Thursday 13 October 2016

Pemanduan Dari Helena Ke Missoula (Bahagian 1)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Perjalanan kami bersambung dari ibu negeri Montana, iaitu Helena menuju ke Coeur d'Alene, Idaho. Terlalu banyak gambar yang ingin saya kongsikan di sepanjang perjalanan justeru saya membahagikan entri kepada beberapa bahagian. Di bawah ini saya sertakan peta perjalanan dari Helena ke Missoula akan tetapi masa pemanduan kami tidak sama seperti yang diberikan. Cuaca buruk menyebabkan kami lewat dari waktu sebenar.

Mungkin ada di antara pembaca sedar yang sebelum ini saya jarang meletakkan gambar salji di dalam laman blog. Untuk maklumat anda, musim sejuk bersalji adalah musim yang paling tidak sesuai dan merbahaya untuk melakukan kembara berkereta (road trip). Bagi mereka yang tidak tinggal di negara empat musim, percutian musim sejuk dan dapat menyentuh salji merupakan percutian terindah. Walau bagaimanapun bagi kami yang tinggal di negara empat musim, salji bukanlah sentiasa menyeronokkan. Salji merumitkan keadaan serta menjejaskan aktiviti harian.

Kembara berkereta kami pada kali ini mengambil masa hampir 3 bulan lamanya. Ia bermula pada penghujung musim sejuk dan berakhir pada musim bunga. Kami tahu yang salji biasanya turun sekala sekala pada musim bunga tetapi tidak menyangka ia terpaksa kami harungi beberapa kali (tanpa persediaan) semasa kembara kali ini.

Selepas meninggalkan bandar Helena dan mula memasuki daerah pendalaman, salji turun tanpa disangka. Pada awalnya kami menganggap salji ini mungkin sedikit sahaja lebihan salji dari musim sejuk. Ia turun semakin lebat sehinggakan suami saya terpaksa memperlahankan pemanduan kerana jarak penglihatan luar sudah semakin kabur dan trak pencedok salji telah datang menjalankan tugas. Suami saya sudah biasa dan berpengalaman memandu ketika salji turun tetapi beliau akui apa yang dilalui sekarang ini adalah serius ditambah pula beberapa keperluan aksesori kereta yang perlu diganti untuk disesuaikan dengan musim salji tidak dapat kami lakukan serta kami tidak boleh berpatah balik (menuju ke Helena) kerana kami sudah berada di tengah-tengah gunung dan jalan raya yang sempit. Dalam keadaan berhati- hati, berdoa dan berserah, pemanduan tetap diteruskan.

Gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah telah disusun mengikut turutan. Untuk memberikan anda terhibur dan menghayati perjalanan ini, saya tidak mengubah suai gambar-gambar salji (edit). Apa yang anda lihat adalah sama dengan apa yang saya lihat dari mata sendiri dan sama dengan apa yang saya rakamkan. Suhu pada ketika ini ialah 29 darjah Fahrenheit iaitu bersamaan dengan -1.6 darjah Celsius.










Apabila melihat kenderaan yang datang dari arah bertentangan  diselaputi ais, maka kami sudah menjangkakan salji telah turun.





















































Nantikan artikel bahagian 2 dan 3 yang bakal saya siarkan tidak lama lagi.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



2 comments:

  1. Walaupun dlm musim bunga tp masih ada salji.. tak dpt bayangkan mcm mana agaknya jika musim sejuk pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sima : Bagi mereka yang tinggal di negara 4 musim, ini semua perkara biasa :)

      Delete