Selamat Tahun Baharu 2022 kepada anda semua!
Saya tidak menyangka sama sekali yang saya akan kembali menulis di dalam blog Terjemahan Hati setelah hampir lima bulan saya meninggalkannya. Maksud tinggal bukan bererti saya biar dan lupakan sahaja. Sekali sekala saya tetap masuk untuk mengemas kini apa yang patut. Saya juga telah membalas banyak komen yang pernah saya terlepas pandang sebelum ini.
Walaupun saya sudah beralih kepada laman sesawang sendiri, tetapi blog ini tetap saya anggap seperti nyawa saya. Ia telah saya luahkan di dalam Instagram pada bulan lalu sewaktu ulang tahun blog Terjemahan Hati yang ke-12.
Walau bagaimanapun, sekali lagi ingin saya ingatkan di sini yang saya sudah beralih ke laman sesawang baharu. Saya minta anda teruskan membaca di www.sheryonthemove.com . Saya juga banyak berkongsi video di saluran You Tube serta saya aktif hampir setiap hari di Instagram dan Facebook. Saya sangat berharap semoga kita dapat bertemu di mana-mana laman media sosial saya dan tinggalkan sebarang mesej atau komen kerana saya tidak mahu hubungan kita terputus begitu sahaja. Jangan malu untuk menegur saya atau ingin bertanya sebarang soalan.
Website : www.sheryonthemove.com
Instagram : blog_th2010
Facebook : blog_th2010
You Tube : Shery NN
No comments:
Post a Comment