Friday, 10 August 2012

BOISE, Ibu Negeri IDAHO

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Perjalanan pemanduan dari Farmington,New Mexico ke Salt Lake City,Utah mengambil masa selama 7jam dan 40 minit.Selepas singgah sebentar di restoran KFC pertama di dunia,kami meneruskan perjalanan selama 5jam dan 20minit ke ibu negeri Idaho iaitu Boise.

Memasuki negeri Idaho
Kami tiba di Boise pada lewat petang dan selepas daftar masuk hotel,kami terus ke sebuah restoran masakan India untuk berbuka puasa.Taj Mahal Fine Indian Cuisine terletak di tengah bandaraya.Pemilik restoran ialah seorang lelaki muslim yang berasal dari Pakistan.Beliau sangat peramah dan bermurah hati memberikan hidangan pembuka selera secara percuma.

Suami bergambar di hadapan restoran bersama pemiliknya
Keesokan hari, kami meluangkan masa separuh hari di bandaraya Boise sebelum bertolak menuju ke Seattle,Washington.

Ucapan selamat datang ke Boise, ibu negeri Idaho
Di hadapan Dewan Bandaraya Boise
Bangunan pentadbiran kerajaan negeri (Idaho Capitol Building)
Boise Capitol Building
Frank Steunenberg, pernah menjawat jawatan Gabenor negeri Idaho
Jalanraya ini sangat terkenal kerana di kiri kanannya terdapat pelbagai pilihan restoran dan kafe
Lukisan di jalanan,tepi bangunan dan lorong-lorong kecil di sini mengingatkan saya akan bandaraya Melbourne
Berhenti seketika di pusat khidmat pelancongan Boise
Sebelum sampai di Boise,saya membayangkan ibu negeri Idaho ini seakan sama seperti ibu negeri Wyoming iaitu Cheyenne,sebuah pekan koboi/pekan mati.Rupanya sangkaan saya tidak benar sama sekali.
Bandaraya Boise agak moden dan penduduknya bergaya serta ada keseimbangan mengekalkan bangunan lama.Lebih menyenangkan apabila melihat bandaraya ini tidak mengalami kesesakan trafik.Jam 9 ke 10 pagi pun penduduknya masih bersahaja dan kebanyakan premis baru hendak memulakan perniagaan lantas mengingatkan saya pula akan kedamaian bandaraya Perth.
Malang sekali kami tidak dapat lama di sini.Dari Boise kami menyambung perjalanan ke Seattle,Washington dengan jarak lebih kurang 504 batu dan masa yang diambil dianggarkan 8jam dan 20 minit.

Majoriti masa pemanduan kami dihabiskan di tanah tinggi (atas dan lereng gunung).Perjalanan yang cukup menarik dan tidak jemu melihat alam semulajadi
Memasuki sempadan dan negeri Washington
Peta rujukan bagi anda yang ingin tahu laluan perjalanan kami (Boise ke Seattle)
Nantikan Terjemahan Hati seterusnya kerana lebih banyak gambar dan cerita sepanjang beberapa hari saya dan suami di Seattle, Washington.


No comments:

Post a Comment