Perjalanan pada pagi hari ini bermula dari Billings menuju ke ibu negeri Montana iaitu Helena. Masa pemanduan yang diambil ialah lebih kurang 4 jam 30 minit. Ia sedikit terlewat dari masa sebenar kerana kesesakan lalu lintas akibat dari kerja-kerja pembaikan jalan raya.
Video klip 24 saat yang saya sertakan ini dirakamkan di sekitar Billing manakala 27 keping gambar seterusnya ialah semasa perjalanan ke Helena. Kami menggunakan lebuh raya I-90 dan jalanraya
US-287.
Kembara berkereta kami ditemani dengan pemandangan yang cukup indah. Gunung ganang yang diselaputi salji (walaupun sudah masuk musim bunga) bukan sahaja dapat dilihat selama satu atau dua jam tetapi lebih dari itu. Semoga anda terhibur dengan gambar-gambar yang saya kongsikan.
Perbezaan had laju lebuh raya untuk kenderaan biasa dan kenderaan berat. Di Amerika Syarikat had laju tidak menggunakan kilometer sebaliknya batu. Contoh; 10 kilometer bersamaan 6.2 batu. |
Kelihatan dua orang pekerja yang sedang menjalankan penyelenggaraan landasan keretapi. |
Mini padang golf yang berlatar belakangkan pemandangan indah. |
Kereta api yang lalu di lereng gunung. |
Kereta api yang lalu di lereng gunung. |
Bahagian kedua artikel ini akan disiarkan tidak lama lagi.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang melancong, sila nyatakan di dalam ruangan komen dan tinggalkan alamat e-mel untuk saya membalasnya kelak. Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini saya melalui akaun Instagram, blog_th2010.
No comments:
Post a Comment