Tuesday, 7 August 2012

Sempadan Nogales (USA) & Nogales, Sonora (MEXICO)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Sebelum ini saya menceritakan pengalaman berada di sempadan Amerika Syarikat (dari negeri California) dengan Mexico, dan kali ini sekali lagi saya kongsikan bersama anda gambar-gambar semasa lawatan kedua dan kali ini melalui negeri Arizona pula.

Nogales, pekan kecil terletak di antara dua buah negara
Sudah tiba di Nogales. Belok ke kanan untuk ke Mexico.
Hanya pagar seperti gambar di atas yang memisahkan dua buah negara
Seperti biasa, kenderaan peronda sempadan berlegar-legar di daerah ini.
Peta sempadan Amerika Syarikat dan Mexico, tempat saya berada ketika itu.
Bandar Nogales di Arizona.
Bas ekspress yang kerap keluar masuk Mexico dan Amerika Syarikat.
Bas antik yang masih boleh digunakan.
Negara Mexico di belakang saya.
Kedai bebas cukai bersebelahan bangunan kastam dan imigresen.
Laluan memasuki Mexico untuk mereka yang berjalan kaki. Gambar ini kurang jelas kerana saya rakamkan secara tersembunyi.
Di larang membawa senjata api masuk ke dalam negara Mexico.
Pekan Nogales.
Papan tanda dua bahasa.
Di hadapan kedai runcit di pekan Nogales.
Beberapa batu setelah melepasi pintu sempadan negara Amerika Syarikat, semua kenderaan yang datang dari arah Mexico wajib berhenti untuk pemeriksaan oleh penguatkuasa sempadan.


No comments:

Post a Comment