun,tidak mungkin kesan debu dapat hilang dalam masa yang singkat!

Gambar atas : Perjalanan hampir sampai ke destinasi yang di tuju

Gambar tengah dan bawah : Kereta pacuan empat roda berwarna putih bercermin gelap sedang mengawal pintu sempadan.Mereka ialah individu (pengawal/tentera) yang bertanggungjawab menahan atau menembak sesiapa sahaja yang menceroboh masuk ke kawasan AREA 51.Menurut satu sumber, pengunjung di larang merakamkan gambar (muka) mereka yang sedang betugas.Sekiranya berlaku dan pihak atasan ternampak gambar tersebut itu disiarkan di mana-mana, mereka(pengawal/tentera) akan dipecat serta merta dan hukuman juga akan dikenakan
Kesemua gambar di atas  : Kami sudah tiba di hadapan garisan sempadan.Walaupun pintu masuk utama tidak dapat kelihatan dari sini,tetapi papan tanda amaran sudah jelas membuktikan yang pengunjung sudah tidak boleh melepasi papan tanda tersebut kerana ia sudah dikira kawasan AREA 51
Gambar yang saya rakamkan di atas tidak begitu jelas kerana sudah lewat petang.Oleh itu saya telah mengambil beberapa gambar dari sumber google untuk pembaca memahami amaran yang tertulis di atas papan tanda tersebut.
Gambar atas dan tengah : Papan tanda amaran yang dicacakkan di garisan sempadan AREA 51

Gambar bawah : Inilah AREA 51 yang menjadi tempat paling rahsia di dunia.Ruang udara sekitar AREA 51 juga telah ditutup untuk semua pengguna laluan udara seluruh dunia kecuali yang berkenaan sahaja (tentera Amerika Syarikat).Walaupun ruang udara ditutup, tetapi AREA 51 tidak dapat lari dari rakaman melalui satelit
Kesemua gambar di atas : Berdiri di sempadan dan laluan pintu masuk utama ke AREA 51.Akhirnya misi kami berjaya dilengkapkan!
Kesemua gambar di atas : Perjalanan untuk keluar ke jalan besar dan seterusnya menyambung perjalanan ke Las Vegas.Sehingga kami keluar dan sampai ke simpang jalan besar,kami tidak nampak langsung kereta yang berada di hadapan kami sebelum ini. Sungguh MISTERI!

MENYAMBUNG PERJALANAN KE LAS VEGAS
Kesemua gambar di atas : Pemandangan sepanjang perjalanan menuju ke Las Vegas sebelum matahari terbenam
Walaupun misi kami telah tamat,tetapi jika ada masa dan peluang kami ingin sekali lagi datang ke sini dan bermalam di Little A'Le'Inn ataupun di kawasan black mailbox bersama-sama dengan pengunjung lain yang begitu berminat untuk melihat kejadian/objek aneh (UFO) yang biasa berlaku pada waktu malam.


Beginilah sedikit sebanyak gambar dan cerita yang dapat saya kongsikan bersama pembaca Terjemahan Hati.Sekali lagi saya ingatkan,kepada sesiapa yang ketinggalan dari awal cerita,anda boleh membaca dari mula di keluaran sebelumnya seperti alamat di bawah ;
http://www.sharery.blogspot.com/2012/08/perjalanan-ke-area-51.html
http://www.sharery.blogspot.com/2012/08/rachel-nevada-area-51-bahagian-1.html



2 comments:

  1. Rachel, NV. Area 51. A very mysterious place yet interesting to visit but watch those Camo Dudes. They don't have mercy on any trespassers.

    Watch cerita "Paul" for more info on Area 51 & Rachel. worth watching comedy Alien :)

    ReplyDelete
  2. Best, pengalaman yg takkan boleh dilupakan.Bulan puasa yg mencabar pulak tu, heheh

    ReplyDelete