Thursday 22 September 2016

Helena - Ibu Negeri Montana

Assalamualaikum w.h.t dan Salam Sejahtera

Kami tiba di Helena lebih kurang jam 2.30 petang. Destinasi wajib dan utama yang ingin dikunjungi ialah bangunan pentadbiran kerajaan negeri (Montana State Capitol).














Tugu peringatan - Bentuk berwarna hitam yang terdapat di salah satu batu ini ialah bentuk peta negeri Montana.








Montana State Capitol - Bangunan Pentadbiran Kerajaan Negeri Montana.


Bangunan ini dibina pada tahun 1899 dan siap pada tahun 1902.




Oleh kerana saya dan suami sekadar singgah di sini untuk mengambil gambar, maka kami tidak memakai jaket musim sejuk yang ditinggalkan di dalam kereta. Suhu pada waktu ini ialah lebih kurang 5 darjah Celcius dan angin bertiup sangat kuat sehinggakan saya terpaksa mengenakan cermin mata hitam bagi mengelakkan habuk dan pasir memasuki mata.

Ratusan pin berkipas (bagi tujuan kebajikan) yang dicucuk di belakang saya ialah berbentuk peta negeri Montana. 



Bangunan Persatuan Bomba Montana.


Majoriti bangunan yang saya rakamkan gambar di dalam klip video di bawah ini ialah bangunan kerajaan yang terletak berhampiran Montana State Capitol.



Selepas melawat ke pusat pentadbiran kerajaan, kami singgah sebentar ke sebuah pasar raya dan kafe Starbucks. Cukup satu jam berada di Helena, kami meneruskan perjalanan dan bakal bermalam di Coeur d' Alene, Idaho.

Perjalanan keluar dari bandar Helena. Oleh kerana angin kuat yang berlaku agak lama di sini, maka kami menjangkakan hujan lebat akan turun sepanjang perjalanan kelak.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.

No comments:

Post a Comment