Wednesday 26 October 2016

Pemanduan Dari Missoula Ke Coeur d'Alene (Bahagian 2)

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Artikel ini bersambung dari bahagian 1;
http://sharery.blogspot.com/2016/10/pemanduan-dari-missoula-ke-coeur-d.html?m=1


Pemanduan dari Missoula ke Coeur d'Alene yang memakan masa lebih kurang 2 jam 40 minit bakal menamatkan kembara untuk hari tersebut dan bakal menyambung semula pada keesokan harinya. Pada awal pagi kami memulakan perjalanan dari Billings menuju ke Helena;
http://sharery.blogspot.com/2016/09/pemanduan-dari-billings-ke-helena.html
http://sharery.blogspot.com/2016/09/pemanduan-dari-billings-ke-helena_15.html
http://sharery.blogspot.com/2016/09/pemanduan-dari-billings-ke-helena_18.html

kemudian berhenti seketika di Helena;
http://sharery.blogspot.com/2016/09/helena-ibu-negeri-montana.html

dan seterusnya ke Missoula.
http://sharery.blogspot.com/2016/10/pemanduan-dari-helena-ke-missoula.html
http://sharery.blogspot.com/2016/10/pemanduan-dari-helena-ke-missoula_16.html
http://sharery.blogspot.com/2016/10/pemanduan-dari-helena-ke-missoula_20.html

Sekali lagi di dalam perjalanan ini kami menempuh salji tetapi tidak seteruk beberapa jam yang lalu. Walau bagaimanapun salji tetap turun di atas puncak gunung di mana saya berkesempatan merakamkan gambarnya khas ditujukan untuk para pembaca yang mungkin ada di antara anda yang tidak pernah melihat pemandangan sebegini. Awan rendah, kabus tebal barangkali mungkin anda menyangka hujan lebat sebaliknya salji yang turun seperti tepung yang ditabur di atas gunung. Saya tidak mengubah suai (edit) mana-mana gambar salji. Apa yang anda lihat sama seperti apa yang saya lihat melalui lensa kamera.




Biasanya saya dan suami akan berhenti untuk mengambil gambar di papan tanda sempadan negeri (walaupun kami sudah datang ke negeri tersebut lebih dari sekali).  
Oleh kerana sempadan negeri ini berada di dalam lebuh raya di atas gunung, maka kami terpaksa melupakan hasrat itu. Semasa gambar ini dirakamkan, pemandangan jauh lebih indah daripada apa yang anda lihat melalui gambar ini. Hari sudah semakin gelap memberi kesan kualiti gambar tidak memuaskan.


Pemandangan di puncak gunung.


Pemandangan di puncak gunung.



Salji tebal yang turun di puncak gunung.


Salji tebal yang turun di puncak gunung.










Entah mengapa pokok pine yang diselaputi salji di dalam gambar ini mengingatkan saya dengan filem bertajuk Chronicles Of Narnia.
































Jumlah masa pemanduan yang diambil dalam satu hari iaitu bermula dari Billings menuju ke Helena, kemudian ke Missoula, Montana dan ke Coeur d'Alene, Idaho (termasuk singgah di beberapa hentian) ialah dianggarkan selama hampir 11 jam dan bersamaan dengan 836 kilometer. Tidak dinafikan pemanduan dalam satu hari ini begitu menarik kerana pemandangan indah yang dapat dilihat akibat dari perubahan cuaca dan suhu mendadak serta amat mencabar kerana kami terpaksa mengharungi salji tebal di atas gunung.


Jumlah pemanduan kami untuk satu hari yang dikira bermula dari Billings, Montana ke Coeur d'Alene, Idaho ialah hampir 11 jam.

Kami tiba di Coeur d'Alene pada lewat senja dan terus daftar masuk hotel. Apa yang paling penting ialah untuk mendapatkan rehat dan tidur yang cukup sebelum menyambung perjalanan merentasi negeri seterusnya pada esok hari.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.



No comments:

Post a Comment