Wednesday 15 August 2012

CARSON CITY, ibu negeri NEVADA

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini, Nevada tidak mempunyai banyak bandar besar.Las Vegas sangat popular,moden dan ramai penduduk tetapi jangan salah sangka kerana ibu negeri Nevada bukanlah Las Vegas sebaliknya Carson City.
Gambar paling atas :Perjalanan dari Reno ke Carson City mengambil masa selama 41minit pemanduan

Gambar tengah : Memasuki Carson City

Gambar bawah : Balai bomba di Carson City

Pusat bandar Carson City
Gambar atas : Carson City yang sunyi sepi pada tengah hari Sabtu

Gambar bawah : Demonstrasi jalanan secara aman

Gambar atas : Muzium Negeri Nevada

Gambar bawah : Dewan Bandaraya Carson City
Carson City yang sunyi di hujung minggu
Pertama kali melihat bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di Amerika Syarikat yang di kelilingi pokok dan hanya menampakkan pintu masuk utama sahaja
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Nevada
Lapangan Terbang Carson City
Tidak banyak tempat yang boleh dilawati di Carson City selain yang menjadi tumpuan ialah Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri (Nevada State Capitol)dan sekurang-kurangnya kami sudah lawati ibu negeri Nevada ini :-)


2 comments: