Saya mengenali banyak tempat terkenal di dalam Amerika Syarikat melalui kaca televisyen ataupun majalah sejak dari usia kecil lagi.
Begitu juga dengan San Francisco dan Golden Gate Bridge yang saya kenali melalui drama bersiri Full House yang ketika itu saya berusia seawal 6 tahun dan drama berkisar tiga adik beradik ahli sihir, The Charmed Ones, ketika itu saya berusia lebih kurang 17 tahun.
Perjalanan dari Farmington, New Mexico bermula pada 3.30 petang dan sampai ke San Francisco, California lebih kurang 2.00 petang hari berikutnya. Sepanjang perjalanan, kami berhenti beberapa kali untuk berbuka puasa, berehat melelapkan mata serta bersahur. Maka perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 17jam dan 15minit telah lewat menjadikan jumlah masa perjalanan kami yang sebenar ialah hampir 24jam.
Gambar paling atas : Matahari terbenam di Arizona. Gambar tengah : Hampir memasuki San Francisco. Gambar bawah : Bandaraya San Francisco sudah pun kelihatan. |
Hotel penginapan kami di Courtyard Marriot, Fisherman's Wharf. |
Fisherman's Wharf ialah tempat utama tumpuan pelancong apabila datang ke San Francisco selain ke Golden Gate Bridge kerana di sini terdapat berpuluh-puluh restoran makanan laut, kedai cenderamata, kafe, pusat hiburan dan lain lain.
Gambar atas : Papan tanda Fisherman's Wharf yang mencuri tumpunan pelancong untuk bergambar. Gambar bawah : Hard Rock Cafe terletak di Pier 39. |
Seperti yang saya katakan di atas, saya mengenali San Francisco khususnya Golden Gate Bridge melalui kaca televisyen sejak dari usia yang kecil. Dapat melintas di atas jambatan serta melihat dengan lebih dekat membuatkan hati saya melonjak gembira.
Di sini saya sertakan beberapa gambar yang diambil di beberapa lokasi yang berbeza demi untuk mendapatkan sudut yang berlainan.
Gambar atas : Perlu memasuki terowong sebelum ke Golden Gate Bridge. Gambar tengah dan bawah : Puncak jambatan ditutupi kabus tebal. |
Tugu peringatan di Vista Point. |
Singgah di Vista Point untuk bergambar di hadapan Golden Gate Bridge. Cuaca pada pagi itu berkabus, berangin dan sangat sejuk. |
Berhenti pula di lokasi seterusnya iaitu Horseshoe Bay. |
Gambar atas : Pemandangan San Francisco. Gambar tengah : Projek yang terbengkalai pada pertengahan tahun 1940. Gambar bawah : Pemandangan San Francisco. |
Gambar atas : Memasuki terowong untuk turun dari puncak. Gambar tengah dan bawah : Pemandangan Golden Gate Bridge dari arah tinggi. |
Gambar atas : Tempat ini pernah dijadikan kubu pertahanan perang. Gambar bawah : Sekali lagi kami bergambar berlatar belakangkan Golden Gate Bridge. |
SAUSALITO
Sausalito ialah sebuah daerah di pinggir San Francisco Bay.Apa yang dapat saya lihat kawasan perumahan dan penduduknya terdiri dari golongan elit dan mewah.Sausalito juga menjadi tumpuan pelancong yang datang menaiki feri dari jeti di Fisherman's Wharf
Sausalito |
Rumah mewah yang memikat pandangan |
Pemandangan yang cantik di Sausalito |
Gambar bawah : Peta Amerika Syarikat yang ditampal dengan plat kereta dan disusun mengikut negeri masing-masing.Sungguh unik sekali. |
Sausalito sungguh mendamaikan apatah lagi jika dapat meluangkan masa di waktu pagi yang dingin sambil menghirup minuman panas di kafe berdekatan. Malang sekali kami pergi pada bulan puasa dan tidak dapat melakukan aktiviti sedemikian,InsyaAllah di lain waktu.
Akan bersambung..
SFO, a city yang takkan rasa bosan walaupun dah visit numerous times.
ReplyDeleteTrue :)
ReplyDelete